Showing posts with label cerita dongeng. Show all posts
Showing posts with label cerita dongeng. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Sepuluh minit

3.00 am
tik tik tik tik

Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.

Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.

Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".

Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.

"Kau......alien?"

Senyap.

"Are you an alien?"

Sunyi.

Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?

Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.

Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.

Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?

Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".

Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.

Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.

********************************

Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?

3.10 am
tik tik tik tik

Friday, September 28, 2012

Pecado

Air menitis dari jurai rambutnya yang panjang. Dia capai sisir dan menyikat tiap helai rambut mula dari kulit kepala, sehingga ke hujung. Dia lepaskan tualanya ke lantai, terpampang luas susuk tubuh yang sedikit gempal lagi montok.

Tanpa sedar, sepasang mata redup sedang mengintai dari balik pintu kamar sambil menahan bonjol dari dalam seluar.

"Masuklah."

Dan syaitan mula bersorak.

Monday, December 6, 2010

semalam mata bengkak. hari ni mata gatal.

aku terjaga dari tidur. basah baju dengan peluh. mesti mimpi yang teruk. aku x ingat mimpi tu. tapi aku pasti, mimpi yang teruk.

aku gosok2 mata sehingga sekeliling jadi terang. aku pandang sebelah dan nampak kau. masih tidur. comel seperti bayi.

aku peluk kau. senyum. dan tidur semula.

Tuesday, November 9, 2010

Jamilah ada skandal?

Jamil baling batu ke tingkap Jamilah. Jamilah jenguk ke luar tingkap. Jamilah sempat menghadiahkan senyuman sebelum bapak Jamilah buka pintu depan. Jamil lari dengan laju pulang semula ke rumah. tapi Jamil puas. dapat tidur dengan lena lepas tengok senyuman manis Jamilah.

esoknya Jamil baling batu kat tingkap Jamilah lagi. tiada jawapan. Jamil kutip lagi satu batu besar sikit dari tadi, baling. still xde jawapan. orang kata kali ketiga nasib baik. Jamil baling lagi, masih tiada jawapan. Jamil hampa dan pulang ke rumah.

hari ni Jamil pergi lagi. kali ni Jamil bawak seplastik batu. sekali baling, 2-3 ketul jugalah Jamil baling ke tingkap Jamilah. pelik. dengar suara Jamilah ketawa dari dalam bilik. tapi Jamilah x jenguk keluar pulak.

Jamil seluk plastik ambil segenggam batu. baru je Jamil nak baling, dengar suara garau gelak juga. suara tu dari bilik Jamilah. Jamil geram, Jamil baling juga batu ke tingkap Jamilah. kemudian tingkap bilik Jamilah terbuka. akhirnya. dan satu kepala menjenguk keluar.

bapak Jamilah.

Friday, August 13, 2010

terlepas

Helang Si Dada Bidang merenung Sang Tikus dari jauh. hendak di sambar, macam sayang. perlu disimpan dulu.

eh, lincahnya Sang Tikus berlari2. Helang Si Dada Bidang masih angkuh. x mahu tunduk awal2 dengan kegemukan tubuh Sang Tikus yang bisa mengenyangkan perutnya untuk seminggu.

Sang Tikus mula perasan akan kehadiran Helang Si Dada Bidang. namun, Sang Tikus masih lagi bermain2 di tempat tadi. seakan-akan sengaja memanggil Helang Si Dada Bidang untuk datang menyambar.

Helang Si Dada Bidang mula pelik dengan tingkah laku Sang Tikus. mengapa tidak lari saja dan hilang dari pandanganku? mengapa tidak menyelamatkan diri dari pandangan tajamku?

tiba-tiba datang Helang Si Sepet menerkam dan menyambar Sang Tikus. Sang Tikus berdiam diri. menjerit tidak. menangis tidak. meminta tolong pun tidak.

sambil dibawa terbang tinggi, Sang Tikus hanya memandang ke arah Helang Si Dada Bidang. memandang kosong. Helang Si Dada Bidang masih tidak merebut Sang Tikus dari Helang Si Sepet.

semakin jauh Sang Tikus dibawa pergi, Helang Si Dada Bidang masih bertenggek di situ. tempat di mana ia bertemu dengan Sang Tikus. Sang Tikus mula merasai kesakitan. kesakitan di leher akibat cengkaman Helang Si Sepet.

owh, tidak. rupanya sakit itu datang dari hati. kerana Helang Si Dada Bidang tidak merebutnya pergi.

