Wednesday, March 31, 2010

biawak itu telah membuka mataku

pagi ini sangat kabur bagiku...sms dari mai kubaca terpisat2 dengan mata yang suku terbuka...kelas berlalu pergi begitu saja dengan aku masih di atas katil...sekali lagi...

mai yang begitu kenal dengan diriku pergi tergesa2 mengejar bas kerana takut terlambat untuk presentation...maaf, mai...aku x berdaya mahu memandu dengan keadaan sebegitu rupa...

sony ericsson ku bergetar lagi...kali ni panggilan pula dari mai..niatnya murni, mahu mengejutku bangun dari mimpi indah...aku terbangun dengan kepala yang senget..oh, leher tergeliat...mungkin salah diriku yang menyokong abg nas yang asyik mengata abg pali tentang dirinya yang panjang (dan juga tentang leher tergeliat)...

setelah mengurut2 urat leher yang tegang, aku cuba baring dengan keadaan yang lebih selesa...tujuan sebenar adalah untuk melegakan leher, tapi apakan daya...aku tewas lagi dengan nafsu tidurku...

waktu sebenar aku terbangun adalah tepat jam 11 pagi...dan kelas seterusnya adalah pada jam 11 pagi...oh, aku terlambat lagi...lalu aku bergegas ke shower untuk menyegarkan diriku yang separuh waras...

aku bersiap dengan senyap tapi pantas supaya x mengejutkan rumateku yang sedang tidur nyenyak walaupun hp nye asyik berbunyi dari pagi tadi...aku berlari2 anak ke WNU ku yang sabar menunggu ku dari semalam...

setelah mengejutkan myviku dari tidur, aku mengemas2 sikit kereta itu dengan tujuan enjinnya cepat panas dan juga dapat menyegarkan sikit diriku ini...lalu jerry yang kebetulan parking kereta disitu pun menegurku...lantas aku pun membalas tegurannya dengan selamba...mungkin keselambaan aku tu menunjukkan betapa aku mamai...kerana dia berlalu pergi macam baru lepas kena marah dengan aku...
p/s : klu aku mamai, orang cakap muka aku moody and cakap dengan orang pun macam nak marah...

ok, di sini jelas lah bahawa mamaiku masih belum hilang...tanpa melengahkan masa, aku terus memecut laju ke kelas yang telah bermula 18 minit yang lalu...setibanya aku di persimpangan antara ke pk dan fpend, aku dikejutkan dengan lintasan skuad biawak yang kepalanya sipi2 saja dengan tayar myviku...wah!mata aku terus terbuka dan mengelaknya dengan cermat dan selamat...dan seperti biasa, biawak tersebut kelihatan masih melintas jalan seperti tiada apa yang telah berlaku disekelilingnya...

untuk pengetahuan semua, tiada yang cedera dalam cerita di atas...myviku juga dengan machonye membawaku ke fac dengan laju setelah aku sedar dari pagi yang penuh kemamaian...thanx biawak kerana telah menyedarkan aku....


gambar hiasan mengikut gambaran penulis

nota kaki kepada biawak : len kali nak lintas jalan tu, tengok ahh kiri kanan dulu bai!!!!!meh makan kaki!!!!

Monday, March 29, 2010

our story - Love Suicide

its our storyline...its our work...and it is very valuable...


after our play


some of us

directed by hazal...
original script by say o...
artistic director was nazrin...
the production managed by me...
and most importantly, our production crew : ijan, palie, kk, fatin, ismeth, zul, shira, daia, wawa and zayu..
played by arep, pod, leha and amir....


pod and arep in scene 5


arep and amir in scene 2


arep and leha in scene 4

although we only got 2nd place, but love suicide will always be our greatest production ever...

love suicide...we will never forget u..a great piece and nicely played by the four of them...and i dont have any regret of being a part of u...

for more information about us and Love Suicide, please visit DOT

Monday, March 15, 2010

x sengaje jadi begini...

hari bermula dengan biasa...kakak kejut, alih keta, niat nak tido semula tapi dimatikan sebab panas....then macam biase, hari diteruskan...basuh keta, ujan...nak alih keta, stering lock...ulang alik dari dalam umah ke kereta bermandi hujan hanya kerana xtau camne nak setelkan hal yang kecil tu....nak basuh baju, isi air dalam mesin, air melimpah sebab lupa nak tutup...memang wtf*ck...sebab pe?sebab dah 2 kali jadi camtu!hahahaha <- gelak pakse2....

macam biase jugak, kelam kabut nak pulang ke ukm...padahal dari hari jumaat dah tau, hari ahad petang dah nak balik ukm...nape masih kelam kabut pada masa yang telah ditetapkan awal2?typical me...

hari ditempuhi lagi dengan biase dengan banyak dibantu oleh kk dan mai...thanx to them, i managed to do things better today...bile dah terpisah, berkecamuk semula...terpisah dengan mai ketika sampai kdo...terpisah dengan kk ketika ke teater...

