Thursday, December 31, 2009

it has come to an end

perjalananku pada hari terakhir tahun 2009
pagi ni buat pertama kalinya untuk sem 2, aku bangun lambat dan terlambat ke kelas...kemudian hari berjalan dengan agak luar biasa...aku dan mai tercongok di perhentian bas FTSM hampir setengah jam...ketika itu jugalah ada pelajar Arab bertanyakan arah pada mai "where's the faculty of information?" dan mai menunjukkan fakulti kami di belakang bus stop tersebut...lalu mereka mengangguk tanda faham dan terus memandu naik ke zaaba...dan itu memang pelik...

beberapa ketika dilalui dengan penuh kebosanan dengan terik matahari, datang lagi satu kereta yang dipenuhi dengan pelajar Beijing bertanyakan arah untuk ke suatu tempat..kemudian aku blur kerana bahasa inggerisnya sangat ber'slang'...kemudian salah seorang dari mereka explain "we want to register english" kemudian barulah aku faham...lalu aku dan mai struggle menunjukkan arah PPU...mengapa struggle?kerana mereka sukar untuk memahami apa yang kami cuba sampaikan dan sudah tentulah mereka tidak tahu apakah itu Pusat Pengajian Umum...

walaupun kami sudah membantu pelajar2 asing tersebut, timbul kegusaran di hati seperti "diorang jumpe x jalan?" dan "camne dengan Arab2 tadi tu?diorang x turun lagi dari zaaba" ...padahal nasib kami yang masih menunggu bas ni masih x diketahui kerana kami risau jika bas tiada dan kami terlepas kelas yang diadakan di FSSK....namun nasib kami baik kerana bas zon 2 pun muncul akhirnya...

kami singgah di pusanika untuk mengambil buku di kedai fotostat dan terus ke kelas memandangkan sudah malas mahu memanjangkan langkah untuk pulang ke bilik...kami masih ada 25 minit sebelum kelas bermula dan buat pertama kalinya kami berjaya menjadi orang pertama yang sampai *memang la...selama ni gerak dari bilik 10 minit sebelum kelas* ...dan pertama kali jugalah kami duduk di barisan depan...kelas membosankan dan mai mengantuk...aku juga mengantuk...dan beberapa pelajar bising bergosip di belakang kami mengakibatkan aku dan mai bergosip pula tentang mereka secara bertulis...

kelas tamat awal dari yang dijangkakan..jadi aku ada banyak masa terluang di bilik...jadi, anime lah aktivitinya...seperti yang dirancang, malam ni pasti ada latihan teater dan tamat pada pukul 2-3 pagi...walaupun masih terlalu awal, aku ingin juga katakan...hari terakhir untuk 2009 ni penuh dengan perkara2 baru dan pelik bagi aku walaupun bakal berakhir pada jam 12 malam ni...sepanjang hari ni aku mengalami satu perasaan pelik yang aku pun xtau macam mana nak explain...

ucapan klise sempena bermulanya tahun baru
banyak perkara yang telah berlaku pada tahun ni...mungkin lebih banyak yang pahit dari yang manis...tapi, semua itu adalah memori aku...tidak kulupakan, tidak pula aku buangkan...akan kusimpan dalam kotak ingatan, terus melangkah masuk ke 2010 dan tidak berpaling lagi...selamat tinggal, 2009.....

sekian~

Saturday, December 26, 2009

this is all about my dreams...

dream #1
when i was young, aku teringin sangat nak jadi polis...mase kecik2, slalu main kejar2 and aku berangan time tu aku polis yang tengah kejar penjahat...ataupun main polis entry...setiap kali melukis pun, aku akan lukis polis...x pun keta polis..ape2 laa yang berunsurkan polis...

dream #2
actually, dream #1 dengan #2 ni bersangkut paut...sebab aku nak jadi ahli forensik...mula2, aku sangat tertarik dengan csi...kemudian aku pulak yang teringin nak jadi macam diorang...aku takut nak jadi polis sebenarnye sebab takut kena tembak *fikiran budak kecil ok!* ...so, aku decide untuk jadi ahli forensik...and i carry the dreams throughout several years...

dream #3
cita2 aku untuk jadi ahli forensik terhapus begitu sahaja bila ade orang cakap "adik, orang yang pakai specks, xleh amik course forensik, tau?" ...sampai sekarang aku still xtau pakcik tu tipu aku ataupun benda tu betul sebab aku terus lupakan impian tu dan beralih....aku terus jatuh cinta dengan perhotelan dan seni kulinari...mase tu aku baru form 4...dan aku tension betul dengan subjek2 sains...so, aku study main2 sebab aku fokus kat hotel je...last2, aku tau..aku kena jugak lulus dengan cemerlang all the science subject to enter the university no matter what course u want...in the end, aku x cukup cemerlang untuk ambil kursus perhotelan di uitm.. *ye..aku sangat teruk dalam pembelajaran* ...

dream #4
actually, impian ni x patut diberi nombor sebab aku membawa impian ni sepanjang hidup aku since i'm with the school band...impian untuk bergelar seorang pemuzik professional dan bermain untuk MPO *malaysian philharmonic orchestra* dan menjelajah ke seluruh pelusuk dunia...dah masuk ukm pun, aku still join orkestra ukm untuk memenuhi wajib universiti iaitu ko-kurikulum....jadi, impian aku menjadi semakin cerah dan mudah digapai...

tambah2 lagi, encik rejab offer aku 2K gold flute crafted head join yang bernilai hanya RM5OOO...bagi yang tidak clear pasal dunia orkestra ni, meh aku terangkan...untuk gambaran flute tersebut, sila google...bagi aku, kalau aku mempunyai flute tu, impian aku bukan sahaja semakin cerah...malah tidak mustahil untuk digapai...pelajar macam aku ni mane laaa nak ade duit sebanyak tu..so, aku try minta loan kat mak and kakak aku...jadi, aku telah dikecewakan sekali lagi... p/s : mereka agak membantah dengan dunia orkestra aku....

dream #5
mungkin impian berkenaan orkestra patut dihapuskan sama sekali sebab sekarang jiwa aku sudah kosong...kosong tanpa muzik...aku tau aku patut kejar semula impian tu dan memenuhi kehidupan aku dengan barisan orkestra playing the nicest piece....tapi, aku patut berfikiran jauh ke hadapan...now, i'm thinking about working overseas...australia, maybe...dah agak lame aku fikir tapi baru sekarang aku berniat nak uar2kan...ye....mungkin ade orang cakap "laaa...study kat dalam je..pointer pun hampeh..ade hati nak keje kat oversea??!!" sambil gelak2 sinis....then i will say "so, ade ke aku suruh korang tampung duit blaja aku?ade ke dekan aku jumpe korang sebab pointer aku?ade ke aku suruh korang tampung duit kapal terbang aku untuk g australia?sekurang2 nye aku ade impian dan aku berusaha untuk impian tersebut" ...dan aku bayangkan orang2 tersebut terdiam, terduduk dan meleleh air liur *ok...i've just made the last one up* ...