Helang Si Dada Bidang masih bertenggek di situ. merenung ke arah Sang Tikus yang kian hilang dari pandangan. makin jauh. makin jauh. makin jauh..

dah terlambat sekarang. mahu dikejar, entah dimana sarang Helang Si Sepet. tapi, mana pula nak cari tikus gemuk seperti Sang Tikus?

sekian~

Saturday, July 10, 2010

secangkir lemon madu part 3

Bersepah2 kek coklat atas tanah. Aku tak fikir apa2. Terus lari masuk kelas menunggu waktu sekolah habis. Zaiton yang duduk sebelah aku diam je sebab die xnak kena jerit kalau kacau aku. Lepas habis kelas Pendidikan Seni, aku terus berlari keluar sekolah.
Entah bila sampai rumah pun aku xtau. Yang aku tau, aku kena marah dengan nenek sebab baju comot dengan coklat. Aku bagi alasan ade budak prank aku dengan kek. Aku tido awal malam tu.

*********************************************
“Abang, betul ni xnak jemput kawan2 si Hani tu penuhkan rumah? Nanti die x seronok pulak sambut birthday xde kawan2 die”
“Alah awak ni. Kita dah belikan kek coklat tu pun, mesti die dah cukup happy. Siap ade muka Barbie lagi. Lagipun, tahun lepas kita dah jemput satu sekolah die datang. Tahun ni, kita2 je la, ok sayang?"
“Ye lah abang”
“Awak jangan la risau sangat. Hani mesti happy punye” kata Badrul sambil tersenyum mengusik dagu isterinya.
“Abang! Tngok depan!”
BANG!!!!!!!
********************************************
Habis berpeluh aku ketika terbangun dari mimpi. Aku selalu mimpi parents aku. Tapi aku x suka mimpi yang tu. Macam real. Dan kerana kejadian itu.
Aku bergegas siap2 untuk ke sekolah lepas sembahyang subuh. Aku guru sebelah pagi. Mengajar upper form. Mereka nakal tapi senang dapat ilmu. Alhamdulillah.
Aku sampai sebelum mula perhimpunan supaya x lambat masuk ke kelas. Ketika aku mahu mengeluarkan beg dari kereta, seorang pelajar menghampiri aku.
“Selamat pagi cikgu Hani. Boleh saya tolong?”
“Oh, selamat pagi Mei Soon. Boleh. Jom tolong cikgu angkat buku2 tu naik bilik guru.”
“Nah, cikgu. Selamat Hari Guru!” kata Mei Soon sambil menghulurkan coklat Cadburry sejurus selepas meletakkan buku2 sekolah di atas meja.
“La..susah2 je kamu ni. Tapi, terima kasih, tau!”
“Hehehe…sama2. Ok lah cikgu. Dah lambat ni. Jumpa kat kelas Chemistry nanti!”
Budak2 sekolah aku ni nakal2, tapi baik jugak. X cukup dengan hadiah guru yang bertimbun2 semalam, hari ni dapat lagi. Coklat pulak tu. Seronoknya!

*****************************************
Sejak aku campak kek coklat tu, budak laki tu selalu jauhkan diri dari aku. aku rasa serba salah sangat. Zaiton x habis2 suruh aku tulis surat minta maaf. Tapi aku xnak. Aku ade reason aku. tapi satu hari aku bertembung dengan die mase latihan sukan.
“Hai. Awak kan yang nak bagi kek coklat tu?”
“A ah. Tapi sorry la. Kek tu tanah dah makan”
“Erk. Pasal tu….sorry ye awak. Saya…ok macam ni. Saya belikan kek untuk awak sebagai ganti, nak?”
“Xnak la. Terima kasih”
“Aaaaa…ok…”
“Tapi, saya nak awak buatkan air lemon madu untuk saya, boleh?”
To be continued….

Wednesday, May 26, 2010

secangkir lemon madu part 2

Argh. X sangka lak leh tersenyum sorang2 bile teringat kisah bodo tu. X jadi minum lemon madu. Aku terus capai megi, rendam dalam air panas. By the time aku cari cerita best kat tv dan capai chopstick, megi tu dah tersedia pun untuk dimakan.

Ye lah. Gaji aku sebagai cikgu sekolah menengah bukan tinggi sangat pun. Kena laa jimat2. Lagipun dah biasa. Dari kecik nenek aku ajar menabung. Duit raya pun selamat dalam bank sementara rakan sebaya aku beli set Barbie, lego dan gula2. Jelesnya aku…
*******************************************
“Kesiannya budak ni. Kecik lagi dah hilang mak bapak. Lagu mana la dia nak besaq? Teruk budak ni nanti” kata Mak Bedah ala2 mengumpat.

“Ntah. Nanti dia duk dengan neneknya laa kan? Elok laa tu. Nenek x larat nak bela cucu. Cucu pulak ntah kemana2 adab sopan semua. Biaq pi la kat depa” sampuk Mak Siti pulak.

