Tuesday, July 5, 2011

seminggu di Jakarta

ni program Kelab Teater Rimba. kitorang dijemput datang ke Jakarta oleh Kelab Teater Universitas Indonesia (UI).

orang2 yang terlibat:
Kak Ila (alumni KTR), Dior (artis baru), Abg Nuex, Abg Syed, Echa TEKAD, Ira, Miza Miren, Tojo, Zirin, Nisa, Vira, Aliff, Mat, Mai, aku.

Bung dengan Bos datang kemudian dan diorang tidur kat hotel. ya. HOTEL.

1st day
- bertolak subuh2 dari UKM ke KLIA. ada 2 trip flight sebab tiket satu flight dah habis.

- aku 1st trip. so, terpaksa membuang masa lebih 7 jam kat airport Jakarta sebab nak tunggu 2nd trip sampai. bas dari UI ada satu je. and jalan jammed pulak. nak xnak, kena jugak tunggu semua orang sampai baru la boleh gerak ke tempat kitorang nak stay iaitu Mess Riau (asrama anak2 Riau).

- sampai di Mess Riau dah malam. budak2 UI ajak pergi makan kat area2 situ jugak. tapi nak jalan kaki jauh. nak naik teksi atau angkut2, macam rugi. paling senang tapi paling scary, kitorang semua membonceng budak2 Mess Riau untuk pergi kedai makan tu. pengguna jalanraya kat sana semua memang ganas belaka. apatah lagi kalau yang membawa motor. bayangkan betapa scarynya naik motor dengan diorang.

2nd day
- buat lawatan ke Taman Ismail-apa ntah (TIM). taman tu macam taman kebudayaan ala2 Istana Budaya. kat sana kitorang jumpa sorang penggiat teater yang dah banyak mengarah teater. setakat tempat pertama kat pertandingan teater kat German tu, takda hal lah! paling style, kitorang dengar ceramah dari dia kat tepi jalan je. siap buat bulatan. aku ingat kitorang akan masuk bilik perbincangan untuk sembang2. beliau memang style. owh. x lupa juga kitorang sempat la sembang and amik gambar dengan pengarah Laskar Pelangi. xtau Laskar Pelangi tu cerita apa? jangan tanya aku.

- lepas lunch, baru bergerak ke UI untuk sesi latihan. tempat latihan dia tempat terbuka. i mean, seriously terbuka. campur dengan budak2 hardcore punya latihan silat (kot) dengan budak2 brass band. kat situ memang xde rupa latihan ah kalau nak diikutkan. semua buat ala kadar sebab x selesa. siap ada anak anjing lagi kejar kitorang ye. memang boleh buat latihan dengan tenang pun.

- lepas solat, kitorang jalan kaki jauh2, siap lintas landasan keretapi untuk pergi makan pecel lele. nak tau macam mana keretapi tu bagi signal dia nak lalu? dia hon dalam sekali or dua kali, beberapa saat lepas tu, keretapi tu pun muncul. kalau kitorang tengah melintas masa tu, jangan harap sempat hidup sehingga ke hari ni.

3rd day
- rehearsal dan show di UI. ada Dekon Damia, Cantik Buruk Si Ayam Itik dengan Kencing Peluh. Alhamdulillah, diorang faham la jugak apa yang kitorang pentaskan. aku x sempat nak tengok Teater UI punya show sebab masa tu aku kat backstage. tapi yang aku dengar dari budak2 yang sempat tengok, diorang gempak la jugak. diorang bawak teater Pentingnya Menjadi Earnest.

4th day
- budak2 UI bawak jalan2 ke Monumen Nasional (Monas), Kota Tua dengan muzium. x best.

- shopping2 kat ManggaDua. tempat tu ala2 Warta + Central Market + Sungei Wang. barang murah la jugak tapi biasa2 je ah. bukan jenis2 pelancongan punya barang yang ada cop "Jakarta" or "Indonesia".

- lepas makan, balik ke Mess Riau. lepas bergurau sepatah dua kata dengan budak2 Riau dengan UI, kitorang decide nak pergi karok. bukan semua pergi pun. pergi karok dah macam kelabing. balik tu semua orang letih dan berpeluh2. gila.

5th day
- program dengan alumni Teater Hijrah. teater tu pernah di bawah bimbingan Bung dalam tahun2 yang aku pun x lahir lagi. diorang jemput naik kereta besar2 dari Mess Riau ke Cafe Safari. alumni Teater Hijrah semua kaya2 belaka. sebab diorang mampu menyewa satu cafe mewah tu sepanjang hari untuk kitorang sahaja. sambil2 makan, Nisa dengan Alif and beberapa orang gilir2 nyanyi2 kat stage cafe tu. lepas makan, ada la kitorang buat preview sikit2 dari show kitorang kat UI. alumni pulak ada yang baca puisi and ceramah2.

makan sedap gila. dan makan2 pun ditaja sepenuhnya. makan minum macam orang kaya.

- shopping2 lagi di Mall Blok M. macam biasa, tempat tu ala2 CM ah. nasib baik aku, Mai, Mat dengan Alif pandai cari. kitorang jumpa jugak tshirt yang tulis "I Love Jakarta". buat souvenir untuk kawan2. yang paling best, orang lain x jumpa langsung kedai tu. kitorang memang power.

