Showing posts with label suka lah. Show all posts
Showing posts with label suka lah. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

1 phone call can make a difference

tiba2 dah ade mood nak tulis blog. ok. here we go!

sebenarnya aku suka gila tengok gadis2 comel. kalau baby or budak2 tu lain lah. sape x suka tengok budak2 comel. ni gadis2. yang dah period. yang dah besar. ah. you know what i mean.

xtau lah kenapa. aku suka tengok diorang lagi2 yang ada style rambut somel, dressing comel. yang lawa pun aku suka jugak ah. tapi kalau comel rank paling atas ah. kalau aku laki, benda ni x pelik pun. tapi aku perempuan. tu lah masalahnya.

kalau aku tengok laki yang comel, jambu or hensem sangat, aku x suka. xtau kenapa tapi aku memang x suka. xde masalah pun dengan diorang tapi they are just not my type. tapi kalau perempuan yang comel or lawa sangat, ahhh!!! geram!! sukaaaa!!!

ok. adakah ini bermakna aku lesbian? x kot. hehe. ntah. er.. aku patut stop sekarang kot. hahahahahaha..

p/s : glad u called. hari ni terasa riang =D

Saturday, October 9, 2010

mesej suwit angat!!

" hp aku rosak. habis hilang mesej2 chumil. habis hilang nombor2 telefon. tapi no telefon kau aku ingat. sebab no kau aku x simpan dalam hp. aku simpan dalam hati "

sweet. terharu. nak nanges.

kan?

last2 aku dapat tau die cakap camtu kat pompuan lain jugak.

damn.

p/s : dah post dalam blog baru gua x majuk bai. hahahahahaha..gi beli hp baru ah der!

Tuesday, August 10, 2010

ni bukan jiwang jiwangan

tibe2 aku ter"flashback" kat cerita kawan2 aku. nama dirahsiakan atas dasar2 privasi.

Situasi 1
Aku : pehal kau beli hadiah bday untuk awek kau sampai rm300 weh?? gile kaya ahh kau.
Mamat A : sebab die pernah bagi sesuatu yang berharga kat aku.
Aku : horghh..mendE??kaye gak awek kau ehh.
Mamat A : die bagi no tepon die time bday aku *sambil senyum bahagia*

Situasi 2
Gadis B : awk, kite kan baru kapel. xde hadiah untuk sy ke?
Mamat B : hoh? hadiah pe?
Gaids B : hadiah br kapel lah!
Mamat B : *mase tu jugak keluar g bli teddy bear untuk si gadis*

Situasi 3
Gadis C : call jap leh?
Mamat C : *terus call* nape ni?
Gadis C : blaa..blaaa..blaaaa...*tengah emo*
Mamat C : bla..bla..bla.. *ayat motivasi*
Gadis C : thanx ye awk. sory kacau awk tdo. kesian awk.
Mamat C : xpe. asalkan awk x sedih2. sy nk tgk awk hepy je.

Situasi 4
Mamat D : sy dapat study overseas. awk tunggu sy, leh?
Gadis D : mesti la sy tunggu. *sambil hulurkan coklat cadburry saiz besar*
Mamat D : *patahkan coklat tu jadi dua, hulur separuh kat si gadis*
Gadis D tunggu Mamat D selama 3 tahun. tapi, hampa.

Situasi 5
Gadis E : awk, cantik x dompet ni?
Kawan E : cantik gak. nak bg bf awk ke? bday ke anniversary?
Gadis E : saje je nak bagi. *sambil senyum simpul*

horgh...tu baru sikit. banyak lagi sebenarnye orang sekeliling aku yang sweet2 pastu dengan kisah cinta yang comel2. haha.. aku doakan korang bahagia..aku happy tengok korang happy =)

i may not be a good listener, but i can spend a whole day to listen to your probs and stories. i may not be a good solver, but at least i'll try to solve all your probs =)

*tau ahh xde kena mengena pun dengan entry ni. saje je nak tulis!!!*

bye~

stabilised

time ade production mesti emosi terganggu. biar lah. abaikan aku emo2 sebelum ni. abaikan cintan cintun yang aku gedik2kan selama ni. abaikan2..

yup, confession is hard. tapi better confess dari senyap je. nanti aku pun xtau ade orang sayangkan aku. and orang yang aku sayang pun xkan tau. bagi aku, confession tu agak berat nak buat. lepas buat, lega.

thanks sangat2 sebab sayangkan aku. thanks.