kenapa tiba2?aku baru sedar yang umur aku dah 19...jadi aku x patut lagi mengikut je arus kehidupan aku ni...aku x patut biarkan takdir yang membawa kehidupan kepada aku...aku yang patut membawa takdir aku untuk menghayati kehidupan aku ni...ok..aku pun x paham di situ...yang penting sekarang, aku patut berfikir jauuuuhhhh kedepan...dan ini serius...mungkin aku terlalu lemah untuk membawa diri di negara orang...tapi aku akan kuatkan diri aku untuk menghadapinya bila waktu itu sampai...itu juga adalah salah satu impian...

sekian~

Friday, December 25, 2009

aku yang gila

minggu ni sangat dahsyat...scary dan hell....ni 1st week dalam sem 2...so, aku busy selesaikan hal2 pendaftaran, jadual klas dan lab....lari sana..lari sini...kelam kabut on9 sebab nak bukak spin dan smpweb ukm semata2 nak check balik jadual, drop subject...amik subject...kejar klas tu..kejar klas ni....miserable...

lepas selesaikan semua hal clashing class, lab and stuff, aku susun betul2 jadual...wahhh...memang xde mase untuk diluangkan bersama anime atau movie...ade pun waktu malam tapi dah tentulah untuk dihabiskan bersama keluarga DOT ataupun siapkan assignment...dan aku makin gila...

minggu ni juga aku sangat down..i mean it...SANGAT...aku x perlu ceritakan di sini...orang lain x patut tahu tentang kisah sebenar...biar aku je yang menghadapinye dengan tabah *selagi aku mampu* ....

tapi, ade juga kejadian yang mampu membuatkan aku tersenyum gembira walaupun hanya sekejap...abg nas dan roomateku, kk, buat surprise...mereka bagi birthday cake ketika meeting DOT...dan hadiah *kasut feminin* pada keesokan harinya...walaupun simple dan bersahaja, aku tetap gembira bagai nak mati kerana aku sayang mereka dan aku juga tau mereka sayang aku...

memanglah result sem1 aku tak lah hebat kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain tapi aku tetap bersyukur dengan result aku kerana aku x pernah dapat result yang sebaik itu..jadi, aku ada hak untuk bangga...tapi mungkin x cukup dan aku sangat kecewa di situ...ade orang mengharapkan terlalu tinggi tapi aku hanya mampu bagi setakat yang aku boleh..jadi, mereka x suka, dan aku kecewa....

walaubagaimanapun, sem 2 yang terpaksa dilalui dengan 25 jam kredit *8 subjects* akan aku tempuhi dengan senyuman...walaupun aku terpaksa menjahit bibir aku untuk menggagahkan juga senyuman itu...dan jika mereka x mahu lagi mengharap pada aku, aku akan buktikan, aku mampu buat mereka bangga semula dengan aku...

sekian~

Friday, December 18, 2009

bundle mari

ni laa kerja yang mak aku paksa buat dari awal cuti lagi..tapi aku baru buat time dah nak balik ukm..bayangkan je laa camne aku kena bebel...

actually kitorang (mak, kakak, aku) dapat idea ni mase tengah lepak2 minum...pastu cerita pasal duit smua...pastu cerita pulak pasal baju2 yang banyak dah x pakai..then terlintas nak jual bundle..aku pun cakap pasal bundle online..so...inilah dia...

silalah lihat dan sebarkan pada teman2 ya?nanti aku masukkan lagi gambar2 baru...terima kasih...untuk lihat, klik --> bundle mari

Wednesday, December 9, 2009

memoirs of sspband 0307

aku masih ingat lagi ketika pertama kali melibatkan diri dengan band sekolah seri puteri pada tahun 2003...aku diantara pelajar2 second intake yang dapat masuk ke ssp pada bulan mac semasa berusia 13 tahun...x payah la aku cite detail macam mana aku join band tu...just so you know, aku dipilih untuk menjadi ahli section flute bersama2 me'e dan amin...


amin : me'e : wann (2004 in SDAR)

perjalanan dimulakan dalam sspband ni dengan menjadi recruit...so, banyak laa keje sebagai junior...biase laa tu..dah memang adat pun...kat ssp, kitorang ade band room *BR* yang dikongsi dengan kelas muzik...kelas muzik hanya ade mase waktu pnp *pembelajaran dan ape ntah* ...so, we have the band room all for ourself...hahaha...


pemandangan dlm BR dari depan..lapang kan?

aku xtau keadaan BR sekarang sebab dah lame x menjenguk..ouhh..tiba2 sedih~

setiap hari dari isnin hingga jumaat, band practise akan start dalam pukul 5 *lepas asar* dan akan berakhir lebih kurang pukul 6.30 *sampai tiba waktu masuk dewan makan which is WAJIB* ...hari sabtu pulak pukul 2 ptg hingga pukul berapa2 je laa yang instructor *mr. edwin* or senior nak...selalunye hari ahad xde practise tapi sape2 je bebas untuk datang practise sendiri atau dengan senior masing2...aku dan section mates aku memang antara junior paling rajin datang practise sendiri...serious!!!

waktu practise memang sangat lama, sangat merangkumi hampir 60% kehidupan seharian aku dan sangat xde mase untuk diri sendiri kecuali time prep malam *tu pun untuk buat homework* ...tiap2 tahun kementerian pelajaran menganjurkan wind orchestra competition yang menggalakkan semua sbp untuk menyertai pertandingan ni untuk merangkul gelaran juara...so, every year, bile dah dekat je pertandingan tu, waktu untuk practise pun makin meningkat...seminggu sebelum comp, mesti prep ptg dan mlm akan dikorbankan untuk practise sebab nak kalahkan juara tahunan, SSAS *sekolah sultan alam shah* ...ye, diorang memang tiap2 tahun dapat 1st kecuali tahun 2004 *smsah 1st*, 2008 *ssp 1st* dan 2009 *tkc 1st*...rasenye la...aku x ingat sangat tentang tu sebab aku lebih mementingkan kualiti persembahan dari gelaran sebenarnye..


performance by ssp

principal skolah aku memang sangat mementingkan imej ssp....so, kami sebagai wakil skolah ni perlu laa sentiasa nampak cantik sepanjang music camp yang dianjurkan oleh uitm dan juga sepanjang competition tu...baju concert kami juga bertukar hampir setiap tahun...well, memang every year pun kitorang tukar baju...sampai skolah lain pun lama kelamaan asyik tukar baju concert je sebab nak nampak lebih cantik..jadi, kualiti persembahan terus dilupakan...


baju2 concert ssp yang aku sarung sepanjang tahun2 tersebut

2004 - kaler hijau lumut tu nampak sangat dull atas stage dan kain terbelah tu sangat menyusahkan...x lupe juge tudung tu sangat susah pakai...baju concert ni telah diwariskan selama berapa tahun ntah...mungkin since sspband ni wujud, kot??

