Thursday, April 26, 2012

"Allah lagi pandai buat smiley" arwah mak, 2008.

Dulu aku suka tengok langit. Bila nampak bintang, aku happy. Nampak bulan, lagi happy. Sekarang suka juga. Tapi...

Semenjak arwah mak layan cerita Winter Sonata, kemain dia minat bintang Polaris. So tiap2 malam dia ajak aku cari bintang Polaris kat langit. Bintang Polaris tu senang je nak kenal. Dalam banyak2 bintang, Polaris yang paling menyerlah. Bintang Polaris adalah 3 biji bintang sebaris.

Then satu malam, macam biasa aku dengan arwah mak melangut tengok langit cari Polaris. Tiba2 nampak bulan sabit x berapa nak sabit. Lepas tu nampak bintang 2 biji. Aku senyum. Arwah mak pun senyum.


"Tengok tu. Kita buat smiley senget macam : ) . Allah buat straight je. Subhanallah"









Dulu aku suka tengok langit. Bila nampak bintang, aku happy. Nampak bulan, lagi happy. Sekarang suka juga. Tapi.... setiap kali tengok Polaris, hati aku menangis. Rindukan dia.

Monday, April 23, 2012

Mudah pecah

Aku sebiji bikar kristal.

Pencipta aku mencipta aku dengan penuh hati2. Dan sempurna. Aku digunakan oleh para saintis. Mereka bergilir2 menggunakan aku di dalam setiap eksperimen. Dengan setiap bahan kimia yang ada.

Makin hari tubuh aku makin rapuh. Makin hari tubuh aku makin nipis.

Saban hari aku menunggu ajalku.

Oh saintis. Tidakkah kau sedar setiap kali kau memegang tubuh ku, terasa risau, pedih, pilu di kulitku. Apatah lagi apabila kau menuang pelbagai jenis cecair2 yang berbahaya itu ke dalam tubuhku sehingga memenuhi segenap ruang.

Hilang ruang untuk aku bernafas. Hilang pedoman diri. Hilang segala-gala.

Tapi aku tetap disini. Menanti kau semua meratah tubuhku.

Aku menunggu saat itu. Saat di mana aku akan jatuh, pecah menjadi debu.

Saturday, April 14, 2012

Mansuh PTPTN?

Dah alang2 topik tengah hot ni kan. Mari kita berkongsi bersama2. Dengan ucapan Bismillah....

Masa PTPTN ada.

Belajar - PTPTN
Makan - PTPTN
Tempat tinggal (Kolej/Rumah sewa) - PTPTN
Alat tulis + buku - PTPTN
Enjoy - PTPTN

PTPTN mansuh.

Belajar - FREE (yay)
Makan - Mak/Ayah/Sendiri
Tempat tinggal (Kolej/Rumah sewa) -  Mak/Ayah/Sendiri
Alat tulis + buku - Mak/Ayah/Sendiri
Enjoy - Mak/Ayah/Sendiri

Got it? Ok. Kita teruskan.

#Marah ke sebab kerajaan panggil ke mahkamah sebab kau liat nak bayar hutang?
Contoh :
Aku pinjam kau RM1,000 lepas tu aku lari entah ke mana x dapat bayar hutang kau. Marah x? Tu baru RM1,000. Kerajaan bagi kau berapa? RM1?

#Marah ke sebab PTPTN lambat masuk?
Setiap sistem ada kelemahan. Malaysia ni sistem dia memang x maju langsung kalau nak banding dengan negara lain. Tapi bersyukurlah sebab diorang ni guna sistem untuk setelkan hal duit korang. Kalau manual, sampai kau dah kahwin pun x masuk lagi duit PTPTN kau tu agaknya.

Dan pelajar Malaysia ada berjuta2 orang yang buat pinjaman PTPTN. Dengan sistem yang lembab tu, macam mana nak masukkan duit cepat2. Kau pun tahu, diorang ni buat kerja lambat, kan? At least masuk la juga. Daripada x masuk langsung?

