Saturday, July 30, 2011

Gabungan 2 entry

People Should!!
aku bayangkan bila sebut "magnificent" tu mesti macam sebut "We are Sparta!!" and suara mesti bergema. hahahahaha..

My New Addiction
at first, aku tengok sebab Matt Bomer tu hensem. lama2 aku addicted dengan cerita ni. siap download sendiri episod2 baru dengan subtitle skali. sebelum ni orang lain yang tolong download. hehehehe..

Friday, July 29, 2011

Jual lens, lagi..

*kelik nama utk ke link itu

disebabkan oleh duit makin kurang, maka aku pun jual lens balik. tapi bukan dengan bos yang lama. ni bos baru. harap2 dia x gampang macam yang dulu lah.

owh ya. blog lens tersebut memang buruk sebab aku siapkan dalam masa 12 jam je hari ni. aku malas nak edit lebih2.

bulan puasa makin dekat, so selamat berpuasa.

i really have no mood for this. but DO VISIT MY LENS BLOG!

lepas tu PROMOTE!! hahah. tolong lah aku kumpul duit. thanks =)

Sunday, July 24, 2011

i tried to swallow the pain. but then i puke.

the glass shattered.

my skin sliced.

every part of my body is shaking.

my brain keep thinking

"i will not survive" .

so my heart whispered

"close your eyes" .

and i dream of rabbits.

Saturday, July 23, 2011

ok you win.

truth hurts.

but i need to know.

even if it cost my life.

Friday, July 22, 2011

google+. meh~



Google+ masih dalam bentuk projek lagi. and orang yang dapat invite je leh join and sign up untuk g+. ade features yang lagi best dari fb katenye.

tengok lah berjaya ke x g+ nih. and kalau berjaya, tengok fb bungkus ke x macam friendster and myspace.

jangan lupa invite aku masuk circle kalau dah ade g+!!

on 2nd thought, xyah lah. sebab sekarang aku macam x berapa nak minat dah benda2 macam ni. fb pun jarang on9. hahahaha~

so now it is like

meh~

p/s : tensi ah blaja main hon dengan orang pro! huh!

Wednesday, July 20, 2011

pesta konvo ini tahun

peh. pesta konvo tahun ni x macam dulu2 punya haram. dulu2 asyik boria je. x pun choral speaking. tahun ni buat tema Komedi Muzikal. macam tu la lebih kurang temanya.

baru lah kelab teater kolej boleh menyertai dengan sepenuh tenaga. bagus2. nak tau lebih lanjut, kelik sini.

jeles!! nak join jugak!!

Thursday, July 14, 2011

Captured Memories in Jakarta

ni gambar2 yang aku curi sedikit sebanyak dari orang2 yang berkamera ketika di Jakarta. thanks to Abang Nuex, Kak Ila, Tojo, Echa and Dior. kalau nak tengok banyak lagi, tengok kat fb diorang lah. banyak gila kot. huhu..

*kelik nama2 untuk link mudah ke fb mereka.

1st Day

buang masa di KFC sambil menunggu 2nd trip sampai


muka2 masih ceria dalam perjalanan ke Asrama Riau (sebelum tau keadaan asrama macam mana)


sebelum semua orang tertido sebab jem teruk di Jakarta


berkumpul di bilik yang budak laki stay untuk sesi perkenalan


semua orang naik motor untuk pergi makan. scary.


reaksi biasa bila nampak kamera walaupun baru lepas ketakutan naik motor

2nd Day

mood : marah sebab budak UI lambat dan xtau nak sembang apa dengan diorang. last2 dia ni yang paling baik dengan kitorang sampai kitorang gelar dia mak ayam. sayang kamu Yesy!


bulatan di kaki lima bersama Jose Rizal kat TIM


depan Planetarium Jakarta. kot..


tempat latihan terbuka


menemani E
cha surviving kelaparan sementara orang lain makan Pecel Lele



latihan di Mess Riau (scene dengan Ira)

3rd Day

tempat show di UI. kitorang turun bas, cari sendiri tempat ni without budak UI


sebenarnya semua orang pun malas nak buat rehearsal. haha..


rehearsal teater Kencing Peluh


Alif tengah rehearsal, abang kat belakang tengah naikkan lampu.


bilik mekap. 20 minit sebelum show dan kitorang still melepak2. haha..


show Damia. scene kegemaran. Alif dengan Abang Nuex.


show Damia. scene kegemaran. Echa dengan dialog "hilang.."


show
Damia. Mai dengan scene epic. shuffle gaya Damia. hahahaha..



show teater Pentingnya Menjadi Earnest oleh Teater UI.


show teater Buruk Cantik Si Ayam Itik


lepas show. bergambar dengan Teater UI.


makan dekat restoran yang best gila. owh. ni lah Dior. artis.

4th Day

MONAS.


muzium kat Kota Tua. patung tu ada daun je tutup nonet dia. hehe..


lepas penat berkelabing di bilik karok.

