Sunday, October 27, 2013

Hei hei hei. Aku konvo esok!

Aku extend hingga tahun ke-empat. Awal-awal sedih la juga sebab takde geng satu fakulti masa nak konvo nanti. Nak ambil gambar pun jadi tak gembira.

Tapi jangan lupa, aku masih ada mereka.

Terima kasih, DOTters. Sayang korang, semakin!










Mahu lihat lebih banyak wajah-wajah gembira kesayangans aku? Sila ke link ini. Okay salah tu, link ini. Ihihihi salah juga. Okay, okay. Ni betul-betul! Link ini.

Friday, October 18, 2013

Monday, September 16, 2013

CerPen (Cerita Pendek)

Hari ni hari Ahad. Hari untuk dating. Dengan makwe.

Aku ambil makwe aku kat rumah. Manis dia hari ni. Rambutnya dilepaskan. Dia pakai dress takat lutut, tali halus di kedua2 bahu. Sepatu warna merah sepadan dengan rona baju.

Masuk kereta, semerbak haruman perfume makwe. Dia senyum, aku pun senyum. Aku menekan minyak dengan steady menuju ke Paradigm Mall. Hari ni kami nak tengok wayang. Cerita apa, tak tau lagi. Nanti aku nak suruh dia pilih. Nanti aku pilih, banyak pula bebelnya. Tak seronok lah, hero tak hensem lah, cerita berbelit lah.

Dalam kereta dia banyak membisu sambil pandang keluar tingkap. Ha tak lain tak bukan tengah merajuk lah tu. Pasal apa, aku taktau. Malas nak tanya. Tapi kalau tak tanya, lagi dia marah.

"Awak marah ke?" Dia diam.

"Senyum sikit?" Dia pusing, senyum nipis, lepas tu pandang keluar tingkap semula.

Amboi. Dalam rajuknya ni. Biar lah dia tenang dulu. Nanti dia dah ready, dia cerita lah tu. Aku pun naikkan volume radio supaya takde awkward silence. Aku lah yang awkward. Makwe tu tengah fikir banyak tu mana sempat nak fikir pasal awkward.

"Awak ni tak paham perasaan saya pun! Saya tengah marah ni boleh pulak nak dengar radio. Isshhh!! Benci lah!" Dah aku pulak yang kena? Tadi aku tanya, taknak jawab. Aku paranawei kang sesia je.

"Tadi saya tanya, awak diam. Ingatkan takde apa lah. Ha kenapa ni cuba cakap?"

"Semalam saya mimpi awak tinggalkan saya sebab perempuan lain!"

Tak cakap banyak, aku keluarkan Magnum .44 dari dashboard, aku hala tepat ke bahagian serebrum dan "Bam! Bam! Bam!" otak makwe bersepai melekat kat tingkap kereta aku.

Selesai satu masalah.

Tuesday, September 3, 2013

Esok (hari ni lah!) nak pergi bercuti!

Flight ke Australia pukul 10:30 malam waktu tempatan. Dijangka tiba pada jam 8:20 pagi waktu sana.

I'm pumped!

Tak lah. Tak rasa mende pun lagi.

Tahun depan nak kumpul duit, aku bertekad nak berjalan sorang-sorang. Tak kira! Pergi Vietnam pun jadi lah!

Monday, September 2, 2013

Hari ni Ahad, esok Isnin, lusa dah Selasa!

Flight hari Selasa pukul 10:30pm!

Barang kat UKM tak habis angkat lagi. Esok baru nak angkat bawa balik rumah!

Selasa pagi nak beli barang untuk ke sana dengan kakak. Selasa pagi juga nak hantar anak-anak kami [baca : kucing] ke pet hotel.

Cuba teka aku nak kemas barang bila?

Aku pun taktau!