dan orang yang aku sayang, sila jangan terasa seperti dipaksa. its just a confession =)

wargh!!! entry ni berbaur geli2 lagi. damn ah! ok, tukar sikit.

tahniah buat DOT sebab berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik and 1st Runner Up. sumpah aku x kesah korang dapat nombor berapa janji korang puas dengan apa yang korang dah buat. sebab aku pernah rasa puas, tapi x menang dengan x puas, x menang.

dua benda tu sangat berbeza. bila aku puas, aku dah x kesah menang x menang. sebab aku tau aku dah all out dan penonton semua dapat rasa apa yang aku nak sampaikan. tapi kalau aku x puas, x menang pulak tu, sumpah aku down. dan juga kalau x puas, tapi menang, lagi fuck ah...

owh, pehal tbe2 nak emo di sini. sila tukar.

seorang abang dah pulang. dia la yang selalu dengar prob aku. dia la yang selalu try nak buat aku happy bile emo2. tapi semua tu xkan jadi sama lagi. tapi, saya still sayang abg nas =)

entry ni kelam kabut. lantak ah!

sekian~

Thursday, August 5, 2010

bila matahari ditutupi awan, ada yang masih sudi memancarkan sinar suria

hari ni aku down. down sangat. sangat. ade yang aku cite kat blog. ade yang aku keluarkan kat status fb. ade yang aku lepas kat mai. tapi ade yang simpan dalam hati.

pastu mat mengembara dari zaba ke kdo bagi aku ayam bbq ktr td. mula2 aku rilek je. pastu die cite.

aku : kau dgn sape ni?
mat : sorg
aku : huh?? dari mana?? (sbb aku expect die dtg straight dr bbq kt panggung seni)
mat : zaba ah. tadi aku blk bilik lepas bbq. pastu bace blog kau. pastu rasa macam nak bg kau ayam.
aku : terharu melangit.

so, aku janji nak tulis dalam blog, ni dia... mat, sumpah aku terharu. thanx a lot. btw, ayam tu sedap gila!!!

*ye, sejak kebelakangan ni aku suka selitkan dialog dalam entry*

Monday, August 2, 2010

Monday, July 19, 2010

dari lensa

semalam abg long, abg zul dengan kakak datang amik aku kat ukm. masuk je keta, dapat macam2 ole2 dari abg long. hari tu die gi london. maceh abg long bagi kitorang macam2 ^_^



pastu teruskan perjalanan balik kampung abg zul kat negeri sembilan. perjalanan x jauh sangat sebab ikut high way. tapi nak masuk umah abg zul tu yang adventure. tapi best!!

sampai2, terus abg zul gi kutip durian.



pastu semua orang macam x sabar2 nak NGAAAAP durian tu. abg long yang x reti kopek durian pun tibe2 reti sampai hancur kulit durian tu dibuatnye. huhu...



kakak x tahan bau durian so die x boleh makan! tapi durian ni sedap gile. berlemak, banyak isi. *telan air liur*

berapa banyak biji ntah kitorang tibai semalam. sampai sakit2 perut. hahahaha...



pastu sebab aku teringin sangat nak gi istana seri menanti, abg zul capaikan gak cita2 aku tu. hehehehe...



sebab gigih sangat nak tengok semua benda, terpaksa laa panjat istana tu sampai atas. dah la tangga kecik2. tapi asalkan hajat dipenuhi, aku gagahkan jugak meniti papan2 tu. huhu..


bile dah sampai tingkat ataaaaassss sekali


ok, aku pun terjelepuk

then bile dah penat gelak2, tangkap2 gambar, jalan2, terus je serang kedai2 kat situ. kitorang beli air and aiskrim. aiskrim buatan sendiri pulak tu. sejuk!!



sejak aku suka DSLR, setiap kali kitorang keluar sama2, mesti abg zul bawak and MESTI aku je yang pegang Canon die. hahaha...


bile dah minat, aku pun amik laa gambar keliling umah abg zul. then aku pasang cita2 murni. nak kumpul duit, beli DSLR sendiri by the time aku nak konvo. hehehehe...pehal?? duit aku! sukati ah!

ni antara gambar2 yang aku amik.


ikan kat tobek godang

buah asam pe ntah












banyak lagi gambar kat wall aku. gambar yang lain2 kat profile abg zul. yang penting, best sangat!!!!!!!!!!!