5th Day

Cafe Safari yang mewah.


shopping di Blok M


lepak2 di restoran atas bangunan. yang depan ni tengah main ayat2 klaka. yang belakang tu tengah serius main poker.


semua dah letih sebab seharian berjalan

6th Day

mahu ke Depok


persembahan spontan dari Teater UI


persembahan dari KTR


persembahan dari anak2 Mess Riau


KTR di hujung2. jenis malas nak bergaul. haha. Yesy je yang suka join kitorang. kamu memang mak ayam kitorang ah Yesy!!!


geng2 Teater UI


acara menari ramai2 dalam bulatan

*seriously xde sape ke amik gambar ayam BBQ?? biar aku lukis.


ilustrasi penulis. lebih scary jika tengok in real life.

Last Day

bergambar depan Mess Riau sebelum bertolak ke airport

it was a nice memory. cuma bagi beberapa orang, x berapa nak nice la sebab sakit perut, sakit kepala, sakit hati dan sebagainya. hahaha..

apa2 pun, aku kagum dengan Teater UI. diorang memang hebat.

Tuesday, July 5, 2011

seminggu di Jakarta

ni program Kelab Teater Rimba. kitorang dijemput datang ke Jakarta oleh Kelab Teater Universitas Indonesia (UI).

orang2 yang terlibat:
Kak Ila (alumni KTR), Dior (artis baru), Abg Nuex, Abg Syed, Echa TEKAD, Ira, Miza Miren, Tojo, Zirin, Nisa, Vira, Aliff, Mat, Mai, aku.

Bung dengan Bos datang kemudian dan diorang tidur kat hotel. ya. HOTEL.

1st day
- bertolak subuh2 dari UKM ke KLIA. ada 2 trip flight sebab tiket satu flight dah habis.

- aku 1st trip. so, terpaksa membuang masa lebih 7 jam kat airport Jakarta sebab nak tunggu 2nd trip sampai. bas dari UI ada satu je. and jalan jammed pulak. nak xnak, kena jugak tunggu semua orang sampai baru la boleh gerak ke tempat kitorang nak stay iaitu Mess Riau (asrama anak2 Riau).

- sampai di Mess Riau dah malam. budak2 UI ajak pergi makan kat area2 situ jugak. tapi nak jalan kaki jauh. nak naik teksi atau angkut2, macam rugi. paling senang tapi paling scary, kitorang semua membonceng budak2 Mess Riau untuk pergi kedai makan tu. pengguna jalanraya kat sana semua memang ganas belaka. apatah lagi kalau yang membawa motor. bayangkan betapa scarynya naik motor dengan diorang.

2nd day
- buat lawatan ke Taman Ismail-apa ntah (TIM). taman tu macam taman kebudayaan ala2 Istana Budaya. kat sana kitorang jumpa sorang penggiat teater yang dah banyak mengarah teater. setakat tempat pertama kat pertandingan teater kat German tu, takda hal lah! paling style, kitorang dengar ceramah dari dia kat tepi jalan je. siap buat bulatan. aku ingat kitorang akan masuk bilik perbincangan untuk sembang2. beliau memang style. owh. x lupa juga kitorang sempat la sembang and amik gambar dengan pengarah Laskar Pelangi. xtau Laskar Pelangi tu cerita apa? jangan tanya aku.

- lepas lunch, baru bergerak ke UI untuk sesi latihan. tempat latihan dia tempat terbuka. i mean, seriously terbuka. campur dengan budak2 hardcore punya latihan silat (kot) dengan budak2 brass band. kat situ memang xde rupa latihan ah kalau nak diikutkan. semua buat ala kadar sebab x selesa. siap ada anak anjing lagi kejar kitorang ye. memang boleh buat latihan dengan tenang pun.

- lepas solat, kitorang jalan kaki jauh2, siap lintas landasan keretapi untuk pergi makan pecel lele. nak tau macam mana keretapi tu bagi signal dia nak lalu? dia hon dalam sekali or dua kali, beberapa saat lepas tu, keretapi tu pun muncul. kalau kitorang tengah melintas masa tu, jangan harap sempat hidup sehingga ke hari ni.

3rd day
- rehearsal dan show di UI. ada Dekon Damia, Cantik Buruk Si Ayam Itik dengan Kencing Peluh. Alhamdulillah, diorang faham la jugak apa yang kitorang pentaskan. aku x sempat nak tengok Teater UI punya show sebab masa tu aku kat backstage. tapi yang aku dengar dari budak2 yang sempat tengok, diorang gempak la jugak. diorang bawak teater Pentingnya Menjadi Earnest.

4th day
- budak2 UI bawak jalan2 ke Monumen Nasional (Monas), Kota Tua dengan muzium. x best.

- shopping2 kat ManggaDua. tempat tu ala2 Warta + Central Market + Sungei Wang. barang murah la jugak tapi biasa2 je ah. bukan jenis2 pelancongan punya barang yang ada cop "Jakarta" or "Indonesia".

- lepas makan, balik ke Mess Riau. lepas bergurau sepatah dua kata dengan budak2 Riau dengan UI, kitorang decide nak pergi karok. bukan semua pergi pun. pergi karok dah macam kelabing. balik tu semua orang letih dan berpeluh2. gila.

