Wednesday, November 17, 2010

an awesome person was born today 20 years ago

aku rasa sekarang aku xleh ah kalau ade orang cucuk2 belakang keta aku. mesti aku agak gelabah. ok, sangat gelabah.

lagi2 kalau malam. dengan lampu lagi, siap cucuk rapat baaaaiiikkk punye, confirm aku gelabah sampai peluh2.

macam hari ni. dua kali kena cucuk, dua kali terlepas simpang. sebab pe? sebab tengah fokus kat keta yang cucuk belakang aku.

mula2 teksi yang cucuk. then terlepas simpang. fine ah. aku bagi die potong dulu. pastu lori balak pulak cucuk aku. yang tu memang xleh nak buat ape ah weh. kalau terlepas simpang, pastu kalau aku brek tibe2 untuk masuk jugak simpang tu, memang selamat dunia akhirat ah aku lepas tu.

nak kate aku bawak slow sangat, x jugak. haihh.. lepas ni kena bawak laju sikit tapi sopan santun.

owh, baru pulang ke rumah. sampai2 rumah, tengok tv. pastu tiba2 gelap. tertido dah depan tv. rumah aku suka serap energy aku. nak basuh baju pun x larat.

*sigh*

"it's your birthday, so tell me what you want to"
"it's my birthday, i really wanna get with you"

Friday, November 12, 2010

last paper 2

sampai je kat dewan gemilang, aku terdiam. terlalu ramai bertudung labuh. terlalu ramai orang dah gi haji.

"aku salah tempat ke?"

aku check balik slip exam aku. betul la. 12 november, paper statistik, kat dewan gemilang. ah. gasak ah. ingat budak2 ni x amik statistik ke?

masuk2 je dalam dewan, pipi aku beku. dem ah. nasib baik aku dah pakai sweater. pastu dalam kalangan haji2 tu, aku nampak sorang laki dressing macam nak gi clubbing. siap pakai gelang kulit lagi weh.

beyond expectations.

last paper

aku bosan study macam ni. sejuk + malas + sunyi.

sakit pinggang xnak kalah. dah letak losyen mustajab, dah tampal koyok. makin sakit ade ah.

mata lak macam nak xnak je pejam. terpaksa ah duduk tegak ngadap lappy gak.

lollipop pulak xde. gila saiko imaginasi aku kalau study teruk2 x dapat lolly.

esok sape2 tolong hantar aku gi exam naik kerusi roda. malas nak jalan dan drive.

Thursday, November 11, 2010

matahari pagi = sakit kepala

x reti nak bercakap.

aku makan lollipop lepas Mondea turun kereta. baru je gerak keluar dari KUO, ade sorang mamat motor pandang.

aku pun terus sound

"tengok2 pe paker????"

see? mencarut pun dah x betul. aku terus pergi beli nasi lemak.

notakakikukekok : in case orang xtau, paker = faker = fucker

Wednesday, November 10, 2010

okanahajadakabom - Jon, 2010

setelah beberapa lama x cukup tido, tido2 ayam, tido mana2 sempat seperti atas kerusi, atas lappy, atas buku dan dalam kereta, akhirnya aku dapat juga tido lama. dalam 8 jam, mungkin.

aku rasa aku tertido around pukul 8 pagi tadi masa tengok movie slow kat lappy. walaupun aku dah hirup kopi McD, cerita slow tu tetap menang. sekarang aku dah tau ada cara lain nak bagi tido selain baca buku sejarah.

pastu sambil2 tido tu ada ah terbangun2 sebab kaki termasuk celah katil dan badan tertindih tangan. pastu ada msg masuk.

Jon : celaka. gua tertido banyak kali kot tengok cite ni. celah mana pulak a walk to remember ni tacing2? lu saje je nak suruh gua tido kan?

Aku : lu tengok time tengah ngantuk, memang ah leh tertido. tido ah dulu. dah bangun nanti gua fight untuk cite uhanaha

sebenarnya aku pun xtau uhanaha tu ape. sebab taip sambil pejam mata kot. hahahahahahahaha...