Eleh. Lambat masuk 2 - 3 minggu pun dah bising. Kenapa? X boleh nak bayar hutang pengajian? Duit sem lepas mana? Dah habis joli? Salah siapa? Salah Najib?

#Marah ke sebab duit PTPTN x cukup masuk setiap sem?
Tu aku no komen. Still, lebih baik ada dari xde. Kalau xde langsung, macam mana korang nak belajar? mana nak korek duit untuk belajar yuran pengajian? Mana?

Aku belajar simpan duit dari kecik sebab family aku bukan orang senang. Lagi2 sekarang ni ada aku berdua je dengan kakak aku. Kalau PTPTN ni mansuh, mana nak cari duit makan semua wei. Mana?

Kalau ada PTPTN, aku boleh bayar balik guna duit gaji lepas kerja nanti. Kalau x dapat kerja, usaha buat benda yang menghasilkan duit seperti bisnes. Kalau x reti, mula dari bawah. Jadi orang gaji, jadi penyapu sampah, pencuci tandas, kerja kat warung makan. Anak2 Melayu ni semua nak senang je masalahnya. Nak kerja duduk opis, dalam aircond. PUI!

Banyak je kerja kat Malaysia ni. Kau je x pandai cari. Rezeki tu ada di mana2. Tuhan tu bukan kejam.

Mansuh PTPTN ni memang benda yang menjengkelkan. Hutang tu WAJIB bayar saudara, saudari.. MasyaAllah.. Takkan x belajar?

Sedihnya tengok masyarakat Malaysia sekarang ni..




Aku x menolak sekerasnya dengan pendekatan pembangkang pasal nak mansuhkan PTPTN tu. Tapi sekarang bukan masanya. Bukan masa pemikiran rakyat2 Malaysia ni yang masih belum berkembang. Jenis semua nak senang, nak murah, nak free. Najib dah bagi macam2 dalam rancangan 1Malaysia dia tu.

Tau x apa benda? Warung 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Baucer 1Malaysia. X nampak lagi? Yang kau nampak selalu Kak Rosmah pergi shopping, kan?

We live in a corruption. We hate it. But we have brains. We can think what is right and what is wrong. Don't be a pig.



Bahasa memang kasar. Sebab kau semua malas nak berfikir.

Entah2 entry aku ni x memberi apa2 perubahan pun dengan pemikiran kau tu.

Aku dah fikir, aku dah tegur.

Siapa2 yang berpandangan dari sudut lain, mari kita berbincang..




p/s : Sudah2 la tu berdemo.

Monday, April 9, 2012

Puisi Kalau

Ni  puisi yang dibaca di Siglap South Community Centre - Centre of Excellence for Performing Arts, Singapore tempoh hari.

Puisi ni dibaca oleh kumpulan aku yang terdiri daripada budak2 UKM dan UMS.

Karya Taj Addin.

Kalau kau rasa aku ni tak layak pergi berguru,
aku hentikan.

Kalau kau rasa aku ni tak perlu bersolat,
aku tinggalkan.

Kalau kau rasa laungan selawat aku itu hanya omongan,
aku diamkan.

Kalau kau rasa peringatan aku hanya kesombongan,
aku lalaikan.

Kalau kau rasa kata-kata aku adalah 'ujub,
aku gemamkan.

Tapi kau rasa, apa yang kau rasa tu suara siapa?
Nafsu atau iman?

Tapi kau rasa, yang terasa sampai kau terasa tu siapa?
Nafsu atau iman?

Tapi kau rasa, suara yang bersuara tu suara siapa?
Nafsu atau iman?

Takpe, azam aku nak jadi macam kau.
Pasal kau pun rasa macam kau ni patut dicontohi kan?

Subuh - tidur
Zuhur - tidur
Asar - tidur
Maghrib - facebook
Isya' - facebook
Waktu di antara - facebook atau makan

Takpe, azam aku nak jadi macam kau.
Pasal kau pun rasa hidup kau ni sempurna kan?