Tuesday, July 30, 2013

Tuesday, July 16, 2013

My awesome experience with Sony Xperia ZR

Aku dah bosan pakai tab sebab terlalu besar untuk tangan aku dan susah nak call, nak text and whatnot masa sedang memandu. Ah. Masa lain pun susah juga. Yang best guna tab tu, untuk main game je. Everything else, tak best!

So aku berniat nak bertukar angin ke Sony memandangkan dah bosan dengan Samsung. At first, I was drawn into Xperia Z's awesomeness. Mungkin sebab dia boleh masuk air. Then Sony keluarkan lagi satu Xperia yang lebih compatible with our needs. ZR ni flagship juga dan mempunyai teknologi SnapDragon. Software version 4.1.2 (upgradable to 4.2.2) - JellyBean. Tapi ZR pun boleh masuk air juga dalam 30 seconds (kot), for 1m.

Sorry lah table macam ni but you got my point, right?

Entry ni macam review aku tentang Xperia ZR lah. Kalau nak tau lebih lanjut, pergi masuk website Sony Xperia ataupun datang jumpa aku, godek-godek phone aku. Heh.

First Panel

The folder thing is awesome!
 


Jangan terpesona sangat dengan jam tu. Tu aku download widget.
 
Second Panel

Third Panel

Fourth Panel

Dia ada easy access to phone settings. Bila user touch dekat panel kelabu tu, dia keluar macam bawah ni.

 
Tapi yang tak best, Sony takde task manager. Kat Samsung ada task manager yang aku boleh end all running programs so boleh jimat bateri. Dan notifications untuk programs yang aku tak guna pun tak masuk lah. So I have to install GO Task Manager (yang bulat kat bawah ni) untuk manage penggunaan memory untuk running programs. Jimat la juga bateri...


Aku pakai Purple theme so segala benda pun warna purple (background tu memang aku yang pilih bukan Xperia punya). Tapi kalau tengah play lagu, dia akan tukar warna background ikut lagu tu sendiri. Kinda nice. Ada 5 warna; white, blue, purple, red, cyan and yellow.
 

 Ni untuk view gambar. Boleh pinch screen untuk tukar-tukar gaya view. Nak kecik, besor, paling kecik, paling besor, semua pinch je lah!




Di bawah ini ialah Sony Select. Dia macam Samsung App Store lah.
 

Aha. Ni untuk manually end running programs. Tapi tak berguna sangat pun. Application tu masih berjalan cuma dia tolong tutup je la. Macam tutup tab kat browser.
 

Users can add home panels up to 7 panels. Lebih, tak mungkin, katanya. Aku pun pakai 4 panel je.


Yang lagi best, benda yang paling aku suka, LED light. Samsung takde! User boleh pilih nak ke tak notification LED light tu. Aku mestilah nak! Ada 5 warna juga. Dan boleh pilih nak warna apa untuk setiap application.






And this is the view of hd video dalam handphone ni. Aku bagi screen shot je lah. Malas nak upload. Ala check je kat website atau YouTube diorang, ada. Gambar memang tiptop. Cantik sangat sangat sangat sangat!


Overall, setakat ni aku suka sangat Xperia ZR. I recommend this phone untuk anda yang suka teknologi yang pantas dan smooth. Orang ramai pun lebih suka Sony berbanding Samsung sekarang. Ah banyak cerita pun tak guna. Aku pun tak habis explore lagi. Anda explore lah dengan lebih lanjut di Sony Centre!

Till then.

Friday, June 14, 2013

DOT Summer Camp at XnR Laser Tag.

Mereka kata ini DOT final outing. Aku kata, INI TAK MUNGKIN! Jadi untuk mengurangkan kesedihan, kita panggil DOT Summer Camp.

Cuma yang tak best, hujan pula bila kami di sana. Tak dapat menikmati suasana homestay yang dikelilingi pokok dan sungai.