Sunday, July 11, 2010

singgah

hari ni nak balik ukm.

dan semalam mimpi mak hantar balik ukm.

mak singgah sebab nak hantar aku balik =)

Saturday, July 10, 2010

an almost happy ending

er...ni entry conclusion untuk entry yang ini.

aku sedang baring keletihan sebab tadi sungguh2 melompat2, menari2 kat dctar..so, entry ni macam simple je ah..

minggu ni mula dengan finale wind orchestra. walaupun ssp dapat saguhati je, aku tetap bangga dengan diorang. sebab diorang dah membesar dengan jayanya. aku sangat kagum tengok diorang main lagu Armenian Dance part 1 sebab bagi aku, lagu tu susah nak bawak.

then aku terus gerak ke pangsapuri ukm kat taman tenaga. dah la kena panjat tingkat 4. nasib baik laa ade yan and ain kat situ. pastu aku pun jadi pc pusat. so, banner banyak yan and ain yang buat. huhu...kesian diorang..

semalam, pangsapuri tu buat hal, XDE AIR. dah la xde wifi. kitorang nak buat keje pun susah. pastu bile xde air, aku balik umah ahh nak mandi semua. then hari2 aku ulang alik ke ukm ah dari taman tenaga tu.

so far, ok la minggu ni. banner pun orang atasan terima. tinggal nak buat banting je. then suka sangat sebab student teater bagi kerjasama kat kitorang pc2 untuk teater ni. aku kagum gak sebab walaupun beberapa hari je practice, tapi diorang dapat bagi yang terbaik.

ahad ni dah nak check in ukm balik. harap2 dapat rumet ngan kk. nanti nak jumpe orang pejabat skali dengan ida. doa2kan laa eh? huhuhu..

owh ye. nape "almost happy ending"? sebab tadi ade someone yang rosakkan mood aku. huh!

bye~

Thursday, July 1, 2010

orang lidi

Mase kecik2, aku suka lukis orang lidi sebab tu je yang paling senang nak lukis. Semua orang pun suka lukis, kn? Ahh..jangan nak tipu!


Selalu lukis2 orang lidi time bosan2. Kalau ngantuk dalam kelas pun, lukis orang lidi. Kalau tengah marah kat someone, aku lukis orang lidi jugak!


Pastu kalau happy2, lukis orang lidi jugak. Hehehe..


Bila dah besar, pandai laa lukis benda2 lain. Pastu orang lidi pun dah pakai baju.


Lama2, dah malas lukis orang lidi. Selalunye orang lidi yang rajin temankan aku. Pastu bile dah malas nak lukis orang lidi, nasib baik ade orang lidi sebenar temankan aku.


So, orang lidi memang dah bersama aku sejak kecil lagi. Bila aku marah, happy, bosan. Kalau sedih2, orang lidi jugak yang temankan aku. Kalau xleh tido, suruh orang lidi temankan. Orang lidi memang pandai hiburkan hati aku.

Happy bday, orang lidi =)
p/s : ni orang lidi aku. Korang punye?

Wednesday, June 30, 2010

sayangsss

ni quick entry untuk cuti2 dengan DOT hari tu sebab aku xde idea nk tulis ape..huuu..

well, bkn laa the whole DOT..ade abg nas, fatin, abg ijan, abg hazal, abg say o dengan kk je..

27th june 2010
gi amik keta sewa dengan abg ijan n kk kat hentian kajang..gi awal sebab nak kejar tengok devdas kul 9..hahaha...amik 2 keta; kancil dengan iswara..kancil tinggal kat umah aku..iswara duk kat ukm.

28th june 2010
abg ijan sampai umah, gerak gi amik fatin..ni sesi dialog before amik fatin

aku : gerak dlm kul 7, confirm jammed jalan otw gi ampang..
abg ijan : xpe2. tau jalan lain. x jammed sangat la..

20 minit berikutnye, kami masih dalam cheras..kalau ikut tol, waktu tu dah sampai ampang pun..then tibe2 dari jalan-abg ijan-kate-x-jammed, terus masuk balik high way yang utama..rupe2nye 20 minit duk pusing2 dalam cheras je..buang masa kat situ..huhu..

so, memang makan mase kat situ..so, bertolak lambat..sampai melaka dah tengahari..terus gi zoo melaka..jalan2, tangkap gambar, gi makan, then semayang..

pastu check in kat Harsh Hotel lepas gaduh2 nak amik hotel mane..pastu semayang asar, tido2, jalan kaki ke MP ngan DP..pastu g A Famosa, kapal..tapi kapal dah tutup so amik gambar dari luar je..

malam pulak xde aktiviti pun..lepas makan, stuck kat kedai tu sebab tengok bola..balik2 dah ngantuk..terus tido...