there, in kebud, semua emosi sudah lari...hanya orang yang berada dalam kebud saje yang tau apekah emosi yang sedang berlegar2...kami senyum, kami emo, kami marah, tapi kami masih boleh ketawa lagi...eh..ke aku je yang camtu?hahahaha..ntah ah..tadi hanya bersembang dengan kak leha...jadi, x berapa perasan dengan keadaan sekeliling...

well, whatever...hal dalam kebud tu not necessary to be stated here...yang penting, berusaha untuk icaf!!!yosh~!

and yes, my heart was broken today...and it will never heals...end~

Wednesday, March 3, 2010

air mata malam jumaat

Hari ni hari Khamis. Nak tak nak esok mesti hari Jumaat. Dan kalau dah hari Jumaat mesti dapat jumpa dia lagi. Rasa macam dah lama sangat tak jumpa dia . Dan dia pun asyik marah-marah saja sebab aku dah lama tak jumpa dia. Tapi, aku bukan sengaja tak nak jumpa dia, aku sibuk.
Namun seteruk manapun dia marah dengan aku, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Bila aku jumpa dia, aku mesti rasa nak peluk cium dia puas-puas dan tak mahu lepas. Tapi realitinya tak. Aku jumpa dia. Aku senyum. Sebab? Ego. Dalam telefon aku selalu cakap “Love you!! Muah muah!”. Tapi bila di depan, aku masih dengan gaya cool aku. Ego.
Namun sehebat manapun ego aku dengan dia, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Kawan-kawan aku selalu cakap, “Kau ni mesti manja dengan dia kan?”. Aku pula mesti jawab lepas tu, “Mana ada! Dia yang nak manjakan aku.” Ego lagi. Itulah dia. Bila bersama dengan dia aku jadi segan. Yelah, segan. Malu la nak manja-manja depan orang ramai, kawan-kawan dia dan aku. Malu la aku. Tapi dia tak pernah malu nak pegang tangan aku depan orang ramai. Dia tak pernah malu nak betulkan tudung aku depan kawan-kawan dia. Aku terharu. Sebab aku sebenarnya suka dia manjakan aku walaupun aku dah biasa hidup dalam dunia ego yang dah tak perlu dimanjakan dia.
Namun sejauh mana sekalipun aku menafikan yang aku sangat menagihkan belaian dia, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Dia juga sangat suka belikan barang untuk aku. Baju, selendang, malah barang keperluan aku pun dia sanggup bayarkan untuk aku. Walaupun masa tu dah hujung bulan. Walaupun dompet dia pada masa tu lagi banyak partikel habuk dari not-not merah dan biru. Aku bukan tak pernah cakap nak beli sendiri benda-benda tu. Tapi dengan selamba dia suruh aku simpan duit, dia kata duit dia cukup untuk tampung aku. Yelah, duit aku pun pinjaman dari kerajaan. Memang aku kena berjimat. Tapi dia tak pernah macam tu dengan aku. Dia beli saja apa yang aku nak. Aku? Aku hanya mampu beli barang untuk dia pada hari-hari yang istimewa saja.
Namun walau sebanyak mana pun dia berbelanja untuk aku, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Dan bila aku sibuk sampai tak ada masa nak jumpa dia, dia masih akan tanya aku, “Wann sihat? Dah makan?”. Aku tahu. Hakikatnya dia rindu dengan aku. Aku tahu. Sebab aku juga sangat sangat sangat sangat sangat rindu dengan dia. Maklumlah dah lama tak jumpa, telefon pun jarang. Kerap mesej saja. Rasa macam nak peluk cium dia kuat-kuat dan tak nak lepas sampai infiniti. Dan hakikatnya bila dah jumpa, aku jadi segan. Peluk sekadar pelepas rindu saja.
Namun walau macam mana pun aku layan dia, aku sedar dia sayang gila dengan aku.
______________________________
Hari khamis ni, aku pergi jumpa dia. Aku tak tahu dia sedar tak aku di sebelah dia. Dia sakit. Doktor cakap dia sakit tenat. Dia dah tak sedarkan diri masa tu. Masa tu aku dah tak peduli. Aku menangis. Sebab aku tak tahan. Dada aku sakit. Aku menangis. Sebab rasa kesal selama ni aku tak pernah sempat nak cakap kata sayang tu kat dia. Aku menangis. Sebab aku tak pernah biar dia rasa sayang aku kat dia. Aku kuatkan hati. Aku bisikkan semuanya di telinganya.
“Mak, aku sayang kamu. Aku rindu kamu. Dan aku pohon maaf di atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan padamu. Dan aku merelakan kau pergi.”
Memang. Memang aku rindu dia. Memang dada aku penuh dengan rasa kesal walau aku tau rasa kesal ni tak elok. Aku harap yang membaca dan pernah rasa akan faham perasaan ini.
Namun, walau macam mana sekalipun, aku nak dia tau yang aku juga sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang gila dengan dia.
Mak. Aku rindu sama kamu.

--> --> harhhari -->