Showing posts with label minah. Show all posts
Showing posts with label minah. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

u might wanna see the other side of me

kadang2 minah duduk. kadang2 minah baring. x selesa berbaring atas lantai yang sejuk. minah duduk semula. memandang kosong 2 objek didepannya.

depan minah ada jantung. masih berdegup. berdegup tenang dengan 65 degupan seminit. dan disebelah jantung tu ada sebilah pisau. diukir halus dengan ukiran abstrak. penuh seni.

minah xtau perlu buat apa dengan objek tu. minah bingung. dalam kesunyian tu, ada 2 bunyi. degupan jantung tu. dan bunyi jarum jam saat berdetik jenama Polo di pergelangan tangan sebelah kiri minah.

minah pelik. hairan. tiba2 teringat sesuatu. minah letak tangan di dada. dulu minah pernah baca sesuatu tentang badan manusia. ada sesuatu yang hidup dalam badan manusia. dan ia berdegup seperti jantung tu.

cuma dalam dada minah tiada yang berdegup. bukan di dada. di peha, perut, betis, kepala, semuanya tiada degupan.

minah rasa sesuatu yang kosong. kosong dalam dada. minah capai pisau, terus membelah dadanya. x cukup dalam. minah tekan lagi pisau tu ke dadanya. dalam. sangat dalam.

minah ambil jantung atas lantai, terus tolak masuk ke dalam bukaan di dadanya. dalam sekelip mata, minah rasa puas. teruja. dan rasa hidup.

minah mula berjalan keluar. keluar berjumpa manusia lain yang mempunyai degupan. tangan minah sentiasa di dada. bila nampak bunga, degupan jantung tu lambat. bosan.

bila nampak taman permainan, degupan jantung semakin lambat. bosan.

bila nampak kanak2 bermain, degupan jantung laju sikit dari tadi. menarik.

tiba2 ada kanak2 terjatuh di depan minah ketika sedang berlari2. minah sambut budak tu sebelum kepalanya terhantuk di tiang. refleks.

minah terpana. degupan jantung semakin laju. minah terpaksa duduk di kerusi taman kerana x mampu menahan dadanya yang berombak2. makin lama makin perlahan degupan tu.

tapi, minah rasa benda tu menarik. sangat teruja. minah terus ke jalan raya. harap2 dapat lihat sesuatu yang lebih dahsyat untuk melajukan semula degupan jantung.

sambil berdiri tegak di tepi jalan, minah nampak seorang lelaki sedang membelek bunga segar di kedai bunga. muka beliau berubah2. kadang2 berkerut. kadang2 merenung kosong. kadang2 menggeleng2. tiba2 beliau senyum sambil menarik sekuntum bunga merah jambu.

ketika itu jantung tu berdegup dengan pantas. minah kaget. kenapa? kenapa perlu begitu pantas? lebih pantas dari tadi. bukannya ada orang jatuh. lelaki tu cuma senyum. minah hairan. tetapi masih memandang lelaki tadi. sehingga x sedar minah dah mendekati lelaki itu. jarak mereka x lebih dari 50 meter.

lelaki tu pandang minah. senyum. "cantik kan bunga ni?" suara garau yang dalam diikuti dengan segaris senyuman di sebalik kumis nipis.

degupan jantung semakin laju. terlalu laju sehingga minah takut kalau2 lelaki tu dengar bunyi degupan jantung tu. "cantik" jawab minah.

"untuk isteri saya" lelaki tu berlalu pergi lepas meninggalkan rm5 di atas kaunter.

degupan jantung seperti terhenti. tapi masih berdegup. minah tau tu. kerana tangan minah masih di dada. tapi minah rasa seperti x bernyawa. rasa perit di jantung. mungkin kerana belahan pisau tadi.

tapi x mungkin. sebab rasa perit itu di dalam. di jantung. minah lari semula ke tempat tadi. terduduk semula di atas lantai yang sejuk. di depan pisau.

segala yang baru berlaku tadi seperti imej2 dalam album gambar. pantas bergerak di depan mata minah. sehingga imej akhir sekali, imej lelaki tu. imej senyuman tu. minah rasa semula sakit di jantung.

minah x dapat tahan. mempunyai jantung terlalu kompleks. minah lebih suka dirinya yang tiada jantung. seperti dulu. x kompleks. x sakit.

minah capai pisau. hunus ke dada dan bawa keluar jantung tadi. dicampak jauh2. jauh dari penglihatan. dan minah semakin tenang. lalu dunia semakin kelam. semakin gelap. selamanya.

