Showing posts with label bila aku terperap dalam bilik. Show all posts
Showing posts with label bila aku terperap dalam bilik. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

suddenly in a good mood

looking forward to see you tomorrow =))))))))

owh. esok pagi presentation untuk MTDC-UKM. since i cant sleep, aku akan berjaga lah sebab benda tu start pukul 8 pagi!!!! tensi2!!

tapi bila fikir balik lepas tu dapat "Alamanda", aku senyum balik. ngeeeee~~~

Wednesday, April 6, 2011

geek

several times of dozing off on my chair. several times of dreaming the same fucking thing.

now my eyes hurt. and its swollen. oh shit.

p/s : bangun2 terus nampak screen lappy. sape boleh lawan aku? heh.

Thursday, February 24, 2011

hari ni hari Khamis

hari ni aku hidup tanpa lappy. hari ni jugak lah aku hyper active.

1. aku kira duit syiling yang aku kumpul. aku letak dalam bekas pringles. berat dia ada lah lebih kurang dalam 10kg. agak2 dah sejuta kot tu. tapi tu belum tambah lagi dengan duit 5sen yang aku malas nak campur sebab kecik sangat. dan juga duit 50sen yang aku asingkan untuk basuh baju. kalau campur2, ada la dalam 2 juta.


syiling versi piramid

dah bosan sangat, aku tiru je corak kat karpet KK

2. aku basuh bedsheet, siap sidai kat bawah. pastu basuh lagi baju dalam bakul. pastu tunggu je depan mesin basuh. agak2 bosan, aku sandar kat mesin tu. boleh urut2 badan. mesin bergetar macam nak meletup.

3. lepas sidai baju, aku menung tengok bilik. terus amik penyapu, sapu lantai. semua celah aku sapu. tengok meja. lap meja pulak. sampai kilat2 boleh nampak muka.

4. lepas tu aku dah xtau nak buat ape. aku msg semua orang. ade la jugak yang reply. tengah lepak2, tiba2 aku dengar guruh. dah hujan. bedsheet yang aku baru sidai kat bawah dah basah. yay.

5. dapat lappy dalam kul 5. lega.

Wednesday, February 16, 2011

Jar of Hearts - Christina Perri

aku suka lagu ni.

dah. tu je nak cakap.

keh keh keh..

apa? kalau aku nak promote sangat lagu ni better letak skali lagu ni biar korang senang nak dengar? kalau boleh letak skali lirik dia yang menarik tu?

ah. aku pun susah payah cari audio dia yang paling sedap, xdenye sesedap rasa aku nak bagi korang dengar free.

heh.

owh. aku kagum dengan video lagu ni sebab aku x sangka still ada orang yang boleh buat music video yang mantap. music video dia penuh dengan art. tapi senang nak paham.

Friday, November 12, 2010

last paper

aku bosan study macam ni. sejuk + malas + sunyi.

sakit pinggang xnak kalah. dah letak losyen mustajab, dah tampal koyok. makin sakit ade ah.

mata lak macam nak xnak je pejam. terpaksa ah duduk tegak ngadap lappy gak.

lollipop pulak xde. gila saiko imaginasi aku kalau study teruk2 x dapat lolly.

esok sape2 tolong hantar aku gi exam naik kerusi roda. malas nak jalan dan drive.

Tuesday, November 2, 2010

rasakan!

pagi ni pagi yang sejuk. sejuk sampai membekukan jari jemari.

aku selak langsir. masih gelap.

aku tengok hp. kabur. eh? bukan aku tidur dengan lens ke?

kelam kabut berlari ke cermin. dan tarik keluar lens yang tersekat di kelopak mata.

sekarang mata sakit. air mata mengalir non stop.

dan perut lapar. mula teringin nak makan macam2 sampai loya sendiri.

owh. hebatnya penangan kau, lollipop.

bebas tanpa lollipop selama 12 jam.

tak nak!

aku xtau nape aku buat entry ni. but, cool images though.











Thursday, October 28, 2010

System Analysis and Design

Decision Tables


bagusnye kalau keputusan dalam hidup boleh buat camni je.
how i wish its as simple as this.
tapi nak buat decision table ni pun susah!

Tuesday, October 26, 2010

Denise

tak2. aku janji entry ni bukan sebab aku tengah super hyper myper typer!!