29th june 2010
check out awal, dalam kul 10 camtu..breakfast kat mapley..pastu abg hazal and abg say o semangat nak masuk kapal..so, menapak laa ke sana..lepas tu gi muzium tentera laut..dah laa panas gile..peluh macam air terjun...

xnak buang masa, terus pecut gi PD...para jejaka sampai dulu kat masjid sebab kancil kitorang sangat slow..dan juge kitorang singgah jap kat makam sape ntah..hahahaha...

lepas semayang, gi makan, then terus gi mandi...aku and kk x mandi..alasan aku, peristiwa berdarah..kk, malas tukar baju..tapi last2 die kena campak gak dalam laut..hahahaha...

pastu sambut laa terus bday abg nas kat situ..ade tepung, ade kek..ingatkan nak beli telur tapi mahal..jimat2..huhu...

kat pantai diorang duk tanam fatin, jadikan ikan duyung...tapi punggung besar..hahahaha...then lumba lari, mandi manda, campak kk dalam laut *ok, tu dah cakap* , baling tepung, makan kek..aaaa...tu je lah!

pastu bilas2 badan dekat dengan TM resort, bincang2 pasal duit semua, terus balik...para penumpang iswara dah sampai bangi awal2 sebab nak gi pasar malam..kitorang dalam kancil ni singgah dulu seremban sebab lapa...

malam tu hantar fatin, hantar keta sewa semua...then semua orang balik dengan kepenatan...konklusi, aku hepy sangat cuti dengan DOT kali ni...maceh sayangsss~!!

p/s : entry ni x best, kn? kesah pulak aku! asalkan aku hepy! ahh..bukan ade orang bace pun..hahahahahahaha~~

sayang kamu lebih ah!

Sunday, June 27, 2010

kisah Si Gadis

satu hari, Si Gadis keluar dengan Yah Tau Hu ke Mid Valley. kerana mereka Wanita, Encik KTM telah menyediakan tempat khas untuk mereka dipanggil Koc Wanita.


pelbagai aksi telah dipertontonkan di hadapan mereka supaya Si Gadis dan Yah Tau Hu terhibur sepanjang perjalanan ke Mid Valley. mula2, para Girl Guide menceriakan suasana. Si Gadis x habis2 mengomen persembahan mereka. Yah Tau Hu pula sibuk menstabilkan diri kerana Koc Wanita agak bergoyang2.

kemudian muncul pula Puan MakCik. beliau mementaskan sketsa pendek. ia menceritakan tentang kisah hidup mereka seharian. bermula dengan Si Jejaka mahu menyertai kumpulan Wanita naik ke Koc Wanita. tapi Puan MakCik itu mencemuh2 Si Jejaka sehingga beliau terus melarikan diri. dan Puan MakCik terus mencemuh2 saudara-mara Si Jejaka yang sudah pun berada dalam Koc Wanita.

Si Gadis menggeleng. begitu pentingnya Koc Wanita ini kepada Puan MakCik. setelah memberi beberapa penghargaan kepada Encik KTM dan juga semua yang telah cuba menceriakan mereka, Si Gadis dan Yah Tau Hu meneruskan perjalanan ke Karnival Haiwan.


selama beberapa hari Si Gadis cuba mencari binatang kesayangannya, Sugar. dia amat berharap bahawa Sugar akan datang ke Karnival Haiwan. Yah Tau Hu juga x sabar2 untuk bertemu kembali dengan Sugar.


tiba2, mereka didatangi oleh PakCik Berbulu dari Nepal. beliau juga mahu melihat sejauh mana sayangnya Si Gadis terhadap haiwan. setelah puas mencari, Si Gadis dan Yah Tau Hu sudah penat berjalan. ditambah pula kaki mereka amat sakit seperti berjalan di atas batu bata yang tajam.