2005 - disebabkan ramai orang komen pasal kaler hijau yang sangat dull tu, principal ssp, tengku azuan telah berusaha mencari baju yang terang dan ceria untuk kitorang..so, wujud laa baju ala2 kfc, kain merah yang sangat terang *dan silau* dan juge tudung pink *time tu aku sangat anti dengan pink, ok* ...yang paling aku suka, siap ade brooch treble clef...sangat comel!

2006 - ade dua kostum...bulan mac *saringan* , kiotrang pakai gold vest dengan tudung kuning, kemeja, kain hitam...aku xtau nape, kostum kitorang diubah waktu finale *july* ...instead of wearing vest, kitorang pakai mafla kuning dengan corak2 abstrak kat leher ditambah taburan diamond2 kecil kt lengan and kolar baju..

2007 - baju concert menggabungkan keseluruhan tahun 2006 iaitu vest dan mafla..just digantikan dengan tudung hitam dan tambah diamond atas tudung yang dibuat macam cekak...dalam gambar tu kawan aku sorang je yang berpakaian lengkap sebab semua orang dah selekehkan diri sebaik sahaja menaiki bas untuk pulang ke skolah dari picc putrajaya lepas pertandingan tu...

macam persatuan2 lain juge, kitorang pun ade tshirt sendiri...selalunye tshirt2 band ni akan didesign oleh setiap batch form 4 pada setiap hujung tahun *aku rase laa* ...so, setiap tahun kitorang akan dapat 2 helai tshirt band baru yang dibayar dengan harga yang berpatutan...aku sangat excited every time nak dapat tshirt baru sebab akan ada nama aku yang tercetak kat lengan baju tu..note : baju band sangat dimuliakan oleh kami, ahli2 band..


antara tshirt2 sspband

comrades : mereka adalah fivers ketika aku form 2...baju ni sangat cantik dan sangat smart..aku x sure whether diorang ade design lagi satu baju or x...

hercules : fivers time aku form 3...sorry, tapi baju tu memang x lawa...bukan salah diorang pun..orang yang buat tshirt tu yang salah...tapi aku tetap sayang baju tu sebab ia tetap bergelar "baju band" ..batch ni pun aku x sure diorang design dua baju or satu je..

ohana : batch senior setahun dari batch aku...diorang reka 2 baju..kaler maroon and kaler purple...baju diorang sangat menarik dan kualiti kain die sangat elok membuatkan kitorang selesa pakai baju2 tu dan selalu dipakai semasa ade function...

pioneers : batch aku..kitorang design dua baju...satu merah-putih, satu biru-hitam *lengan putih* ...tema utama adalah rama2...sangat comel..dan aku sangat suka sebab aku pun ade tolong design gak..hehehe....

setiap band kalau ade baju concert dan tshirt, still x lengkap tanpa baju marching...baju marching hanya dipakai semasa sports day skolah dan perarakan hari kemerdekaan..ape2 pun yang melibatkan marching, kitorang akan pakai baju tersebut...

our marching attire

baju marching merah putih tu SANGAT tua kalau nak dibandingkan dengan umur principal ssp..baju tu dah wujud sejak tahun 1968 *aku tibai je ni* ...costume tersebut dah diwarisi dari tahun ke tahun tapi baju tu x pernah rosak walaupun budak2 ssp terkenal dengan kepakarannya merosakkan barang2...

so, cadangan kitorang untuk menukar costume baru telah diluluskan...mula2 budak2 batch aku mencadangkan warna merah-hitam..tapi aku xtau laa nape tibe2 jadi warna oren-hitam...batch aku sempat memakai baju marching baru ni ketika independence day parade tahun 2007..time tu batch aku dah retire dari ssp band pun sebab dah dekat spm...

sepanjang melibatkan diri dengan band, aku telah dididik dengan sikap2 disiplin yang tinggi, kerjasama yang utuh, perjuangan yang teguh dan juga cara membentuk organisasi yang hebat..mr edwin bertanggungjawab untuk mengajar semua benda tu kat kitorang...dia laa yang ajar kitorang macam mana cara terbaik mengajar junior, buat organisasi dan juga mewujudkan jabatan2 yang penting untuk memastikan ssp band ni sentiasa yang terbaik...

mr edwin yeap hock beng

ssp band selalu mendapat tempat kedua dan ade juge ketiga..dan ade juge hadiah saguhati je...tapi setiap tahun akan masuk finale...1st time kementerian pelajaran buat anugerah conductor terbaik pada tahun 2006...dan pada tahun tu laa ssp band mendapat anugerah tersebut dengan piala naib johan...note : pelajar yang akan menjadi conductor dan conduct keseluruhan persembahan dan tanggungjawab beliau sangat berat...

piala naib johan dan best conductor

walau bagaimanapun, aku SANGAT rindu dengan tahun2 yang indah tersebut...ssp band betul2 telah memberikan aku pengalaman hidup yang sangat hebat dan x mungkin aku lupakan...sebenarnye, diri aku sekarang terbentuk dari pengalaman2 bersama ssp band dulu..sesungguhnya, aku amat berterima kasih dengan warga ssp band yang pernah bersama2 aku dulu...haihh...xtau nak cakap pe lagi...itu sahaja untuk sekarang..sekian~

aku sangat sayang mereka walaupun aku suka memberontak

pics by : sameerah, amie and myself...

note for ex ssp band : kalau ade info2 yang aku salah, gtau ehh..nnt aku btulkan..huhu~

Tuesday, December 8, 2009

bilikku telah dipecahkan

yup..that's sooo true..bilik aku telah dipecahkan oleh mat indon...sabar...sabar....die buat secara halal, ok...hahaha...rangka pintu bilik aku tu dah dimakan anai2...so terpaksa laaa pecahkan rangka lama tu so boleh ganti dengan yang baru...

beliau memecahkan rangka pintu bilik aku tu selama sejam je...kerja pecah memang senang...pasang yang susah, kan? xtau laa aku..esok baru die pasang sebab dah mahgrib ni...rase pelik bile tengok bilik aku terdedah sebegitu rupa...banyak kali aku tersasar time masuk bilik sebab selalunye aku akan tutup pintu setiap kali masuk..so, tangan aku akan tergapai2 di udara masa mencari2 tombol pintu yang dah xde tu...mak aku leh gelak je ah..huhu...

kerja2 pemasangan awning kat belakang umah ni pun baru start hari ni...esok harap2 boleh habis laa sebab aku rimas ahh ade orang asing yang bertandang ke rumah ni sehari suntuk...buat aku x selesa...aku dah x boleh buat rutin seharian aku sebab orang2 tu asyik menganggu je *sigh* ...

so, tu je laa nak bebel hari ni...lepas ni aku nak tulis something pasal memori yang paling aku sayang and hargai selama 19 tahun aku hidup ni...sekian~

*xnak upload gambar bilik aku yang dah pecah tu sebab bilik aku sepah...hahahaha*