"i have feelings for you, Joseph"
"well, Denise, you have to get rid of those feelings"
"but why?"
"because i love the way we are now"
"well, okay"

a few weeks later, Denise was found dead in her apartment. skinnier than before. with a shaggy slice on her neck. with a razor blade in her hands. the forensics confirms its a suicide. and she left a note on her coffee table.

Dear Joseph. i have been thinking what u said. and i am working on it. i really am. i tried the drinks. i tried to smoke. i even tried the pot. only to get you off my mind. but it is not working. the more i tried, the more your face shows up in my sleep. even when i am awake. and these feelings. they wont go away. they only got stronger. stronger than when i first met you.

remember the apple tree? we used to hang out there whenever we got the time. we always climb the tree to pick up the red juicy apples. then you will sneak into my apartment just to watch some good movies with me. and we will fall asleep on the couch.

finally i know a way to end this. the way to get rid of those feelings. feelings that i treasure most. i am happy that the feelings will gone now. forever. i will get rid of those feelings for you from now on. just like u wanted. bye, Joseph.

your true friend,
Denise

flo rida - low

Shawty had them apple bottom jeans (jeans)
Boobs with the fur (with the fur)
The whole club was looking at her
She hit the floor (she hit the floor)
Next thing you know
Shawty got low, low, low, low, low, low, low, low
Them baggy sweat pants
And the Reebok's with the straps (with the straps)
She turned around and gave that big booby a smack (hey)
She hit the floor (she hit the floor)
Next thing you know
Shawty got low, low, low, low, low, low, low, low

notice the bold words. betul la, kan? hahahahahahahahahaha

ps : sumpah aku stop lepas ni. serius! jangan bagi aku sebab untuk update blog lagi. tolong ah!!

pss: aku menaip terlalu laju tapi xde langsung typo. kacak kan?

garis2 halus

a brother of mine said "a sister of mine should have her own line". aku tengah hyper, pastu duk bagi idea kat aku untuk tulis dalam blog. memang aku xkan berhenti!!

line #1
kau bintang aku. aku nak jadikan kau rantai supaya aku boleh pakai selalu dekat dengan hati

line #2
gambar2 kau semua aku buang. tapi aku xkan lupa wajah kau. sebab wajah kau aku simpan dalam hati

line #3
kucing, muka kau tembam. owh, aku pun. so, kite soulmate!

line #4
wherever u wanna go, i'll go with u

line #5
sunyinya malam ni. sesunyi hati aku *ok. ni bukan line aku. tapi sama macam aku!*

line #6
kau rasa lonely? xpe. aku kan ade =)

line #7
jom clubbing? *padahal nak cakap jom karok dan jom ke cc dan jom bersuka ria*

line #8
i wanna meet u. badly. but im in the middle of something. sorry =)

line #9
tengah study la ni!! *tengok fb or movie*

line #10
bebel2 panjang2 pasal salah orang, pastu cakap "sukati kau ah nak buat pape pun"

sebab nak cukupkan gak line sampai 10, semua jadi mengarut2. mane boleh fikir time2 camni!!

jom? nak? nak la...!! please......

ni entry ke berapa hari ni? 3? 4? ntah ah!!

sebelum start exam lagi aku dah plan macam2. nak lepak kat janda baik. nak gi kelantan. nak gi johor. and maybe nak jalan2 around semenanjung. wow macam cool.

then then nak naik genting. pastu cameron highlands. owh, maybe pergi semporna? cantik!! nak berenang2 dengan ikan!! pakai bikini!! *tengok lemak2 kat pinggang*

sekarang sebenarnye rasa nak lari2 kat dataran merdeka. sebab pe lari kat dataran merdeka? sebab kat dataran merdeka ade abang pulis. nanti abg pulis kejar, semakin seronok aku nak lari2.

pastu bayangkan lari2 kat pantai. sambil pasang lagu mirae. hehehehe...

ok, too much caffein and lollypop. tengok. sebab kau ah aku dah jadi heavy lollypoper. dulu aku social lollypoper je. salah kau! salau kau!

pehal aku cakap pasal kau lagi? berhenti! berhenti!

stop wann, stop. gi study balik. buang ah kopi tu! tapi..lollypop?

ok. betul2 berhenti sekarang.