“Eh, harta benda mak pak si Hani tu pi kat sapa? Ntah2 …..”

“Oi Cik Bedah! Awak tu xdak kerja ka nak duk mengumpat kat tangga rumah orang? Kubur anak aku tu pun basah lagi aku siram tadi. Bawak2 laa mengucap, mintak ampun kat Allah sementara sempat ni Cik Bedah, Cik Siti!” tiba2 nenek aku muncul kat muka pintu.

Aku yang tengah main guli kat bawah rumah pun terkejut. Aku terus lari masuk rumah ready nak pergi mandi sebab takut nenek aku marah aku pulak. Sekarang nenek aku yang jaga. Dia garang. Tapi dia je la yang aku ada lepas mak ayah aku meninggal. Kemalangan jalan raya. X sempat aku nak tunjuk piala silat aku.

Nenek ajar aku berdikari. Mandi sendiri. Tidur sendiri. Kalau lapar, pandai2 la masak sendiri. Dia pun x larat nak jaga aku macam budak kecik. Lagipun aku dah 12 tahun. Kalau bergaduh kat sekolah pun, kena handle sendiri. Tapi xpe, aku ade silat.

Nenek pindah dari kedah ke rumah aku semata2 nak jaga aku. Sebab aku sekolah kat kl. Sementara nak habiskan setahun, better aku teruskan je kat sekolah tu. Then baru sambung sekolah menengah kat kedah kalau x dapat asrama. Aku berusaha gigih supaya dapat masuk asrama. X suka duduk kedah. X suka jiran2 nenek. Kuat mengumpat.

Duit belanja sekolah selalunya nenek aku bagi 50 sen. Cukup2 untuk aku beli mi goreng dengan air sirap. Tapi selalunya aku simpan 50 sen tu. Menabung. Nanti boleh la aku beli set rumah Barbie. Boleh berlagak dengan anak dato sorang tu. Seronoknya!

Lepas kejadian “cawan” kat kelas aku, budak2 tu selalu nganjing aku. Tapi masalahnya xde sape tau sape yang bagi aku cawan tu. Zaiton sendiri pun xtau. So, aku diamkan je la. Malas nak layan gossip liar macam tu. Lama2, kes tu pun lenyap terus.

Sejak nenek jaga aku, pengawas pagar sekolah dah xde masalah nak backup aku. Sebab aku selalu datang awal. Kadang2 aku murid yang pertama sampai ke sekolah. Bosan betul. Dah la kena beratur dalam perhimpunan. Lagi bosan. Sebab aku kena beratur depan sekali.

Satu hari, aku dan Zaiton bergegas ke kantin lepas loceng rehat berdering. Aku tengah bukak bekal aku ketika sorang budak laki panggil aku. Dengan malasnya aku tarik Zaiton temankan aku pergi bawah pokok tempat budak laki tu berdiri.

“Happy birthday Hani!” kata budak laki tu sambil hulurkan sepotong kek coklat.

“Bodoh!”

To be continued in secangkir lemon madu part 3

Tuesday, May 18, 2010

secangkir lemon madu

On fb, nampak ade event invitation dari Zaiton. Reunion sekolah rendah. Wow. Dah lame sangat x jumpa kawan2 skolah dulu. Ape2 pun, aku klik “attending” dulu. Nanti kecik hati lak si Zaiton tu.

Aku terus bergerak ke dapur. Panas2 camni best gak kalau minum lemon madu. Segar sikit badan. Aku tengok sinki penuh. Pemalas tul la budak2 serumah aku ni. Tengok rak cawan, kosong. Damn! Jap lagi diorang balik, sekor2 kena basuh dengan aku. Dah reti pakai, x reti basuh. Sinki yang penuh aku biarkan je. Nak ajar budi bahasa sikit kat budak2 tu.

Aku mengorek2 almari yang penuh dengan hadiah2 hari guru semalam. Biasa la. Hadiah yang popular mesti pen merah, cawan, atau patung kecik. Susah jugak nak cari hadiah yang ada cawan. Lagipun aku dah x ingat yang mana satu murid2 aku bagi dengan hadiah2 lama. Sebab aku angkut semua hadiah ni kemana2 aku pergi. Mana la tau hadiah2 tu boleh guna time2 desperate camni.
Tangan aku terhenti pada seketul cawan teh yang standard saiznya.