Monday, December 7, 2009

new moon...the twilight saga

INI BUKAN MOVIE REVIEW



aku memang pencinta setia twilight saga....aku dah habiskan baca semua buku iaitu twilight, new moon, eclipse dan breaking dawn pada tahun 2008...kisah bella dan edward ni memang dah berjaya mengalahkan kisah romeo dan juliet *bagi aku laaa* dan aku hampir2 menitiskan air mata sepanjang membaca kisah twilight ni...
note : aku x pernah nangis untuk mana2 cerita mahupun cerita hindustan...

aku tengok twilight pada tahun 2008....time tu memang aku thrill gile sebab aku x baca pun lagi buku tu...so, lepas aku tengok movie, baru aku baca buku..memang disappointing sebab mana2 cerita yang diadaptasi dari buku memang mengecewakan sebab banyak bab dalam buku yang dipotong ataupun emosi dari buku tu ditunjukkan lebih kuat dari dalam movie tu sendiri...

so, aku dengan x sabar untuk menunggu movie seterusnya iaitu new moon, aku telah membaca semua sekali buku2 twilight saga dengan rakusnya sampai aku sanggup x tidur untuk habiskan jugak buku2 tu semua time kat matrik dulu...siap mimpi lagi aku ni jadi bella and dah tau pun ending die padahal x habis baca lagi buku tu..melampau kan? yang aku leh komen kat sini, ending buku ni sangat menarik dan cerita dia x merepek dan sangat bagus...lima bintang setengah untuk twilight...

tapi...movie new moon x sehebat yang dijangkakan...aku x harapkan movie ni sehebat buku dia...tapi apa yang aku dah tengok, sangat mengecewakan aku...kristen steward memang x pandai untuk meluahkan ekspresi yang kuat sebagai bella tapi pengarah sepatutnye menutup kelemahan tu...aku tengok, new moon x seromantik twilight...supposed new moon ni boleh membuatkan orang nangis2 and rase macam nak ade bf atau gf macam edward and bella tapi semua tu x berlaku...

aku xtau laa orang lain macam mana...tapi ni persepsi aku...new moon memang best...tapi mengecewakan aku...3 bintang untuk movie new moon...i'm looking forward to eclipse..sekian~

Thursday, December 3, 2009

sehari dalam setiap bulan

aku benci hari ni sebab setiap bulan "dia" akan muncul untuk merosakkan hari aku...ya..itulah period...masalah perempuan yang x dapat dielakkan...laki x suka, perempuan pun x suka...laki x suka sebab perempuan akan tiba2 marah2 diorang tanpa sebab yang kukuh...perempuan x suka sebab leceh dan menyakitkan...

aku memang sangat x suka 1st day period sebab aku akan jadi sangat emosi, senggugut yang melampau dan cepat marah walaupun pada hal yang sangat kecil...jadi aku perlu minta maaf pada setiap orang setiap kali aku period..dan aku perlu berhati2 dengan setiap langkah disebabkan oleh senggugutku yang teruk tu...itu SANGAT leceh...

sebelum tdo semalam kawan aku msg, "oit cik kak..sory ah..sok x jd kuar sebab i tgh kering ahh..huhu..sory ehh" ...x kisah laa sebab aku pun rase x sedap badan dah time tu..lalu aku pun terlelap, x sure dah reply ke belum msg beliau...mimpi sangat menarik sebab memberi penanda bahawa period aku akan tiba...lalu aku terbangun sebab mak aku kejut untuk mengunci pagar setelah dia bergegas ke tempat kerja memandangkan hari hujan...

minta maaf mak....sebab pagi tadi mak asyik tanya soalan yang sama dan wan macam nak marah...selalunya bila mak tanya, wan akan jawab, x kesah la 10 kali pun mak tanya soalan sama...tapi pagi tadi wan dah senggugut dan campur dengan mamai...jadi, mungkin wan agak marah..minta maaf sangat...

minta maaf abg nas...sebab tadi time msg, saya tengah kelam kabut nak buat something..dan dalam keadaan senggugut, dan kelam kabut, keadaan jadi x tentu arah dan otak saya tertinggal kat mana2...so, penggunaan ayat saya sangat teruk walaupun saya dapat A1 untuk BM time SPM dulu....

minta maaf uncle *kawan mak*....sebab wan xleh tolong uncle letak flyers kat keta2 orang hari ni...tadi wan memang dah nak bersiap untuk tolong uncle..tapi tiba2 wan asyik ke tandas berkali2 sampai wan x larat nak pegang telefon pun...so, lagi senang wan tekan speed dial, bagi tau mak, then mak bagi tau uncle...sory uncle....

minta maaf nasi...sebab aku habiskan lauk je..aku xde selera nak habiskan kau...tengok kau pun tekak aku kembang tiba2..tapi lauk tu aku habiskan sebab sedap..heheheh....ok...xleh gelak..sebab sakit perut...so, minta maaf, nasi....

kerja2 kat rumah ni pun banyak yang tergendala sebab aku hanya mampu buat semua benda pada masa yang sama, lepas tu tinggalkan...dah lama sikit baru sambung balik...mungkin malam nanti baru laa habis semua kerja rumah ni...

pada sesiapa lagi yang terasa dengan aku hari ni, i'm sincerely apologize for my wrong doings...

later~

Wednesday, December 2, 2009

aku sombong??

ramai dah cakap aku sombong..selalunye ayat diorang macam ni.."weh..gle sombong kau skrg ehh" "pehal sombong sgt skrg ni?" "pe cite skrg?bapak sombong" "mane ilang kau?sombong dow!!"....aku dah biase laa dengan ayat2 tu actually...tapi lagi best, ayat2 tu diucapkan setelah sekian lama kitorang x bertegur sapa..and sebab diorang tegur aku dulu, aku laa yang digelar sombong..padahal diorang pun xde laa nak contact aku before tu, kan? so, nak cakap pe lagi? orang lain pun leh pikir pasal benda ni sendiri...

x kesah laa kan pasal kawan2 aku cakap aku sombong sebab lama x contact...memang salah aku gak..aku malas nak msg2, nak call2...sebab masing2 pun ade hal sendiri kan...ade je kawan lama aku yang contact tapi xde laa pulak nak cakap aku ni sombong..sebab diorang tu paham, semua orang dah bawak diri sebab diorang tu pun dah ade life masing2..thanx beb...yang aku geram, kawan aku yang jenis suka salahkan orang lain...diorang pun xde laa nak contact aku, ajak lepak ke...tapi aku x cakap pun korang sombong kan? so pehal nak jugde aku lak??? paling aku bengang dapat ayat camni "weh..pehal x contact dow?sombong gle laa kau..cmni ke kwn?blah laa wei" ...well, what a fucking thing to say if u are really my friend, kan?

lagi best, orang yang x kenal aku pun sebok laa nak cakap aku sombong...alasan die, sebab aku macam malas nak layan, msg pun reply pendek2...yang kate aku sombong tu, dah laa tua, gatal pulak..dah kau tu gatal nak mampus, xkan laa aku nak layan..x pasal2 kene serang dengan bini kau lak nanti...last2 nanti aku laa yang salah sebab layan laki orang semata2 xnak kene cop "sombong" ...pehal weh? cam sial laa hidup camtu..find a slut so that u can own them, damn it! and for the bitches out there, jangan laa pandai2 cakap aku sombong and buat cite yang bukan2 kat laki korang kalau x kenal aku...aku pun x teringin laa kat laki kau tu!!