Monday, October 25, 2010

study dengan gigih ah ni!!

hari ni khusyuk study. lampu terang sangat. tutup lampu. baca nota dalam lappy.

ok rimas. bukak lampu meja. dengan kesunyian malam. gigih study.

ok bosan. bukak lagu. SEMUA lagu yang ade dalam lappy. full volume.

ok bising. turn down volume. sejuk pulak. pakai selimut.

ok besar sangat. amik pashmina, pakai. selesa. at last.

ok bosan balik. on fb jap, nampak mondea online. tegur.

dea : kau mane?
aku : bilik ah dok.
dea : pehal duk bilik? lu budak skola ke?
aku : sok 1st paper bai..study ah. xkan nak suro aku panjat gabai sekarang.
dea : gabai? broga la ngok.
aku : aku cakap broga ah tadi!!!!

hari diteruskan dengan aku yang gigih study. dan mondea yang gigih nganjing aku kat wall fb.

sila tepuk dahi aku sekarang!

Sunday, October 24, 2010

once upon a time

tibe2 teringat zaman kecik2 dulu. dulu best. x macam sekarang. ok. sama je sebenarnye. sebab x ramai kawan nak main.

dulu duk kat kampung selalu panjat pokok rambutan. main basikal tengah2 panas. cari aiskrim yang letak dalam tube tu.

pastu dah besar sikit main rounders lak. ok. ni bukan main sorang2. satu hari aku tengah berbasikal. pastu nampak ade sekumpulan kanak2 laki main rounders. aku terus join. padahal x kenal pun. haha..

pastu kalau x puas hati dengan sape2, terus gaduh. ludah2. tumbuk2. a ah. aku memang macam laki dulu. sekarang ni kira pompuan sikit ah.

bile dah popular kat sekolah, ade budak2 ni bile ade masalah je, terus datang cari aku. suro gi pukul orang. pergh. dah macam bonzer dah aku. and of coz, kena bayar ah.

tapi yang paling best dulu, bile gaduh dengan kawan2, esok terus baik. sekarang? jawab sendiri.

Tuesday, October 19, 2010

u might wanna see the other side of me

kadang2 minah duduk. kadang2 minah baring. x selesa berbaring atas lantai yang sejuk. minah duduk semula. memandang kosong 2 objek didepannya.

depan minah ada jantung. masih berdegup. berdegup tenang dengan 65 degupan seminit. dan disebelah jantung tu ada sebilah pisau. diukir halus dengan ukiran abstrak. penuh seni.

minah xtau perlu buat apa dengan objek tu. minah bingung. dalam kesunyian tu, ada 2 bunyi. degupan jantung tu. dan bunyi jarum jam saat berdetik jenama Polo di pergelangan tangan sebelah kiri minah.

minah pelik. hairan. tiba2 teringat sesuatu. minah letak tangan di dada. dulu minah pernah baca sesuatu tentang badan manusia. ada sesuatu yang hidup dalam badan manusia. dan ia berdegup seperti jantung tu.

cuma dalam dada minah tiada yang berdegup. bukan di dada. di peha, perut, betis, kepala, semuanya tiada degupan.

minah rasa sesuatu yang kosong. kosong dalam dada. minah capai pisau, terus membelah dadanya. x cukup dalam. minah tekan lagi pisau tu ke dadanya. dalam. sangat dalam.

minah ambil jantung atas lantai, terus tolak masuk ke dalam bukaan di dadanya. dalam sekelip mata, minah rasa puas. teruja. dan rasa hidup.

minah mula berjalan keluar. keluar berjumpa manusia lain yang mempunyai degupan. tangan minah sentiasa di dada. bila nampak bunga, degupan jantung tu lambat. bosan.

bila nampak taman permainan, degupan jantung semakin lambat. bosan.

bila nampak kanak2 bermain, degupan jantung laju sikit dari tadi. menarik.

tiba2 ada kanak2 terjatuh di depan minah ketika sedang berlari2. minah sambut budak tu sebelum kepalanya terhantuk di tiang. refleks.

minah terpana. degupan jantung semakin laju. minah terpaksa duduk di kerusi taman kerana x mampu menahan dadanya yang berombak2. makin lama makin perlahan degupan tu.