PakCik Berbulu dari Nepal berasa kasihan lalu memberi mereka sedikit makanan dan minuman. untuk Si Gadis, beliau menukarkan gelang Puteri Salji kepada Kuih Gelang. untuk Yah Tau Hu pula, ros merah jambu ditukarkan kepada roti bersalut krim strawberry. dan untuk dirinya sendiri, PakCik Berbulu dari Nepal menukarkan bulu2nya sendiri menjadi seketul donut yang berbulu.


untuk minuman pula, PakCik Berbulu dari Nepal menggunakan resipi rahsia turun temurun. Si Gadis dan Yah Tau Hu disajikan dengan air mata air dan juga buah strawberry.

selepas menyegarkan diri, Si Gadis telah menerima takdir bahawa jodohnya dengan Sugar telah berakhir. mereka x mungkin akan bersama semula sekarang. tapi mungkin satu hari nanti.

apa yang Si Gadis ada sekarang, sudah cukup untuk menjadi teman beliau. Si Gadis tersenyum sendirian kepada Yah Tau Hu dan PakCik Berbulu dari Nepal.

=)

Friday, June 25, 2010

should i?

dalam sebulan ni, aku baru jadi ejen jual lens..so, aku pun jalan2 tengok blog orang dan in the same time, aku promote blog skali dalam shoutbox diorang...tibe2 aku terstop kat satu blog ni..die xde shoutbox dan aku puas cari2 mane tempat leh pamerkan blog lens aku...sambil2 tu bace gak entry2 die..

then, aku x sedar yang aku dah baca SEMUA entry die...pastu ade satu entry ni die cakap pasal sugar glider...tengok je gambar terus jatuh hati...terus rase macam "awww...bestnye kalau ade die utk share sweet moments dgn aku" and "comelnye...hilang terus rase sunyi" ...

sugar glider

well, die nampak macam ganas tapi sebebnarnye x..die sangatsuka melekat kat tuan die...kalau yang liar sebab x dilatih dari kecik, memang nampak macam nak terkam orang, tapi bile die dah kenal dengan tuannye, terus die melekat sepanjang hari..

then, aku terus sangap gile cari SG yang boleh dapat murah skali dengan cage set..kat blog tu aku tengok agak mahal so aku usaha gila babi la nak cari harga yang berpatutan..ramai yang kata SG ni sangat sensitif..kalau x berjaga, senang mati...aku terus cari cara penjagaan yang betul..

so, aku jumpe laa blog yang cakap pasal SG je..bile aku baca, aku terus rasa macam "alamak, siannye kalau aku abaikan die" ..TAPI, tu x bermakna aku xnak beli dah...aku makin berkobar2 nak cari lagi info pasal SG sebelum beli..maybe aku x beli on9 dari sape2 yang nak jual murah..either aku beli direct dari pet shop or beli dari orang yang tulis blog tu sebab die breed sendiri semua SG...

nape aku nak beli? well, aku selalu sorang2 kat rumah..tadi pun kakak aku baru je balik dari keje, pastu terus kuar dating..so, aku rase better aku ade peneman..

aku layak ke jaga binatang? dulu aku jaga kucing dari kecik sampai aku masuk asrama...then mak aku bagi nenek aku kat kampung yang jaga sebab xde sape leh jaga diorang time aku kat asrama...so, bile balik kampung je leh main dengan kucing...basically, aku tau camne nak layan binatang...

perlu ke SG? sekarang ni zaman orang membeli untuk keperluan atau kemahuan, kan? bagi aku, keperluan la..sebab aku baru tau yang aku xleh rumet dengan kk..dan aku rase peluang untuk dapat rumet dengan die sangat tipis..in order to mengubat kesunyian, aku perlu kawan..dan SG sangat memenuhi segala kriteria...

kalau nak bela kucing, its costly dan aku xnak letak dalam sangkar..then nanti kesian rumet aku terpaksa halau kucing aku dari katil die sebab selalu berkeliaran merata2...kalau hamster, aku x minat..binatang dalam air, aku x rase ikatan kasih sayang tu..so, aku memerlukan something yang kecil tapi tau yang aku ni tuan die..maknenye binatang yang kenal aku la..sama macam kucing...

so sekarang aku duk pk2 lagi pasal SG ni..lepas dah setel masuk ukm balik baru aku pertimbangkan balik...tapi sekarang ni, memang aku nak bela...esok nak g pet world exhibition..nak jumpe penulis blog tu sebab die kate nanti die bawak semua SG die...then aku leh tanya2 camne nak jaga, makan, minum, tido, bonding, semua ah! excited!!!!!!!!!!!!!

bye~

Saturday, June 19, 2010

reach for the sky

bangun pagi, check hp, terus siap2...say o msg

say o : kami mungkin sampai kul 1.r u redy?
aku : alahh...sy gerak kul 12.45 pun leh..
say o : cehh..blagak!!haha

aku yang tengah kelam kabut bersiap terus masuk slow mode..lambat lagi rupanya..sambil2 siap, lupe pulak duit xde..so, bersiap dengan laju semula sebab nak singgah atm dulu kat shell...then aku perasan