masing2 ade cara hidup sendiri...ade yang suke hidup sorang2, ade yang suke kawan ramai2...ade jugak yang xnak hidup langsung...so, ni cara aku...kalau ade yang x suke, korang leh blah...coz aku xde mase nak layan semua orang punye perangai...dont u ever dare to jugde my lifestyle...kalau kawan aku yang nak mintak tolong, aku tolong..tapi kalau nak suruh aku keep in touch 24/7, sorry laa...aku bukan jenis macam tu...sebab bagi aku, x penting pun keep in touch tu...asalkan x lupa kawan, kan? lain laa kalau aku ni buat xtau je kalau jumpe korang..leh laa cakap aku sombong...

and one more thing, aku ni susah nak sembang2 kalau 1st time jumpe...lagi2 kalau aku x kenal langsung...so, kalau dah jumpe skali, and x sembang langsung..then jumpe lagi lain kali, most probably aku xkan tegur..SEBAB aku xkan ingat and sebab aku memang x kenal, kan? camne nk tegur...kalau korang x kenal aku langsung, jangan nak gatal2 mulut jual nama aku and cakap aku minah sombong...

SO, STOP PISSING ME OFF!!!!

note : entry kali ni lebih banyak carutan dari yang biasa...mungkin entry pertama yang ade carutan..so, minta maaf bagi mereka2 yang bawah umur..

Thursday, November 19, 2009

attention to pioneers 0307...

pls send ur course that u r taking now n in which college/university to aziz@seriputeri.edu.my..
pls include also ur full name n ur form 5 class in 2007..
send it by tomorrow (20th nov 2009)..
pass to other pioneers..
thnx~

Wednesday, November 18, 2009

happy birthday

seperti diketahui umum, semalam *17th nov 2009* adelah bday aku...walaupun ade beberapa orang yang cuba merosakkan kegembiraan aku, namun aku tetap gagah melalui hari tersebut...malam sebelumnya penuh dengan msg dan panggilan dan komen2 di laman web sosial dari kawan2 yang turut meraikan kegembiraan aku...terima kasih...

dan pagi tersebut adelah yang paling indah....seseorang yang penting bagiku pada masa itu telah telefon aku untuk mengucapkan "happy birthday"....suasana sepi seketika and i'm overwhelmed with joy and maybe a little bit of tears...walaupun ucapan tu sangat simple dan walaupun aku dah dengar dari ramai orang sebelumnya, ianya sangat berharga buat aku...kerana ucapan itu dari ayah...



itu sahaja..sekian~

Friday, November 13, 2009

kepulangan

suasana di rumah adelah amat dijangkakan...
seorang diri hampir sepanjang masa...
dan bosan...

aktiviti :
1. bangun pagi *sebelum kul 12, pagi la, kn?*
2. masak untuk diri sendiri
3. tengok tv
4. online
5. tengok 1 piece
6. basuh baju or kemas umah or buat laa pape yang berkaitan dengan umah
7. tidur

dan aktiviti tambahan, hanisah ajak kuar tengok 2012 ahad ni...
thank God she's inviting me because i'm desperately need a hang out!!
haiihhh...
so, conclusion untuk kehidupan di rumah setakat ni, SANGAT bosan..
trimas~

- blog entry kali ni sangat pendek sebab aku terlalu bosan sampai xde idea nak menulis..skrip pun x siap2 lagi..so, sorry-

Tuesday, November 3, 2009

serabut

aku tak tau laaa nape exam ni paling banyak benda nak jadi...
semua serabut..
serabut..
serabut...
rase macam nak tulis semua benda kat blog ni....
tapi biasanya aku pendam je...
aku tau, tak elok pendam..
nak buat macam mane...
dah biasa macam ni....
so, pendam je laa lagi...
walaupun macam nak pecah dah hati aku tahan...
terpaksa laaa lalui gak hari-hari yang menyakitkan ni....
terima kasih kat beberapa orang yang ambil berat...
aku tau, aku pun turut menyerabutkan palotak korang...
so, aku mintak maaf la...
mintak maaf sangat2..
kadang2 ade jugak aku terlepas marah....
mintak maaf jugak....
aku dah tak tau ape nak jadi...
aku tak tau ape lagi nak buat...
haiihhh...
so long~

Saturday, October 31, 2009

E.X.A.M.

macam selalu, aku main2 je time study...walaupun mata fokus kat buku 24 jam, sambil2 tu mesti otak melayang2...x pun main2 rambut...ataupun tibe2 nampak kuku x cantik...macam tu laa slalu aku study...

tapi kali ni aku xnak main2 sangat *xleh nak janji XKAN main2* ...banyak yang aku janjikan kat orang2 yang aku sayang...aku x mampu dah nak hampakan diorang buat sekalian kalinya...so, aku pun try set mind untuk fokus study, set rambut so xde pun yang terjuntai and potong kuku elok2...

aku rase aku dah set cantik sangat2 jadual study aku, masa study aku...aku pun dah x lepak2 sangat sebab aku harap setiap saat yang selalu aku bazirkan, aku boleh buat untuk ngadap ilmu...lappy pun aku x tengok selagi x habis study ikut jadual..

rupa2nya aku banyak hampakan rakan2 aku ketika aku melancarkan operasi study fokus kuat2...bile diorang ajak aku g makan, aku tolak...bile diorang ajak lepak same2, aku tolak...bile kawan baik aku msg, aku xleh nak layan sangat...bile diorang ajak tengok movie pun aku tolak *eventhough sanggup belanja aku* ...srius aku x berniat pun nak hampakan diorang..tapi...aku dah janji...

maafkan aku sebab aku terpaksa hampakan anda2 semua...tapi, janji yang aku dah buat kali ni aku xleh nak tolak tepi macam tu je...

bile dah start exam, aku ingat semua dah berjalan dengan lancar...rupa2nya serabut juga seperti selalu...

1st day - barang semua nak jatuh time bersiap + lens bergerak2 macam nak terkeluar
2nd day - kejar bas *walaupun perkara biasa, but still, serabut*
3rd day - senggugut + unknown important calculation method yang sangat popular dalam past year questions + bilik yang sangat serabut + sejuk melampau

aku bersyukur dapat lalui hari2 tu dengan selamat..just, aku harap hari2 yang seterusnya lebih baik dari hari2 yang semalam....