Takde benda yang teruk berlaku pun. Cuma Arep demam akibat terlalu sensitif dengan entiti halimunan. Dan Daia terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan di Hospital Ampang. Hahaha tak tak jangan tipu orang lah Wan!

Kes Daia tu dia kena gigit serangga then kena allergy attack. Habis bengkak badannya, so aku pun bawak lah beliau dengan tenang ke Hospital Ampang pada pukul 5 pagi. Balik pukul 7 pagi, tidur dua jam, sambung water tubing pulak..

Tentatif kami begini, ikut flow hari lah, senang.

Jumaat
Tengahari - Sampai, solat Jumaat (lelaki), masak (perempuan)
Petang -  Melawat kawasan, flying fox, lepas tu hujan...
Malam - BBQ, Main XBox Kinect, dah habis hujan baru main Laser Tag jam 11 lebih sampai pukul 3 lebih.

Sabtu
Pagi - Sarapan, water tubing, mandi sungai
Tengahari - Rehat, balik.

Begitulah ceritanya. Tempatnya sangat selesa. Sesuai untuk aktiviti dengan keluarga dan kawan2. Nak honeymoon pun boleh (kot). Sila lawati page XnR.

Ha dah taknak membebel panjang2. Tengok je lah gambar.

p/s : gambor yang gegor semua diambil oleh Say O!

Bila ada Pali, nak load barang pun jadi lama.

Dari depan rumah, ruang tamu, dan dapur. Kawasan bilik lupa nak ambil gambar.


Mula memasak!

Kolam ikan. Boleh memancing di sini.





Nama kucing ni apa entah. Dapat kat aku, nama dia jadi Simba.

Flying Fox. "Ismeth naik dulu. Kalau tali tak putus, baru kami naik."




Yay!



XBox Kinect.

Aku bawa hairdryer untuk lelaki metro seperti Arep.


Bacaan Yasin selepas Maghrib.



Masak nasi goreng.



Bakar ayam dan daging.



MAKAN!

 

Pakai kain pelikat dan terkangkang-kangkang main XBox Kinect.



"Swoosh swoosh."


Kami ada Doraemon Vietnam. Kau ada?




Taklimat Laser Tag.

Brace yourself. War is coming.




Pretty cool, eh?




Gambar family.

Ok dah tu je lah gambar sedikit sebanyak. Water Tubing je takde gambar sebab masing-masing takut camera masuk air. Tuan rumah punya iPhone pun hanyut dalam sungai, apatah lagi camera yang dipegang kami-kami yang noob ini..

Ah harap-harap lepas ni masih boleh melepak dengan budak-budak gila ni lagi.

Aku sayang korang, tahu?

Thursday, May 16, 2013

Hujan

Cuaca semakin panas menyebabkan badan aku kekurangan air. Tambahan pula aku jarang sekali berkesempatan untuk minum air kosong. Bibir kering merekah dan berdarah.

Aku bersiap sedia untuk tidur. Usai urusan di ruang basah di aras aku yang digunakan untuk membasuh baju, mencuci muka, mengambil wuduk, membuang air dan mandi, aku coretkan sedikit lip balm di bibir jenama Nivea. Satu-satunya jenama yang sesuai dengan bibir aku dan tahan lama. Aku masih menggunakan lip balm yang sama aku beli 3 tahun lepas.

Sejurus selepas aku memetik suis lampu, bilik menjadi gelap. Tabby terus mengambil tempatnya dihujung katil. Aku terdengar detik-detik ramai di atas bumbung. Aku selak langsir. Hujan.

Aku tak suka bunyi hujan berlaga dengan bumbung di atas kepala aku. Aku tak suka bunyi hujan di atas bumbung kereta aku. Bising. Membunuh.

Aku bodoh? Aku bersyukur Tuhan sayangkan makhluknya di bumi dan menurunkan hujan setelah beberapa hari kering kontang. Dan aku suka bermain dalam hujan. Aku cuma takut bila hujan dan aku berada di bawah bumbung. Titisan air pun mampu melekukkan permukaan batu, apatah lagi hujan pada bumbung bangunan dan kereta?