"car wash and vacuum for only RM5"

yeargh!! murah! keta aku sangat buruk sebab lalu lalang kat jalan naik za'ba tu...kat sana diorang tengah bina ape ntah..dari masuk sem 1 sampai sekarang x siap lagi...so, aku akan singgah balik nanti untuk basuh keta...

macam biasa, kereta kat jalanraya semua macam cibai time tengahari..gaduh mulut dan expresi skit2 dengan pemandu lain, dan aku berjaya sampai ke mines..

damn. celah nak masuk parking sangat panjang orang line up..aku nampak spot kosong tepi jalan..well, bukan parking haram..sebab ade line kotak untuk park kat situ...kuar kereta, ade foreigner datang mintak RM10 untuk bayar parking..

aku : pehal mahal gile?? open parking kot..dalam pun RM2 je..
foreigner : ya2..dalam RM2..(sambil hulur tangan mintak duit)
aku : sial (sambil bawak kuar RM10)

bukan die paham pun aku carut pe..lepas die bagi resit, aku tengok, memang tulis RM10..damn lagi.

aku bergegas lintas jalan dan masuk ke pintu utama mines dan mencari2 say o, abg nas dan abg ijan..terus msg say o

aku : dh smpai..mane?
say o : kt tiket wayang bro..

sedang aku menghampiri escalator, msg masuk lagi

say o : haha..sekali sekala berimaginasi tinggi.

aku terpana..then masuk lagi

say o : cepat rr!!

ok, dah sah say o salah hantar msg...kalut aku tunjuk kat diorang yang say o salah hantar msg sejurus selepas jumpe diorang..then g makan kat pizza san francisco sebab lapa gila...lepas tu, terus tengok Toy Story 3...*ok..aku kalut juga bercerita di sini*

then aku still ingat aku SANGAT suka toy story time kecik2 dulu...sejak dari tu, aku jaga semua mainan aku elok2..aku ingat lagi pernah 1 malam aku intai mainan aku lepas dah tutup lampu untuk tidur...aku berjaga sampai 2 jam tapi mainan tu x gerak pun...aku frust gile tapi still x sedar cite tu dah tipu aku..hahahaha...

Toy Story 2 best jugak, tapi agak bosan...aku xtau kenapa tapi aku rase bosan sikit...Toy Story 3 ni pun aku xde minat nak g tengok sebab takut kecewa macam tengok yang previous...tapi bila ade orang ajak tengok skali, aku terus on..

and then aku sangat happy dengan Toy Story 3...adventure sangat banyak and x putus2 orang gelak..part yang sedih berjaya sentuh semua orang x kira tua muda...dan ending sangat memuaskan..aku sangat terharu tengok riak Andy bila dia nak blah, dia tengok semua mainan dia...haihh..always love u, Andy!!

tahniah John Lasseter...anda telah menghasilkan movie dan sequel2 yang sangat baik...penuh emosi, unsur komedi dan elemen friendship yang kuat...i really appreciate that...

p/s : the adventure part was so cool and real!!

ok, end of toy story...otw balik umah, aku singgah untuk basuh keta..habis basuh semua, orang tu mintak RM8...mesti ahh aku x puas ati

aku : eh..kate RM5??
pekerja : ya la..RM5 tu untuk bla bla bla...

foreigner jugak rupenye..aku x paham pun pe yang die terangkan..so aku bayar je laa RM8 tu..malas nak gaduh dengan foreigner..tapi gaduh dengan abg nas, ok je..hahaha...then terus blah and balik umah...

rasa kanak2 semula hari ni..Toy Story terbaik... *stand applause*

sekian~

Friday, June 18, 2010

2nd week

....continued from 1st week

budak2 skolah sampai kat za'ba hari ahad petang..buat sikit ice breaking, then mentor2 semua siapkan diri untuk mengajar esoknye...

adik2 form 4 semua memang BANYAK soalan bile start belajar...kitorang pun naik pening bila soalan yang diorang tanya tu macam complicated gila..kadang2 soalan yang senang pun, kitorang leh keliru...

bila dah start coding and applying to components, lagi la..error sana sini, soalan lagi, timbul idea pelik2...kadang2 banyak error sebab salah eja...banyak antara kami yang terlepas pandang..bila tau je error tu sebab salah eja, terus hilang semua pening..hahaha...