Tuesday, October 20, 2009

open house itu

warga dot yg hadir
abg long, abg zul, mak
jasmin
tarikh : 18th oct 2009 (ahad)
tempat :
umah tkc
jam mula :
1 pm
makanan :
mcm2
kehadiran :
rakan2 mak, bf kakak, rakan2 dot

:.preparations.:

#17th oct 2009
amik abg zul n success di puchong yang merupakan tukang masak utk open house tersebut...walaupun ngantuk + lapa gile, amik juge lah mereka tu...klu x nnt, sape nk masak, tul x?huhu~

smpai je kt umah, singgah umah seblah jap...mkn dlu...sbb die buat open house...wlupun dh kul 10 pm n mknn juge hampir habis, terpakse laa berebut juge mknn dgn kakakku...ketahuilah bahawa, ayam terakhir dimenangi oleh kakakku *down gile* ...

dh kenyang, kitorg pun start laa rendam tauhu, rendam daging, buat kek batik, goreng itu dan ini *sebenarnye aku xtau proses pd mlm itu* ....aku yg ngantuk ni melayan tv dgn abg zul d ruang tamu...sebab cite kt tv cam bosan gile, aku pun layan 4 episod 1 piece dlm bilik ditemani bau2 mknn dari dapur...aku pun xtau diorg tdo kul bpe coz ble aku kuar bilik kul 3.15 am, abg zul dh terbongkang d dpn tv...

#9 am(18th oct 2009
)

aku terbgn dek tamparan manja d bahu oleh kakak...aku pun bergegas bgn, kemas katil dan cuci muka dan terus menggentel daging utk dijadikan bola2 dlm sup bakso....abg zul dh menggentel lebih separuh besen tersebut..ouhhh...sory abg zul...

setelah habis menggentel utk 1st round, success pun mula mengukus nasi versi afrika *aku mmg x sure ape kaedah yg digunakan oleh beliau* ...mmg smua org dh tau, klu success tgh masak, smua org xleh duk 1 tempat dgn die..byk bnda akan digaduhkn...so, utk avoid smua tu, aku pun menyelamatkan diri ke ruang tamu...melayan karenah jasmin *anak spupu* yang hanya akan senyap apabila dipegang oleh lelaki...

setelah proses nasi afrika selesai, aku dan abg zul kembali ke dapur utk meneruskan operasi gentel daging 2 round...kali ni aku pula yang kne ramas2 daging tu supaya x berketul2...daging tu masih sejuk, so, lebam2 jari jemariku...memandangkan daging tu sebesen, aku terpaksa menggunakan tapak tgnku juga walaupun pelik, nape abg zul guna jari je?

sambil kami menggentel daging, kwn2 mak sudah dtg...haiihhh...kitorg dh laa x mandi lg...segan abes...kitorg pun menyegerakan proses menggentel tersebut dan berebut ke bilik air *mestila die menang* ...

:. the day .:

#1 pm
kawan2 mak x sudah2 dtg..aku pula terpaksa drive success g amik kwn die...tp, xpe laa..die dh tlg kitorg, ape slhnye aku tlg die blk, kn?

#3.25 pm

rakan2 dot sudah tiba d stesen ktm bts...aku pun menggunakan khidmat sepupuku utk amik mereka sbb klu 1 keta je x cukup...dgn myvi klabu dan kenari merah, kami merempit ke ktm bts...abg say o, abg zul, sharif dan smeth menaiki keretaku...manakala kak wawa, kak leha dan arif d kereta sepupuku... susah juge nk bwk kereta yg senget tp senang nk mencilok *kereta senget sbb ismeth naik..srius!!* ...

aku drop diorg dpn umah sementara nk cr parking...mereka nmpk segan pd mulanya...aku ajak pun, xnk g mkn lg..last2, xsure sape yg start dlu, maka smua org pun berkumpul d meja mknn...aku happy...

aku xnk mkn pd mulanya...tp bile tgk diorg mkn mcm berselera sgt..so, aku terliur...diorg kate bakso sedap...dan juge bola2 itu *tp diorg panggil meteor* ...nasi success dan ayam sosnye juge menjd tumpuan...tp ternyata bakso menang!!smeth dan abg say o byk kali dh tmbah..yg lain masih malu2...

#3.50 pm
abg ijan tiba d lokasi walaupun tersesat sebentar dgn motornye...abg palie tiba juga walaupun ketika smua org dh habis mkn...abg ijan terpaksa menjemput abg palie sebelum beliau terjun ke sungai...sekumpulan dot berkumpul d meja kuih *kak wawa, kak leha, arif, sharif* ..hampir licin meja itu..namun, aku happy...

ketika smua org mengusap2 perut tanda kekenyangan tahap melampau, kakak aku dtg dgn mambawa ayam goreng dan nugget d tgn...sepantas kilat, mereka menyambar meja itu sejurus selepas kakakku meletakkan pinggan2 tersebut..hoh...terkejut den...ruang luar rumah aku tu dipenuhi dgn gelak tawa oleh warga dot kerana jemputan yg lain berada d dlm umah...dan skali lg, aku happy...

#6.15 pm
setelah kak wawa dan kak leha solat d bilikku...dan jejaka2 berjemaah d surau, aku hantar mereka smula d ktm bts..abg palie hantar separuh ke ukm..dan 3 org bersamaku ke ktm...skali lg,myvi kakakku senget ke kiri..haiihh...

walaupun begitu, ade sbb yg membuatkn aku x happy...ketidakhadiran beberapa org yg aku syg membuatkn aku sedikit muram..tp xpe, mereka ade sebab tersendiri..aku fhm...dan aku tapaukn juge utk mereka...

terima kasih, smua~

Tuesday, October 13, 2009

Tuesday, September 22, 2009

beriye2 d hari raye


2 hari sblm raya
aku, kakak aku n mak aku memulakan perjalanan pulang ke kg...memandangkn hujan lebat tambah plk dgn jammed kt kl, kitorg pun decide nk singgah capsquare utk berbuka...lepas jalan2 kt jalan tar, kitorg pun bertolak ke teluk intan tepat jam 9 mlm...

smpai je kt kg, kitorg trus tukar baju n memulakan operasi mengemas umah...aku g basuh balkoni...mak aku n kakak aku cuci toilet...dalam keheningan malam, aku rase nyaman gle time basuh balkoni tu...x sangke main air pun best..hahahaha...kitorg x tdo smpai sahur..nenek aku pun join x tdo sbb die susun kuih dlm balang...seronok agaknye kitorg dh blk..ye la..die tinggal sorg...

malam raya
memandangkan kitorg dh pnat mengemas umah, kitorg pun g giant yg baru bukak kt tgh pekan tu sekaligus berbuka kt luar..cadangnye nk rehat2kn badan...sdara aku dh ramai kt umah, so kitorg malas nk memenuhkan keadaan...buat kali terakhir berbuka tahun ni, dpt jgk aku berbuka kt old town white coffee...rase puas gle dpt mkn laksa n honey lemon...pergh!!!

mcm biase, kazen aku yg sorg tu mesti bwk blk inai...die ajak laa aku n kakak aku pkai inai...so, kitorg pun gedik2 laa pkai inai...sblm tdo,kitorg dh cuci sbb takut bertampal2 kt muka..hahahaha...baru kejap pkai, dh merah..best btul...