*berhenti menaip jap sebab KK panggil makan nasi lemak*

*ok sambung*

pastu aku terbangun kul 4:30 petang. bangun2 blur tengok jam. bodoh. lama sial aku tido. terus ngadap lappy, lepaskan gian baca blog Pipiyapong. even fesbuk pun aku x tengok.

Hazel ngan KK sibuk jerit2 lapa pastu salahkan aku sebab aku x bangun tengahari dan bawak diorang gi makan.

lepas beberapa minit, aku bancuh kopi dan tengok movie. tiba2 sakit perut. sebelum ni susu ngan nasi basi je boleh buat aku berlari ke toilet macam tu. x sangka kopi dapat memudaratkan diri aku jugak.

dem.

burung pipit

wah. best ah dapat tengok bandar kl dari atas. nampak cahaya je. x reti2 nak tutup lampu ke kl ni?

angin pun best. sejuk. nyaman. urgh. terlupa pakai sweater!

eh? pehal rasa basah pulak sayap aku ni? owh. dah start hujan rintik2.

eish. kena cari tempat teduh ni. boleh rehat2, tido2 jap.

jumpa satu rumah burung. yay!

hujan makin lebat. bunyi mengganas kat atap rumah sementara aku ni.

cis. xleh tido.

Tuesday, November 9, 2010

"you are my angel" - jamie elizabeth sullivan

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful"

"Landon : Can you find the star?
Jamie : Yeah sure. But why?
Landon : Because i had it named for you. It's official."

A Walk to Remember


I give you my destiny
I'm giving you all of me
I want your symphony
Singing in all that I am
At the top of my lungs I'm giving it back

Mandy Moore - Only Hope

analisa peperiksaan

orang yang keluar PALING awal dari exam hall ada dua sebab je.

sebab yang 1st, orang tu sangat bijak pandai. walaupun x study, beliau confirm dapat 4 flat. EVERY sem. beliau sangat dihormati di kelas kerana hasil kerjanya boleh ditiru oleh semua orang. tapi jika beliau keluar paling awal dari exam hall, mesti beliau dipandang sinis.

sebab yang 2nd, kertas jawapan beliau banyak ruang2 kosong. ada la sikit2 coretan orang2 genius. tapi hampir 70% ruang kosong ditinggalkan.

kah kah kah!!

Jamilah ada skandal?

Jamil baling batu ke tingkap Jamilah. Jamilah jenguk ke luar tingkap. Jamilah sempat menghadiahkan senyuman sebelum bapak Jamilah buka pintu depan. Jamil lari dengan laju pulang semula ke rumah. tapi Jamil puas. dapat tidur dengan lena lepas tengok senyuman manis Jamilah.

esoknya Jamil baling batu kat tingkap Jamilah lagi. tiada jawapan. Jamil kutip lagi satu batu besar sikit dari tadi, baling. still xde jawapan. orang kata kali ketiga nasib baik. Jamil baling lagi, masih tiada jawapan. Jamil hampa dan pulang ke rumah.

hari ni Jamil pergi lagi. kali ni Jamil bawak seplastik batu. sekali baling, 2-3 ketul jugalah Jamil baling ke tingkap Jamilah. pelik. dengar suara Jamilah ketawa dari dalam bilik. tapi Jamilah x jenguk keluar pulak.

Jamil seluk plastik ambil segenggam batu. baru je Jamil nak baling, dengar suara garau gelak juga. suara tu dari bilik Jamilah. Jamil geram, Jamil baling juga batu ke tingkap Jamilah. kemudian tingkap bilik Jamilah terbuka. akhirnya. dan satu kepala menjenguk keluar.

bapak Jamilah.

Monday, November 8, 2010

aku patut bermastautin dalam tandas

malam ni sejuk betul. aku bergerak ke arah will. basah dah. rupanya hujan tadi.

lalu aku memecut laju membelah kesunyian malam yang sesunyi hati aku. tiba2 sebelah kanan aku sebuah lori bawak tong gas memotong aku. cis. laju pulak lori ni. aku tarik satu tong tu kang.

aku terus memandu tanpa arah tuju. tujuan awal hanya mahu mengambil angin. sambil ditemani beberapa rakan kecil.

kemudian aku terus membelok pulang. berlari ke toilet. sial. habis terus komponen2 dalam perut aku.