tapi diorang ni sangat kreatif..macam2 benda diorang fikir..ade yang laju dari lecturer, ade yang betul2 ikut lecturer, ade yang lambat sebab masalah komputer...bila masalah komponen and coding, x kesah sangat..bila masalah komputer je, aku terus give up..

ade laa try restart, copy coding semua..tapi bila dah banyak kali restart, aku suruh je budak2 tu tukar komputer..huhu...tapi, diorang still enjoy sebab belajar benda baru..

macam kitorang dulu gak, budak2 ni semua pening dengan traffic light..kitorang lagi laa...hahaha...time kat lab, sangat riuh...sana sini jerit2 sebab banyak error bagai..ade yang jerit2 happy sebab dapat..ade yang berkeliaran je sebab dah tension dengan prob masing2..

ade gak aktiviti yang kitorang buat kat kolej..xnak bagi diorang bosan..and leh gak merapatkan hubungan sesama mentor and adik2..isnin malam buat teambuilding...main laa game IQ and game budak2...then lepas2 tu aku pun dah x ingat urutan aktiviti...jalan2 kat tasik kejut, explorace, dengan riadah...riadah tu kitorang bagi je barang2 mainan, so ikut suka diorang laa nak main ke x...

bila ade aktiviti malam, SANGAT penat...sebab selalunya mesti x sempat nak rest banyak...balik je bilik, terus tidur...kul 2 confirm dah lena habis...esoknya pulak, bangun lambat..hahaha...

aku, yan, yana and ain lak selalu keluar g mcd, pasar malam, and kadang2 g isi minyak...bila dapat keluar dari ukm, rasa sangat bebas...balik je za'ba, down balik...makan aiskrim mcd pun rasa down..huhu...

aku xde semangat sangat nak menaip pasal ni..sebab baru balik umah hari ni..so, still x banyak energy...tapi, asalkan memory tu still fresh, baik aku tulis cepat2..hahaha...konklusinye, adik2 semua memang best la..x banyak bunyi bila kitorang bagi aktiviti...bila mentor2 ajar, diorang dengar and apply btul2...bagi aku yang x reti mengajar ni pun, aku sangat bersyukur budak2 tu paham ape yang aku ajar...

bila tengok diorang, teringin nak jadi budak2 balik..huhu...diorang semua still kekalkan contact..add kat fb, amik no hp...sekarang ni diorang tengah riuh komen2 kat video pasal budak2 tu kena denda..aku yang rimas tengok notifikasi banyak2..hahaha...

for us, this is not the end..this is just a beginning...selalu dengar orang cakap camtu kan? well, i mean it! lepas ni tiap2 bulan mentor2 semua kena g check adik2 tu kat sekolah tengok diorang punye progress...diorang still kena go on buat satu projek untuk present nanti...wahh...satu projek yang mencabar bagi mtdc..gud luck =)

robotic yang ditunggu2

lepas jalan2 kat tasik kejut

aktiviti kat kolej

more pics on fb~

Thursday, June 10, 2010

1st week

entry sebelum ni penuh dengan keemoan sebab aku penat...so kali ni, aku nak cite elok2 skit..huhu...

aku join microcontroller course dengan budak2 fac aku...sebab benda ni budak2 kejut yang mahir, so bengkel ni pun kat kejut...hari2 kena gi lab kejut, pasang benda2 elektronik tu then programkan fungsi2 yang kitorang nak supaya benda tu berfungsi...

literally, kitorang dah buat lampu kelip2, buzzer, traffic light, water sensor dengan tracking line robot...paling pening, traffic light with sensor...huh....tu yang buat aku emo...

tapi hari ni, semua kursus dah habis...dan aku paling suka hari ni sebab robot yang aku dengan yan reka menang race kat track tadi dengan kelajuan 1 minit 3 saat untuk 3 lap...wooohoooo!!!!

next week kitorang semua akan jadi mentor untuk budak2 tingkatan 4 sekolah bangi and kajang...diorang akan belajar benda yang sama macam kitorang dah belajar..so, senang laa untuk kitorang nak ajar diorang...

pasal budak2 sekolah tu, aku akan upload next week laa lepas habis semua...harap2 diorang x nakal....

traffic light yang buat aku tensi

the champion =)

more pic on fb..

sekian~

Sunday, June 6, 2010

finally!!