Usaha - tak payah
Kerja - tak payah
Khidmat - tak payah

Takpe, kalau risau orang pandang serong,
aku pun nak buat macam kau.
Pasal kau pandai, kan?

Jumpa ustaz - aku boleh mengaji
Jumpa pesilat - aku boleh jadi panglima
Jumpa penulis - aku boleh bersyair
Jumpa samseng - aku boleh jadi fighter

Anak bini?
Takpe, biarkan.
Kan Tuhan bagi rezeki.
Buat apa aku nak susah-susah?

Ya, aku memang nak jadi macam kau.
Sebab kau ni hebat.

SYAITAN!

Monday, April 2, 2012

Teater Peristiwa Di Zoo



Selesai sudah pementasan Teater Peristiwa Di Zoo pada 30 Mac 2012 bertempat di Panggung Seni jam 9 malam. Pementasan ni mengambil masa sebulan untuk berlatih.

Ya, kami dah ready sejak sebelum mula sem baru lagi. Tapi ketika itu kami ada masalah skrip dan pelakon. Jadi, latihan yang betul2 bermula sebulan lepas..

Aku baru 1st time mengarah. Jadi aku terlalu stress. Dan nervous. Aku major dalam bidang produksi. Tapi bukan lakonan dan pengarahan. Walaupun begitu, aku bangga dengan produksi aku. Dan mereka kata produksi kali ni berjalan dengan sangat lancar dan sangat2 minor kesilapan semasa pementasan. Alhamdulillah!

Jadi untuk menambah ilmu di dada, aku pergi bertapa di Gunung Kinabalu 9 hari 9 malam seorang diri tanpa bekalan makanan dan minuman. Hanya ditemani suasana flora dan fauna. Nak makan pun perlu pergi memburu haiwan liar.

Serius ni. Tak percaya? Haih. Ok. Aku cerita benda tipu lah kalau macam tu.

Untuk menambah ilmu di dada, aku telah memanggil Aloy Paradoks, Abg Wan dan Mat kembali ke DOT untuk mengajar sedikit sebanyak bahagian lakonan dan pengarahan. Alhamdulillah, banyak ilmu yang telah diserap dari situ.

So sekarang percaya la kan? Huh!

Ni sedikit sebanyak sedutan dari pementasan tersebut.

Maaf. Tiada gambar set penuh.
Part susah : Anjing khayalan

Part susah : Pian gelak

Part susah : Pembunuhan
Ini pula gambar sesudah pementasan.

Lihatlah betapa gembiranya kami setelah pementasan selesai

Keputusan dikeluarkan pada 31 Mac 2012. Kami telah merangkul Anugerah Kumpulan Harapan Emas dan Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Gangsa (Pian).

Johan : TEKAD (Teater Kalut)
Naib Johan : Zaba (Teater Ayam Jantan Ayam Betina)
Ketiga :  PRASADA (Teater Anak Kerbau Mati Emak)

Segala kelemahan Teater PDZ telah dijelaskan oleh Pak Yob selaku juri. Semua tu telah disemat dalam dadaku ini! Hmph!

Apa2 pun, aku lega. Akhirnya dapat juga aku pentaskan skrip yang berat dan persoalan yang mampu menggugat perasaan manusia (jika mereka faham). Aku tahu, ramai yang x faham dengan skrip ni. Sekarang kan semuanya nak mudah. Pementasan yang berat seperti ni mana mungkin mendapat tempat di hati mereka.

Filem Bunohan pun dicampak jauh.

Aku puas. Tapi aku sedih. Kerana sekarang skrip2 berat tidak dapat diterima oleh masyarakat. Tak apa. Asalkan aku telah berjaya menyentuh hati segelintir manusia. Dan ahli2 DOT sendiri sudah faham apakah maksud MEMANUSIAKAN MANUSIA MELALUI TEATER.

Sekian.

Aku bertuah kerana dapat bekerja dengan produksi sebagus mereka =)