hari raya
pg tu aku bangge sbb dpt bgn lg awal dr kakak aku..klu x, die laa yg sebok bebel suroh aku bgn..huhu...sementara tggu org blk dr smayang raye kt masjid, kitorg pun bersiap..aku siap paling awal sbb aku tau, selendang aku tu lembik, susah gle nk pkai!aku siap awal gle smpai aku bosan tggu mak n kakak aku bersiap...huhu...

seperti thn2 yg lepas, sdara mara aku mesti dtg umah nenek aku dlu...then umah teh yg dekat *selang beberapa buah umah* , umah cik *kne naik keta* n umah ndek *paling jauh!* ....operasi beraya bermula pd jam 10 pg, berakhir pd jam 5 ptg...letih n kenyang sgt2!!

smpai je kt umah, kazen aku sedia berkhidmat utk mak aku...ape khidmat beliau??kazen aku ditugaskan utk mengaler rambut mak aku..aku pun tbe2 tergedik nk kaler rambut..so, aku n mak aku bli dye kaler burgundy n light brown...diesebabkan kakak aku pun nk join, kitorg pun mencampur kedua2 dye tu walaupun jenama diorg lain2..huhu..

konklusinye, kaler kt rmbut aku jd, kt mak aku x jd..so, die g salun utk kaler blk rmbut die..kakak aku pun x jd, tp die g bli kaler yg lain..x jd jgk..so, die redha je ah...hahahahahaha....mase mlm tu, aku join kazen2 aku main mercun...tgh syok tgk mercun roket tu meletup2, tbe2 keta pulis lalu...mmg cuak gle smua org time tu...kazen aku yg askar tu pun leh cuak gak..hahahahaha...masing2 muka pucat tp pulis tu x wat pape pun..die suluh je..tp lpas tu trus kitorg masuk umah, duk diam2..huhu...

hari raya kedua
mak aku dh decide nk meniaga kt warung sbb cnfirm ramai org n banyak untung..aku malas nk g tolong memandangkan ramai yg nk g meniaga jgk...so, aku stay je kt umah...dh ptg skit baru aku g tolong dgn kazen aku...memang ramai...aku kesian gak kt mak aku..aku takut die x larat nk berdiri lame..tp nk wat cmne...die yg nk meniaga..huhu...diorg tutup warung dlm kul 12.30 pg..mesti byk untung tp aku x amik tau pun...sbb aku x tlg..huhu...

hari raya ketiga
aku blk kl lpas subuh sbb mak aku nk keje pg tu...so, sekarang aku sedang menaip di blog untuk menceritakan betapa beriyenye aku beraya tahun ni...mcm dh x raye plk tahun depan...hurm..ntah laa...harap2 dipanjangkan umur..amin....

SELAMAT HARI RAYA
MINTA MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN AKU...

Wednesday, September 9, 2009

hari hari yang serabut~

waktu tdo yang x menentu....
klas harian yg kian menyempitkan waktu..
ptptn yg x sudah2 membelenggu...
assignment2 yang makin menimbun...
mid sem yang semakin dekat...
mood ku yang x teratur...
"seseorg" yang menyemakkan fikiran...
kerenah org2 yang kusyg yang perlu dilayan...

namun..
aku lalui dgn tabah..
dgn teman2 d sisi...
dan dorongan ibuku yg susah payah hantarku ke sini...
dan juga semangatku yg x pnah padam walaupun pernah malap buat beberapa ketika...

berjuanglah sehingga penamat...
kau boleh,nur azwan afzan...

Tuesday, August 18, 2009

TAHNIAH

saya nur azwan afzan binti ahmad, merujuk perkara di atas...
1stly, thnx sgt2 kt warga DOT coz dh bg kerjasama n komitmen yg tinggi sepjg sebulan ni...thnx jgk kpd senpai2 sbb sudi bg tunjuk ajar kt kitorg n sanggup bersabar layan karenah kitorg ni..thnx kpd kwn2 coz sanggup tdo lmbt tiap2 hr, x siap assignment n x g klas semata2 nk g latihan walaupun kita br 1st year...
2ndly, aku sgt2 berbangga dgn korg sbb wlupun mcm2 dh yg kita tempuhi *org tarik diri, drama2 korea, tukar tenaga pengajar, tukar2 lagu, step x siap2, n even smpai last minute pun ade tukar step lg* , namun, kita still teguh berdiri dan terus melangkah ke dpn bersama2 warga DOT yg lain..kita x pnah tinggalkn walau sorg pun kt blkg...klu kite jatuh, kita jatuh sama2...bgn pun sama2 *walaupun x sama tinggi..huhu* ...kita gagah hadapi smua tu..tense mmg tense..org gila pun leh jd gila lg skali klu dpt prob mcm kita...tp, mmg amat menakjubkn yg kita masih lg jitu mengharungi liku2 kehidupan tersebut *aku dh buat ayat a. samad said* ....
lastly, TAHNIAH buat smua...kejayaan ni adalah kejayaan bersama...kejayaan para sailor, tukang karang, background singer, sketsa DAN x lupe juga abg ijan, abg palie, kak fatin, abg wan, abg nas, abg paan n kak k...kalau kurang walaupun sorg dr list tersebut, maka tinggal mimpi laa nk pegang trofi tempat pertama tu.... *kpd yg x ditulis namanya, sila komplen coz aku ni jenis cpt lupe..sorry sgt2*
ape2 pun, aku sgt puas ati lpas perform td...sriusly, klu x dpt 1st pun, aku dh puas ati coz aku tau, kita smua dh buat yg terbaik...n crowd pun sgt suka kt kita...sila beri tepukan gemuruh pd diri sendiri *walaupun org seblah akn pelik tgk korg tepuk tgn sorg2* ....aku syg sgt kt korg...aku syg sgt2 kt DOT...muahx!!!

Friday, August 7, 2009

macam macam hal...

haihhh.....
ketika hatiku gundah gulana sbb seseorg *namanya dirahsiakn* ...
hidupku d ukm juga x menentu...
nsb baik aku xde klas..
cuma ade assignment je ah..
n aku manage time btul2 supaya aku leh siapkn smuanye..

then, here comes boria pnye gundah gulana...
slalu turun naik, turun naik...
risau jgk..
tggal bape hr je ni nk bertanding...
tp xpe..
as long as we have each other, nothing can stop us..

n hr ni aku men"declare"kn diri sendiri sebagai bujang semula...
im single again *yay!!* ...
beberapa kwnku juga sronok dgr brite ni..
beliau *yg kononnye bf ku dlu* mmg ske cr pasal...
kwn aku pun dh lame suro clash..
tp baru hari ni, setel smua *harap2 laa* ....

hurm..
pape pun, byk lg mende x setel..
n aku harap aku leh setelkn satu persatu...
so that aku x terkena migrain lg..
aku serik dh menahan sakit pale yg teramat tu ketika aku tgh sronok berboria...
so, wish me luck!!!

p/s 1st time tules post dgn cptnye~

Monday, August 3, 2009

keguguran...

two thumbs up!!!

huhu..memandangkn xtau nk tules pe, so aku nk tules pasal aktiviti weekend aku hr tu....