5th day
- program dengan alumni Teater Hijrah. teater tu pernah di bawah bimbingan Bung dalam tahun2 yang aku pun x lahir lagi. diorang jemput naik kereta besar2 dari Mess Riau ke Cafe Safari. alumni Teater Hijrah semua kaya2 belaka. sebab diorang mampu menyewa satu cafe mewah tu sepanjang hari untuk kitorang sahaja. sambil2 makan, Nisa dengan Alif and beberapa orang gilir2 nyanyi2 kat stage cafe tu. lepas makan, ada la kitorang buat preview sikit2 dari show kitorang kat UI. alumni pulak ada yang baca puisi and ceramah2.

makan sedap gila. dan makan2 pun ditaja sepenuhnya. makan minum macam orang kaya.

- shopping2 lagi di Mall Blok M. macam biasa, tempat tu ala2 CM ah. nasib baik aku, Mai, Mat dengan Alif pandai cari. kitorang jumpa jugak tshirt yang tulis "I Love Jakarta". buat souvenir untuk kawan2. yang paling best, orang lain x jumpa langsung kedai tu. kitorang memang power.

- malam tu lepak kat restoran atas bangunan. rasa x best sebab xde angin tapi gayat bila tengok bawah.
6th day
- shopping lagi. kat shopping mall ITC Depok dengan Depok Town Square. disebabkan aku, Mai dengan Mat bukan kaki shopping, kitorang hampir mati kebosanan dan mulut hampir berbuih2 sebab mencarut x habis2. macam2 masalah nak timbul hari tu. kitorang bertiga melilau je sampai pergi mall sebelah2. last2 jumpa baju yang harga lebih kurang RM5-RM10. siap diskaun 50% lagi. kitorang habiskan duit kat baju2 tu je. hahaha.

- malam tu BBQ dengan budak UI dengan anak2 Riau kat Mess Riau. dah macam aktiviti makan malam orang2 afrika pulak. nasib baik kitorang xde buat tarian keliling unggun api. ayam2 yang jenis seekor2 banyak gila diorang beli. ayam2 tu siap ada kepala lagi. bila diorang susun atas daun pisang, dah macam ayam2 kena rogol. terkangkang, leher terkulai. tapi sedap ah jugak. dalam pukul 4 pagi baru semua orang masuk bilik.

7th day
- lepas lunch, terus bertolak ke airport naik kereta tajaan alumni Teater Hijrah. kat airport, semua orang bersepah2 habiskan duit rupiah sebab xnak kerugian. dalam sejam lepas tu, kitorang naik kapal terbang. flight tu pulak laju semacam je. lepas makan, x sempat nak tido, dah sampai KLIA. nasib baik aku makan laju.

perkara x best:
- asrama x seperti yang digambarkan. kitorang semua duduk satu rumah. campur dengan anak2 Riau. toilet and shower share. bilik ada yang xde kipas, xde tilam. bantal dan selimut apatah lagi. nyamuk bersepah2. supposed sebelum kitorang bertolak ke sana, diorang dah terangkan keadaan asrama macam mana. at least kitorang dah buat mental preparation.

- masuk kandang ayam, mengembek. masuk kandang harimau, mengaum. so kalau masuk kandang sendiri, boleh berlagak? kitorang ni tetamu dari Malaysia. korang tu warga Indonesia, kena la layan tetamu elok2. apatah lagi kita ni satu team. ya. ditujukan tepat kepada Nisa dan Vira. kebanyakan masa korang ni memang teruk. sory. tapi ni benda betul.

- budak Teater UI selalu lambat. kalau orang Malaysia "esok kul 8 eh?" mesti kul 9 paling lambat dah sampai. dengan pelbagai alasan2 lah. kalau orang Indonesia "besok jam 8 yah?" pukul 11 pun x sampai lagi. ni fakta. orang Indonesia sendiri mengaku diorang teruk bab2 masa ni. tapi hal2 macam ni jangan la buat macam tu. profesional la sikit. kitorang ni tetamu. memang kitorang suka tunggu lama2 sampai jadual lari. Kedutaan Malaysia pun x sempat nak pergi sebab budak2 UI lambat jemput kitorang.

- Bung abaikan kitorang. (xda apa dah yang nak dikomen disini. titik. noktah. full stop)

- ada lah beberapa masalah dari beberapa individu. ada yang boleh bawak mencarut. ada yang boleh bawak menganjing. tapi tu hal2 biasa. dah rancang macam mana pun, mesti xkan jadi perfect.

benda2 yang best :
- dapat kenal beberapa orang dengan lebih mendalam. and dapat kenal artis (Dior). dia x popular sangat. aku pun x kenal. dia tu macam2 ragam. tapi sebab dia artis, kitorang biar je lah. hahah.

nanti lepas orang2 berkamera upload gambar dalam fesbuk, aku serap lah sikit2 masuk sini.

gue sok asik. lo??