layout pun dah baru..header pun siap jugak akhirnya...lotss of thanx to nazrin saad...

letih sangat lahh hari ni...esok pagi lak nak pegi sekolah melawat budak2 band...then petang tu rempit gi ukm...ade kursus...haishhh...nasib baik malam free...

well, so happy with new layout and stuff..hoping the best for tomorrow onwards =)

sekian~

Saturday, June 5, 2010

penat + sakit badan

sepanjang hari ni aku duk mengadap lappy...kakak gi mane ntah aku pun xtau...lepas lunch aku terus menjalankan usaha promote jualan lens aku...hoh..aku agent dueba lens sekarang...

mula2 aku edit2 skit gambar yang boss aku bagi..then sort pulak sebab gambar dia semua terabur...pastu aku terus buat page kat fb...pastu invite kwn2 semua, terus beralih ke blog pulak...

mula2 mesti laa pilih layout..kejap je pun sebab aku malas nak banyak kerenah...then, masukkan gambar, description bagai, maka terciptalah blog jualan lens aku...hoho...

sekarang dah malam, kakak aku pun baru balik...dia duk cite pasal g umah mak mentua bagai, aku duk urut2 badan..x paham sangat pe yang die cite...last2 ade sebunjut gula2 untuk aku..yeargh!!! erk...maksud aku, ingat aku budak2 ke hah??!!!

so, meh laa datang beli lens, ye?

new one in family

ni bukan kisah seseorang baru dalam family ke pe...ni kisah kegemaran baru...sorry blog...terpaksa gak cite...

td aku jalan2 sekitar bloggers...jumpe pelbagai kerenah..malah aku jumpe pole dancer jugak...yup, die hot..and she's good with pole arts...tapi tu cite lain...

aku jalan2 *blog walking* sebab nak tengok layout yang best2...yang style...supaya dapat kalahkan nazrin saad..last2 terstop kat satu blog ni..die duk kecoh sebab kawan2 die semua dah berpindah ke tumblr...

tumblr tu ape?aku pun xleh nak describe kat sini...lagi senang korang google, then explore sendiri tumblr ni...owh yes, tumblr baru nak popular kat us...so, aku ajak nazrin saad sign up untuk tumblr...so, maybe we're the 1st ones in ukm who are using tumblr...yeargh!!!

come on people, jom guna tumblr...it will be legen....wait for it...wait.....DARY!!

later~

jgn risau blog..aku xkan tinggalkan kau...=)

Friday, June 4, 2010

result yang ditunggu

mula2 aku plan nak tunggu tengahari esok baru check result..tapi aku dah x tahan...lepas je jam aku nyanyi2, terus aku bukak smpweb..

"keputusan peperiksaan semester 2 belum bermula"

damn!aku round satu fb..then aku hampir putus asa sebab leka main game lak...pastu aku asyik terfikir pasal result..terus aku off game, bukak smpweb..berdebar2....

"...pngk : 2.92..."

yeargh!!!ok...actually aku harap dapat 3.25...tapi at least aku x jatuh bawah 2.50...aku jatuh 0.05 je..yup, dah leh teka pointer sem 1 aku..huhu...

and, ade laa beberapa orang yang x puas hati dengan result diorang...selalunya bila orang2 yang dapat 3.50 and above tapi still merapu pasal x puas hati semua, aku mesti bengang...sebab aku x pernah dapat 3 pointer pun, so diorang kira bertuah laa, kan?

tapi sekarang aku faham...kita diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada...tapi normal kalau kita harapkan sesuatu tapi kecewa sebab x dapat...so, diorang tu just melalui saat2 yang penuh kekecewaan...walaupun aku still panas hati gak dengan orang yang still merungut pasal pointer diorang yang teruk iaitu atas 3.50...

well, x elok merungut, kan?lepas kecewa, kita bersyukur sebab still dapat result yang baik...dan cuba lagi untuk naikkan pointer...so, kepada kawan2 yang x bernasib baik, anda still ada peluang cerah...jom kita usaha sama2, ok?

dan kepada yang dapat 3.50 and above, tapi still merungut x henti2, please, bersyukur...dan jangan merungut depan orang2 yang x bernasib baik..sebab anda hanya akan buat diorang have less self esteem...i know, bcoz i've been there...

guys, no offense...contoh2 semua tu dari pengalaman aku sejak sekolah dulu...aku pun dah x ingat sape yang kuat merungut...so, maybe its not u...

well, alhamdulillah....=)