Monday, October 4, 2010

sometimes we dont have to face the truth

minah berjalan tepi highway. minah jumpa bunga merah atas jalan. layu. minah kutip, letak dalam botol air. dengan harapan bunga merah tu akan segar semula. minah simpan botol air dalam beg.

minah sambung perjalanan. mahu ke singapura, fikirnya. tengok signboard, lagi 5km nak sampai JB. minah dah letih. minah berehat dulu bawah pokok. panas betul bila matahari terpacak atas kepala.

banyak kereta atas jalanraya hari ni. ade yang laju. ade yang perlahan. ade kereta mahal. ade kereta murah. ade kereta baru. ade kereta lama. lori2 bawak barang. lori2 bawak minyak. minah tengok semuanya. sampai x tersedar dunia makin kelam.

minah bangun2 je dah senja. kereta makin laju. semua nak kejar masa. minah teruskan perjalanan. dengan harapan mahu sampai ke singapura. dengan bunga yang kian segar dalam botol air.

Wednesday, August 25, 2010

kutip minah, kutip!

minah dengan ceria berjalan2 di jalan tar. boleh tengok baju. murah2. jimat pun jimat.

minah terpandang segulung kertas. e eh. RM1. minah pun kutip. rezeki!

jalan2 lagi. dongak2 tengok baju yang tergantung kat kedai2. hampir terlanggar pakcik kudung kaki. pakcik tu hulur tupperware hijau yang kosong. minah hulur RM1 tadi. xpe lah minah. rezeki pakcik kudung kaki tu.

jalan lagi. panas betul masa tu. padan muka kau. nak lagi keluar tengah2 hari rembang macam tu. tiba2 silau. bulat atas jalan. e eh. 50 sen. nak kutip ke x? kutip je lah!

berat dah kantung syiling minah. simpan dalam poket je lah. nanti masuk tabung.

owh, dahaga pulak minah. minah singgah gerai jual keropok lekor. ade air jugak. minah pilih air kaler ungu. macam best je.

"RM1.50, dik"

minah amik RM1 dalam beg duit. damn. kantung syiling tadi terlalu jauh dalam beg galas. minah seluk poket. ah. duit 50sen tadi. boleh gak ah.

sambil minum air, minah jalan2 lagi. bosan pulak jalan sorang2. xpe lah. lepas beli 2 3 helai baju, balik ah.

minah masuk Kedai Pakaian Hari2. minah terpandang sehelai baju kaler turqoise. cantik! minah terus campak air dalam tong sampah, grab baju tu, terus lari masuk fitting room.

lepas sarung baju turqoise tu, minah terus teruja. cantik! memang minah confirm beli! ok, minah nak pergi pilih baju lagi.

baru je bukak baju turqoise tu, minah terpandang kertas merah atas lantai. RM10. damn. nasib minah sangat baik. tapi minah x berani nak kutip. sebab besar sangat.

masa minah pegang pintu nak keluar, minah pandang lagi duit tu. kutip je lah!

minah pergi pilih2 baju lagi. tiba2 minah dengar ade orang kecoh2. owh, budak sekolah rupanya. kecoh.

"tadi aku rasa duit aku banyak weh. tercicir la agaknye ni mase tengah try seluar! matilah aku. mane ade duit nak balik"

minah pandang budak tu, hulur RM10 tadi.

"ni duit awak?"

budak tu angguk, senyum.

minah blah dari kedai tu tanpa singgah ke kaunter. sebab minah xde mood nak beli baju. baju turqoise minah campak balik kat tempat yang minah amik.

minah terus balik ke rumah.