Friday, June 24, 2011

kemeja dan kebaya.

suppose aku tulis pasal orang yang hack facebook aku tadi. but it can wait.

i just witnessed a break up. a real one. macam dalam drama2 omputih.

laki tengah duduk, pompuan datang, cabut cincin kat jari, letak atas meja.

pompuan blah, laki amik cincin, kejar.

peh.. first time tengok drama break up real.

tapi aku macam dapat rasa pompuan tu punya sedih campur marah. jelas kat muka dia.

and laki tu macam "oh damn" punya muka.

well, nasib baik laki tu pergi kejar. nampak lah dia still nak pompuan tu.

or dia kejar nak pergi pukul or marah, xtau lah kan.

p/s : pehal ntah sekarang aku asyik taip sebaris2 camni. haih.

Wednesday, June 22, 2011

food poisoning lagi.

muntah dengan cirit birit lebih dari 5 kali.

pergi klinik naik motor.

hampir2 nak tergolek atas jalan sebab kepala aku macam lost time naik motor.

tunggu 2 jam kat klinik.

nasib baik dokter baik.

beria2 check pressure dengan nadi aku.

ubat pun murah.

terima kasih dokter.

terima kasih roomate.

perut dah kempis =D

Monday, June 20, 2011

masa, sila jangan lari laju2

tinggal lagi 15 hari je nak spend time sama2.

='(

time exam fikir pasal jawapan ke makanan?

dari start enjin kereta sampai la aku tengah jawab paper information sharing tadi, aku asyik fikir je pasal lunch. exam mula pukul 8:30 am sampai 11 am. ok la tu.

paper tadi ada 3 section. tiba2 section A dengan B aku excellent gila. sebab lebih kurang dengan tutorial yang aku buat semalam.

sampai section C, aku menung. tengok jam, baru pukul 9. banyak masa lagi ni nak fikir jawapan.

"kalau keluar sekarang, boleh beli nasi lemak sambal sedap."

dengan lajunya idea nak tibai bertalu2 datang dan dengan hensemnya aku keluar dewan dengan semangat nak makan nasi lemak.

nak makan sekarang!

p/s : harap2 x dapat C untuk paper tadi. heh.

p/s/s : kadang2 rasa Will nampak ganas berbontot merah.

Sunday, June 19, 2011

ada kucing sangap kat blok aku dari petang tadi

kakak : nape hang kurus lain macam ni? hang isap dadah eh?
aku : ???????

aku happy sebab aku berjaya juga diet. tapi bila dituduh isap dadah, adakah aku patut happy lagi? huhu..

tiba2 rasa nak hias semula blog ni. sebab aku pun dah bosan tengok background yang sama hampir setahun. walaupun blog ni xde pengunjung, aku nak jugak tukar. aku jugak yang nak tengok hari2. haha..

aku xde lah nak hias beria2. aku nak buat background kosong je sebenarnya. and maybe tukar header jugak. tengok lah camne.

memang setiap kali nak exam aku akan terganggu dengan benda2 camni. argh!

bontot kera dengan bontot Will mane lagi merah?

dah dapat Will balik. tapi maybe x lama kot. entah lah. doakan je la Will dapat teman aku untuk masa yang lama lagi.

dan bontot Will kaler merah. hik hik.

esok exam!

Friday, June 17, 2011

Big Apple after a loooooong time

tadi memang super emo. lepas makan donut, dah ok SIKIT. lepastu roomate bawak balik tomyam pulak. yeaaahooooo!!

ye2. aku kalau emo memang aku suka makan. tapi donut ni pun x habis. heeeeee~~

amik lah!

amik lah! amik!

memang aku suka stranded xde benda tu!

makan hari2 kat cafe ni memang best!

sebab tu aku makin kurus!

sebab aku x lalu dah nak makan kat sini!

tau x kadang2 kul 12 pun lauk dah basi? tau x?

kalau nak makan ok, kena keluar!

owh lupa pulak.

nak amik kan benda tu?

ok!

tengok lah aku kurus sampai tinggal rangka sebab pergi fac and tempat exam pun aku jalan kaki!

Thursday, June 16, 2011

gerhana

malam ni tepat pukul 1:24 am.

the longest lunar eclipse of the decade.

ada sape2 tunggu?

Tuesday, June 14, 2011

wahai rakyat



ya. aku memang pengguna yang baik.
setiap kali guna toilet, aku mesti flush.
walaupun kadang2 masuk dalam tu main air je.
tapi, kalau flush tu rosak, cmne aku nak flush, bangang??
dah tu, orang2 yang kat luar tu, sila jangan pandang slack kalau x dengar bunyi flush.
kau masuk, flush sendiri.
tengok boleh flush ke x.
babi.

p/s : aku xde lah pengotor sangat kalau x boleh flush tu, tinggal je. aku siram2 air sampai hilang bau, rasa dan warna. hah. aku still ingat pendidikan agama Islam!!