1st August

pagi tu ade ko-k....so terpakse la aku bgn awal pg utk berkejar ke dectar n utk mengelakkn kne marah ngan izayu...huhu...pastu tbe2 teringat nk g pasar mlm..so, aku pun call mak aku sbb nk cnfirm die nk dtg kul bpe...rupe2nye makcik aku nk wat surprise bday party kt kakak aku so aku pun gedik2 ah nk blk...dlm kul 2.30 ptg, aku pun smpai umah n berlaku la segala kejadian surprise2 tu....


lepas makcik n kazen2 n jasmin *baby kazen* blk, kitorg pun gerak ah g ioi puchong *nape jauh dr umah aku yg kt cheras??xnk cite!!* ...smpai2 je, ktorg trus serang jusco sbb kwn mak aku nk blnje aku bli sluar jeans..dpt la sehelai jeans baru *thanx!!* ...pastu ktorg pun g tgk tiket utk midnyte movie...cite overheard...pelakon die Daniel Wu, Louis Koo, n Lau Ching-Wan...


cite tu pasal polis n penyiasat..cite cina..best gle!!kira x nyesal ah tgk...klu korg nk g tgk pun, sempat lg kot...tp jgn lmbt2 sgt coz cite cina ni x tahan lame sgt kt panggung, kn??huhu..xtau ah..aku bkn tokey panggung wayang tu..klu nk, g cr sndiri..huhu...lpas hbs cite tu, ktorg trus blk dlm keadaan mengantuk...dlm kul 2 pg br smpai umah n aku trus wat keje menaip2 utk kelab aspirasi n xtau kul bape tdo..huhu...


2nd August

sedar2 je, dh kul 12 tghr rupenye..huhuhu..truk tul la aku tdo...kakak aku dh bising2 dgn radio yg sengaja dipasang kuat kt dpn pntu bilik aku n die karoke kt bilik die..nk xnk, kne la gak bgn sblm dinding bilik aku retak angkara lagu2 ganas yg dipasang oleh kakak aku...then aku xtau idea "bernas" sape ntah yg mengajak kitorg g nilai 3...aku mcm mls nk g tp tgk wajah kakak aku yg mcm sronok je nk g shopping, aku pun on je ah...kt nilai aku bli beg je..tu pun org blnje gak *murah rezeki* ...hehehehe....


dh shopping berjam2 n jln2 bwh panas tu, tbe2 lapar plk...tp mak aku ckp, blk umah dlu br mkn *pergh* ....so, aku tahankn je la kelaparanku ini *dh biase dh* ....smpai je kt puchong *xnk cite gak nape aku leh smpai sane* aku nmpk kedai gunting rmbut...so, aku suruh mak aku g mane2 dlu coz aku dh x tahan dgn keguguran rambutku *main point utk title post ni* ...utk pengetahuan smua, rmbutku kian nipis akibat yg aku sendiri x pasti...jd, utk mengurangkn keguguran tersebut, aku decide la utk potong pendek *bob style* ...


so, rmbutku dh pendek skrg *lg* !!!!aku sgt sgt sgt sgt sgt sgt seronok sbb rase kepala ringan n kurang skit rmbut aku gugur...n amoy tu suro tukar shampoo skali..so, aku pun kate "xde hal lah!"...huhu...dh lame aku x jage rmbut dgn betul sejak pkai tudung ni *sory rambut!* ...hurm..lpas hbs setup rmbut smua, x pasal2 sakit kepalaku dtg menyerang...adoyy....then mak aku hntar blk ukm dlm kul 11 cmtu ah...


memandangkn sakit paleku tetap x hilang wlupun dh telan 2 bijik actifast, aku pun tewas d atas katil n x bermaya nk g latihan teater....lpas msg izayu, aku pun terlelap *xtau cmne* dgn brg2 stil berselerak atas katil, beg laptop kutinggalkn atas kerusi begitu sahaja, n baju2ku masih x berlipat...itulah hariku yg paling selekeh...


sekian, terima kasih..


p/s kepaleku masih sakit...xtau nape *xnk migrain lg!!!!!* ..haish......


Friday, July 31, 2009

Monday, July 27, 2009

royal concert, ukm~



zi n marina comel sgt sbb support kitorg!!


izayu :: wann

*dgn horn n flute baru!!!!*

din n abid turut memberi sokongan padu



wah....setelah seminggu bertungkus lumus practice kt dectar...selama seminggu itu jugalah aku meninggalkn klas...selama seminggu itu jugalah otakku bersepah sepah di merata ukm utk mengatur jadual yg kian memadatkn ruang untukku bernafas..akhirnya tibalah jua hari yg dinanti2kn...

kpd mereka2 yg xtau konsert diraja ni amende, meh cni aku brief skit..knsert ni aku pun xtau ape sbnrnye tujuan n objektif die..tp yg pasti, ianya dihadiri oleh YDp N9 (merangkap canselor ukm), isterinye dan ramai lg laa org2 besar dan org2 kecil *students n guests* ...
byk gak lagu yg kitorg perform...antaranye...
:: anthem N9
:: lelaki ini *penyanyi thn 3*
:: matahariku *penyanyi pelajar indonesia*
:: medley *trumpet, saxes n percussion feat. flute n clary*
:: alunan merdu N9
:: selekta nostalgia
:: payung mahkota *penyanyi dato' yusni*
:: ubekkn denai *dato' yusni juga*
:: desafinado *beliau lg*
:: pandang2 jeling2 *dato' yusni dgn penyanyi lelaki ini*
:: gema nadi budaya *tarian oleh artisbudaya ukm*
1st 4 songs was conducted by encik adzan..n yg lain2 tu dato' johari *arranger lagu2 kitorg* yg conduct....
d concert was successful eventhough there's lots of mistakes..tp, biase ah kn..org pro pun ade jgk wat mistakes time perform..konsert ni mmg bg aku byk sgt pengalaman *wlupun 1st performance aku dgn orkestra ukm* ...tp pengalaman yg plg berharga adlh ilmu yg dikongsi dgn otai2 musician yg terdiri drpd org2 uitm, pro musician yg diimport dan juge staf2 ukm sndiri..diorg mmg cool abes n x lokek ilmu ah... *tabik spring*
lpas konsert tu, ktorg mkn skali dgn YDP...pastu diorg ajak lepak minum2 kt luar...aku n
izayu pun xkn la nk lpaskn pluang kn...dh lame kot x lepak2 cmtu...ktorg lepak kt seksyen 7 bangi smpai kul 3 pg gak ah..dgr otai2 ni cite pasal pengalaman diorg slame bergelar musician ni...memandangkn aku n izayu agak rapat dgn encik rejab *yg dipanggil cikgu* , die la yg bertanggungjwb bwk n hantar kitorg blk ukm smbil kongsi2 pengalaman dgn kitorg *thnx cikgu!!* ...so, tanggal 25 julai 2009 telah memberi aku byk info utk kegunaan masa hadapan....
akhir kata...xkn ku tinggalkn muzik wlupun balak melintang dihadapanku...if u dont do it, somebody will.. *ayat encik rejab*