tapi, minah rasa benda tu menarik. sangat teruja. minah terus ke jalan raya. harap2 dapat lihat sesuatu yang lebih dahsyat untuk melajukan semula degupan jantung.

sambil berdiri tegak di tepi jalan, minah nampak seorang lelaki sedang membelek bunga segar di kedai bunga. muka beliau berubah2. kadang2 berkerut. kadang2 merenung kosong. kadang2 menggeleng2. tiba2 beliau senyum sambil menarik sekuntum bunga merah jambu.

ketika itu jantung tu berdegup dengan pantas. minah kaget. kenapa? kenapa perlu begitu pantas? lebih pantas dari tadi. bukannya ada orang jatuh. lelaki tu cuma senyum. minah hairan. tetapi masih memandang lelaki tadi. sehingga x sedar minah dah mendekati lelaki itu. jarak mereka x lebih dari 50 meter.

lelaki tu pandang minah. senyum. "cantik kan bunga ni?" suara garau yang dalam diikuti dengan segaris senyuman di sebalik kumis nipis.

degupan jantung semakin laju. terlalu laju sehingga minah takut kalau2 lelaki tu dengar bunyi degupan jantung tu. "cantik" jawab minah.

"untuk isteri saya" lelaki tu berlalu pergi lepas meninggalkan rm5 di atas kaunter.

degupan jantung seperti terhenti. tapi masih berdegup. minah tau tu. kerana tangan minah masih di dada. tapi minah rasa seperti x bernyawa. rasa perit di jantung. mungkin kerana belahan pisau tadi.

tapi x mungkin. sebab rasa perit itu di dalam. di jantung. minah lari semula ke tempat tadi. terduduk semula di atas lantai yang sejuk. di depan pisau.

segala yang baru berlaku tadi seperti imej2 dalam album gambar. pantas bergerak di depan mata minah. sehingga imej akhir sekali, imej lelaki tu. imej senyuman tu. minah rasa semula sakit di jantung.

minah x dapat tahan. mempunyai jantung terlalu kompleks. minah lebih suka dirinya yang tiada jantung. seperti dulu. x kompleks. x sakit.

minah capai pisau. hunus ke dada dan bawa keluar jantung tadi. dicampak jauh2. jauh dari penglihatan. dan minah semakin tenang. lalu dunia semakin kelam. semakin gelap. selamanya.

Wednesday, October 6, 2010

love suicide

say where is my shame, when i call your name?
so, please dont set me free. i'm as heavy as can be.
i will do you harm. i will break my arm.
i am a victim of your charms.

i want to be dead when i'm on bed.
i can be so mean. you can beat me.
i would like to shame you. i would like to blame you.
just because of my love to you.

and love itself is just as innocent as roses in May.
i know nothing can drive it away.
though love itself is just as brief as a candle in the wind.
but it's greedy just like sin.

alone but sane.
i am a love suicide.
'cause love itself is just as brief as a candle in the wind.
it is pure white just like sin.

Sunday, October 3, 2010

kadang2 divider kiri pun boleh saje2 x nampak

when i was younger i saw my daddy cry and curse at the wind. he broke his own heart and i watched as he tried to reassemble it.

and my momma swore that she would never let herself forget.

and that was the day that i promised i'd never sing of love if it does not exist.

p/s : masuk highway nak balik kl. a ah. masuk seremban pun kadang2 boleh sampai kl.

Saturday, October 2, 2010

gelap. gelap. dan makin gelap

bila aku sidai baju2 yang baru dibasuh, baru aku sedar. rupanya baju aku banyak kaler hitam. ok, semua.

and ade la sikit2 kaler putih. pastu kaler lain. sikit la.

even baju kurung pun kaler hitam!! patut ah aku selalu emo. hahahaha...

lepas ni tolong la nasihatkan aku beli baju kaler lain. tolong ah.

nasib baik selendang aku banyak kaler. kalau semua pun hitam jugak, mati lah!

sekian~

Thursday, September 30, 2010

kalau x reti guna paint, xyah tengok!

asyik melukis atas kertas je. dah lama x guna paint.


argh!! mahu gigi besi cepat!! Jusoh jahat!!


haih. duk dalam bilik je memang bosan kalau xde keje nak buat. owh. aku patut study. bye~