Saturday, June 11, 2011

1 phone call can make a difference

tiba2 dah ade mood nak tulis blog. ok. here we go!

sebenarnya aku suka gila tengok gadis2 comel. kalau baby or budak2 tu lain lah. sape x suka tengok budak2 comel. ni gadis2. yang dah period. yang dah besar. ah. you know what i mean.

xtau lah kenapa. aku suka tengok diorang lagi2 yang ada style rambut somel, dressing comel. yang lawa pun aku suka jugak ah. tapi kalau comel rank paling atas ah. kalau aku laki, benda ni x pelik pun. tapi aku perempuan. tu lah masalahnya.

kalau aku tengok laki yang comel, jambu or hensem sangat, aku x suka. xtau kenapa tapi aku memang x suka. xde masalah pun dengan diorang tapi they are just not my type. tapi kalau perempuan yang comel or lawa sangat, ahhh!!! geram!! sukaaaa!!!

ok. adakah ini bermakna aku lesbian? x kot. hehe. ntah. er.. aku patut stop sekarang kot. hahahahahaha..

p/s : glad u called. hari ni terasa riang =D

Wednesday, June 8, 2011

nak minta tolong, kena marah dulu

sama macam jari luka. sampai dah bernanah baru jumpa doktor. nanti doktor marah sebab x pergi klinik awal2. tapi last2 doktor tolong jugak.

hari ni kena marah sampai nangis2. tapi sebab nak minta tolong punya pasal, gagahkan la jugak telinga dengar orang tu bebel2. nasib baik dalam telefon je.

harap2 beliau ikhlas tolong. dan aku perlukan pertolongan tu secepat yang mungkin. sebelum ia terlambat.

peh. macam iklan kerajaan suruh orang pakai helmet.

p/s : lepas nangis2, gatal tangan pergi browse blog, facebook pastu google benda bukan2. sampai nangis2 lagi.

Tuesday, June 7, 2011

Heroes of Newerth

kau jangan tertipu. ni bukan entry pasal HON pun. ni entry pasal hero2 yang main HON. sort of.

hari ahad lepas, kereta aku eksiden. lagi. tapi kali ni aku x langgar sape2. mini cooper s itu yang langgar myvi aku. pastu hilang. pastu tiba2 pergi report. x jumpa langsung aku minta maaf ke apa. bodo.

ok2. abaikan orang tua-kaya-gila tu. sekarang cerita pasal orang2 yang tolong aku.

thanks, mat. sebab setia gila menenangkan aku setiap kali aku cakap aku nak maki orang mini cooper s tu. bila aku maki2 mekanik dalam telefon pun mat still menenangkan aku. bila aku kena marah dengan kakak aku pun, dia ada jugak tolong sabarkan aku. thanks =)

tapi lepas sarjan kat balai ampang jaya cakap "owner mini cooper ni cakap dia x salah", aku naik angin.

aku : so sekarang aku nak maki hamun mini cooper s tu boleh x?
mat : aku pun nak maki dia.

thanks, acid. sebab rela amik aku lepas eksiden, bawak aku pergi renew lesen pagi2, pergi report, pergi bengkel and tunggu lama2 aku setelkan hal kereta aku kat ampang. and rela juga bangun pagi2 untuk hantar aku balik UKM sebab tiba2 ada presentation. thanks kepada acid dan Wan Ghogayah Yasmin beliau =)

thanks, bajang. sebab bagi aku tumpang tido umah kau. koleksi dvd kau memang awesome sampai aku kena kunci pintu bilik untuk tengok mana2 cerita kat bilik tu. haha. thanks =)

apa2 pun, xde sape yang cedera parah kecuali Will aku. bontot kemek, tayar flat. lepas bukak bumper ngan mudguard, nampak besi2 kat dalam tu rosak teruk. minggu ni aku x berkereta. yeah!

babi lah kau mini cooper s.

Wednesday, June 1, 2011

tepuk dada, tanya selera. tak2. amik pisau, cucuk perut. yeah.

Maya jumpa Jimmy. Jimmy suruh Maya telan biji berlian sebab Jimmy sayang Maya. Maya pun telan sebab Maya sayang Jimmy.

lepas berminggu2, perut Maya sakit. sebab biji berlian tersekat kat appendix. Maya xnak jumpa doktor sebab Maya takut nanti doktor cas mahal2.

Maya bagitau Jimmy. Jimmy pun xtau nak buat ape. lama2 Maya tertekan. Maya telan pil banyak2. Maya amik pisau, Maya belah sendiri perut Maya. biji berlian terkeluar dari perut Maya.

Maya senyum puas. Jimmy? Jimmy pun senyum. tapi lepas tu Maya pejam mata.

sekarang aku super depressed.
i need pills.
i need pills!!!