Ah tak apa. Hujan tidak akan mendapatkan aku. Jika hujan mampu menerobos bumbung ini, maka bumbung lah yang akan jadi punca kematian aku. Dan Tuhan yang mengambil nyawa aku.

Tapi jangan guruh. Guruh buat aku jadi gila. Kilat buat aku buta.

Dalam pada masa yang sama, bibir aku bisik "Subhanallah"

posted from Bloggeroid

Sunday, April 14, 2013

Things that haven't been taught at driving school

(at least not at mine)

Hai kawan kawaaaann!!

Hari ni kita nak kongsi lah kan benda yang kita belajar sendiri yang cekgu kita tak ajar kaaaaannn.

Ok berhenti gedik.

Ni ha benda-benda yang aku belajar sendiri dari kakak aku dan sikit-sikit dari common sense aku sendiri. Memandangkan Malaysia ni dah bertambah kereta di atas jalanraya tapi pemandu kebanyakannya semakin kurang pandai dan kurang ajar lagaknya.

Bukan nak kata aku ni pandai sangat memandu tapi aku ni tau la juga basic pemanduan supaya dapat mengelakkan kemalangan (walaupun dah berapa kali eksiden kaaannn) ehhh pengalaman tu penting!

Ok aku akan berhenti merepek dan teruskan ke point utama.

1) Membontoti kereta hadapan anda
Sepatutnya jarak anda dan kereta hadapan bersamaan dengan sebiji kereta panjang seperti Wira, Saga dan sebagainya. Benda ni ada dalam buku sebenarnya tapi aku tau ramai tak baca.

Tapi sejujurnya kalau aku bengang orang memotong depan aku secara kurang ajar atau tak bagi signal, aku akan ter-follow rapat sebab aku nak dia tau, aku tengah laju, tak sempat nak brek, lain kali jangan buat begitu.

Kalau kat highway tengah tekan 100-120 gitu memang aku simpan jarak dengan kereta depan sekurang-kurangnya sepanjang dua biji kereta. Takut kalau dia brek emergency, mampus la tak sempat brek, nak elak ke lane sebelah, ada lori pulak. Tak ke gila?


2) Memotong
Macam tadi, sementara menyimpan jarak dengan kereta depan, increase your speed gradually dan terus ke lane sebelah supaya kereta depan anda tak rasa anda ni douchebag. Lagipun takde la enjin anda bunyi "Vroooooonnnggggg" bila anda tiba-tiba tekan minyak. Sayangi enjin anda.

Kemudian, bila nak masuk balik lane tadi, pastikan anda dah nampak keseluruhan wajah hadapan kereta yang anda potong tu di cermin pandang belakang (rear-view mirror). Jangan harap ke cermin kiri sebab takut anda terlalu rapat masuk depan dia, mengakibatkan muncung dia terlanggar bontot anda. (Cikgu sekolah aku ajar peraturan memotong 12 saat tapi macam tak reliable sebab dia tak cakap untuk kelajuan berapa, kan?)

Lagi satu, dah memotong tu, jangan la slow masuk depan kereta yang anda potong tu. Macam cari gaduh je. Tak pasal-pasal jadi street racing pula nanti.
 
Info berkaitan : Kalau ada kereta potong anda, bila dia masuk depan anda dia terus brek atau slow down, lebih baik anda slow down terus. Sekarang ni trend begitu. Kalau anda tak slow down, dia akan brek sampai anda terlanggar dia. Nanti dia akan salahkan anda menghentam kereta dia. Hati-hati dengan orang begini. Pencuri high class ni.