*******************************************
“…. dan pemenang pertandingan silat cekak peringkat sekolah dimenangi oleh saudari Bie Hani binti Jonet”

“Hani! Kau menang pertandingan tu! Tahniah!! “ ucap Zaiton sejurus lepas aku turun pentas ambil hadiah.
X sabar2 si Zaiton ni nak serang aku. Kami terus bergerak ke kantin. Dahaga betul lepas seharian memanaskan punggung duduk dalam dewan untuk acara penyampaian hadiah kejohanan sekolah. Dah la panas terik. Aku segera memilih air lemon dan mengambil tempat duduk.

“Kau berdiri laa kejap Hani. Aku nak ambil gambar kau dengan trofi besar tu” Zaiton menyergah aku lepas dia bergaduh dengan pakcik kantin sebab harga air sirap 70sen.

“Sabar la. Aku nak tuang madu jap dalam air ni. Kalau ye pun, tunggu la aku minum dulu”

Lepas aku sedut sekali je air tu, die terus tarik2 aku untuk ambil gambar. Tertumpah2 madu aku yang aku selalu bawa ke sekolah. Sial la Zaiton. Mahal lak tu madu lebah sekarang. Habis botol tu tergolek2 ke lantai. Terbongkok2 aku nak kejar botol madu tu supaya x tumpah semua. Kalau x, habis aku kena marah dengan baba.

Sorang budak laki terus capai botol tu dan hulur kat aku. Aku ucapkan terima kasih dan terus blah tanpa tengok muka dia. Segan aku bila terbongkok2 depan dia. Nasib baik madu tu ade lagi separuh. Yang Zaiton pulak sibuk nak ambil gambar lagi. Aku cepat2 lap botol madu tu. Sayangnya isi yang tumpah tu. Aku segera habiskan air sebab nak kejar bas pulang ke rumah.

Tiba2 aku dengar ade orang jerit “Awak! Nape awak suka minum madu?”

“Sebab maksud nama saya madu lebah” jerit aku ketika aku betul2 di pagar sekolah. Tapi aku tetap x nampak wajah budak laki yang bertanya tadi. Aku abaikan saja. Dah lambat ni. Zaiton pun jerit2 nama aku supaya cepat2 naik bas.

Esoknya aku datang lambat ke skolah. Owh, ini bukan kali pertama. Aku memang suka berlengah2 ke skolah. Bangun pagi memang bukan hobi aku. Setiap pagi rutin yang sama. Berlengah2 di rumah. Dah sampai pagar skolah baru berlari sambil muka bersalah. Tu semua lakonan supaya pengawas x ambil nama aku. Memang nama aku x pernah kena ambil. Mungkin lakonan aku cukup bagus. Ataupun diorang takut aku bukak silat cekak.

Tapi pagi tu berbeza sekali. Dari pengawas di pagar, sampai la budak2 perempuan yang kuat bergosip di kelas aku. Diorang semua sibuk tersenyum2 dan tepuk2 bahu aku. Bangang. Nak bodek aku la tu. Macam aku xtau diorang semua nak tiru kerja sekolah aku. Budak2 zaman sekarang.

Aku tengok dari jauh Zaiton tersenyum lebar dan menjerit2 “Wahh Hani!! Kau dah ade peminat! Wirawati skolah dah ade orang yang berani tackle!! Bangga aku jadi kawan kau!”

Ni lagi satu bangang. Aku x paham ape2. Sehinggalah aku nampak seketul cawan dengan ukiran bunga yang ringkas atas meja aku. Cawan tu dibalut dengan plastic lutsinar warna merah disertai sekeping kad.
“Guna lah saya ketika minum madu! p/s : saya suka awak”

To be continued in secangkir lemon madu part 2

Thursday, July 16, 2009

a story that haven't been told..

a girl was born *i am forbidden to state d year n even d date* ..she has a big brown eyes, long lashes n pink cheeks...she was a very good baby in d morning..but can get REALLY noisy at night..both of her parents working with two giant network holdings *which im forbidden to state d names,too* ..n so,to avoid the baby from keep disturbing their rest time *at night* , they sent her to live with her grandma in somewhere quite far away...

luckily, her grandma love her very much n take a very good care of her...she taught her everything in life dat she needs to know..she's d one who celebrates her 1st bday, took her to her 1st school *kira mcm tadika ahh* , placed her 1st tooth *yg patah ahh..x reti nk tules cmne..hahaha* under her pillow 4 d tooth fairy , n many other her 1st thingy...most of them were happened while d girl staying with her grandma..well, all of them, actually..

days by days, years by years...d young girl continues to live her path.......

A careful soul I have to be,
A little Girl Scout follows me.
To a narrow path I must stay,
For if I don't, she too, will stray.

to be continued..............



*owh2...aku x ltak name bdk tuh ehh?hehehe...name die emmeline..*