3) Menukar lane
Seperti yang cikgu ajar, nak tukar lane, nak masuk simpang, semua  kena bagi signal at least 5 saat sebelum setiap aktiviti. Jadi, nak masuk lane, bagi signal. Pastikan kereta belakang di lane sebelah sejauh dua kereta dan tengok kelajuan dia. Kalau tak yakin, jangan masuk. Nak masuk tu, ikut cara nak memotong yang aku cakap tadi. Pastikan jarak dengan kereta depan supaya senang nak memecut masuk lane sebelah.

Common courtesy : angkat tangan sebagai tanda terima kasih. Bukan susah sangat pun, kaaaaan.


4) Jimat minyak
Isi minyak awal pagi sebelum matahari terbit atau malam ketika matahari dah terbenam. Kalau masa panas, partikel minyak akan mengembang maka isi RM40, tiga bar je naik. Maknanya kalau nak jimat duit, isi la ketika cuaca sejuk (malam). Lepas tu isi minyak dengan cara paling slow supaya kurang gas yang tak berkaitan masuk sekali.

Info berkaitan : isi angin pun begitu juga. Kalau isi masa panas takut nanti tayar meletup.

Maintain kelajuan. Jangan kejap slow, kejap laju. Kalau bawa 100, maintain je antara 100-110. Lagi best kalau anda maintain je bawah 90. Kalau jarum meter sebelah RPM tu lebih 2.5 je, banyak makan minyak.

Kurangkan banyak brek mengejut. Kalau dah tau dalam 500 meter tu nak berhenti, terus brek perlahan-lahan. Bukan sahaja jimat minyak, malah anda akan menjaga tayar, brake disk dan brake pad.

Paling penting! Panaskan enjin sekurang-kurangnya 3 minit sebelum bergerak. Sementara tu jangan buka aircond pun. Lagi bagus kalau jarum penanda kepanasan enjin tu dah naik hampir separuh. Kalau aku biasa panaskan enjin dalam 5 minit.


5) Common courtesy
Benda-benda ni tak diajar di sekolah memandu. Sekolah aku la.

Lampu kelip-kelip dari jalan bertentangan maksudnya ada roadblock la tu kat depan. Ataupun ada accident. Maka anda perlu berhati-hati. Kalau dalam 5km tu takde apa-apa, check lampu, pintu, bumper depan, tingkap, bumbung, takut tercabut ke apa.

Lampu kelip-kelip oleh kereta belakang selalunya bermaksud anda terlalu lembab untuk memandu di lane itu. Angkat tangan, dan tukar lah ke lane kiri. Kalau bukan sebab anda lembab, check lampu, pintu, semua tu lah.

Bunyi hon bukan selalunya bermaksud "Oi bodoh balik rumah tidur la tak payah bawa kereta babi". Ia juga bermaksud tumpang lalu, kain anda tertinggal di luar pintu kereta, lampu awak pecah dan sebagainya. Check dulu sebelum marah. Tapi kalau dah awak tu salah, angkat je lah tangan (walaupun aku pun emo juga bila kena hon sebab tak pasal-pasal je kan).

Hand gesture (seperti di bawah), tapi hujung jari jemari tu buka tutup buka tutup selalunya merujuk kepada lampu. Sama ada lampu rosak, signal tak tutup. Tapi sekarang jarang dah orang buat macam tu. Masa aku kecik-kecik dulu banyak juga nampak orang bagi hand gesture macam tu dan jari tengah (eh).

Ada yang panggil ni sign burung. Ada yang "Ehh cop cop cop rehat jap" sambil bagi gesture ni.


Ada juga tangan melambai-lambai dari cermin tingkap, tu kira signal la. Selalunya diberi oleh pembonceng/penunggang motor kerana signal rosak. Tapi kalau nampak tangan tu macam ngeri je, nampak pukul 2-3 pagi, jangan pandang lama-lama. Kang ada yang ikut balik kang.



Tu je la kot yang aku ingat. Lain-lain kalau aku teringat nanti aku update. Ok terima kasih kerana membaca. Babai!