- malam tu lepak kat restoran atas bangunan. rasa x best sebab xde angin tapi gayat bila tengok bawah.
6th day
- shopping lagi. kat shopping mall ITC Depok dengan Depok Town Square. disebabkan aku, Mai dengan Mat bukan kaki shopping, kitorang hampir mati kebosanan dan mulut hampir berbuih2 sebab mencarut x habis2. macam2 masalah nak timbul hari tu. kitorang bertiga melilau je sampai pergi mall sebelah2. last2 jumpa baju yang harga lebih kurang RM5-RM10. siap diskaun 50% lagi. kitorang habiskan duit kat baju2 tu je. hahaha.

- malam tu BBQ dengan budak UI dengan anak2 Riau kat Mess Riau. dah macam aktiviti makan malam orang2 afrika pulak. nasib baik kitorang xde buat tarian keliling unggun api. ayam2 yang jenis seekor2 banyak gila diorang beli. ayam2 tu siap ada kepala lagi. bila diorang susun atas daun pisang, dah macam ayam2 kena rogol. terkangkang, leher terkulai. tapi sedap ah jugak. dalam pukul 4 pagi baru semua orang masuk bilik.

7th day
- lepas lunch, terus bertolak ke airport naik kereta tajaan alumni Teater Hijrah. kat airport, semua orang bersepah2 habiskan duit rupiah sebab xnak kerugian. dalam sejam lepas tu, kitorang naik kapal terbang. flight tu pulak laju semacam je. lepas makan, x sempat nak tido, dah sampai KLIA. nasib baik aku makan laju.

perkara x best:
- asrama x seperti yang digambarkan. kitorang semua duduk satu rumah. campur dengan anak2 Riau. toilet and shower share. bilik ada yang xde kipas, xde tilam. bantal dan selimut apatah lagi. nyamuk bersepah2. supposed sebelum kitorang bertolak ke sana, diorang dah terangkan keadaan asrama macam mana. at least kitorang dah buat mental preparation.

- masuk kandang ayam, mengembek. masuk kandang harimau, mengaum. so kalau masuk kandang sendiri, boleh berlagak? kitorang ni tetamu dari Malaysia. korang tu warga Indonesia, kena la layan tetamu elok2. apatah lagi kita ni satu team. ya. ditujukan tepat kepada Nisa dan Vira. kebanyakan masa korang ni memang teruk. sory. tapi ni benda betul.

- budak Teater UI selalu lambat. kalau orang Malaysia "esok kul 8 eh?" mesti kul 9 paling lambat dah sampai. dengan pelbagai alasan2 lah. kalau orang Indonesia "besok jam 8 yah?" pukul 11 pun x sampai lagi. ni fakta. orang Indonesia sendiri mengaku diorang teruk bab2 masa ni. tapi hal2 macam ni jangan la buat macam tu. profesional la sikit. kitorang ni tetamu. memang kitorang suka tunggu lama2 sampai jadual lari. Kedutaan Malaysia pun x sempat nak pergi sebab budak2 UI lambat jemput kitorang.

- Bung abaikan kitorang. (xda apa dah yang nak dikomen disini. titik. noktah. full stop)

- ada lah beberapa masalah dari beberapa individu. ada yang boleh bawak mencarut. ada yang boleh bawak menganjing. tapi tu hal2 biasa. dah rancang macam mana pun, mesti xkan jadi perfect.

benda2 yang best :
- dapat kenal beberapa orang dengan lebih mendalam. and dapat kenal artis (Dior). dia x popular sangat. aku pun x kenal. dia tu macam2 ragam. tapi sebab dia artis, kitorang biar je lah. hahah.

nanti lepas orang2 berkamera upload gambar dalam fesbuk, aku serap lah sikit2 masuk sini.

gue sok asik. lo??

6 comments:

Anonymous said...

orang msia lagi teruk dari indon kalau layan tamu antar bangsa...:(

Nazrin Saad said...

Taman Ismail Marzuki bhai. Dulu pun pergi situ, jumpa Jose Rizal juga. Memang stail pun dia tu.

**Part Bung lupakan korang tu, kat mana-mana pun akan ada. So adapt je lah. Kami pernah merayau sendiri-sendiri kat S'pore sebab emo dengan Bung.

wann afzan™ said...

anon : sila letak nama kalau nak komen. maaf kalau bahasa aku mengguris hati. tapi ni pengalaman aku selama seminggu di Jakarta. sepatutnya dilayan oleh orang2 Indonesia di sana. tapi apa yang kami lalui bukan sepatutnya kami terima. kalau kamu dilayan dengan teruk oleh orang msia, aku minta maaf. masing2 ada pengalaman masing2. yang pasti, aku gembira dengan teman2 Indonesia dari teater UI. tapi harap mereka dapat merubah ketepatan masa.

wann afzan™ said...

anon : aku x salahkan orang Indonesia di sana. yang aku marah, pelajar Indonesia dari UKM yang ikut kami ke Jakarta. mereka buat kami macam orang asing bila tiba di sana. padahal kami sama2 satu kelab teater, datang sama2, belajar sama2. tapi bila di sana, kami dilayan macam orang yang asing. jadi, kamu perlu faham situasi sebelum komen, ya?

mikhaelahmad said...

panjang nak mampus. kau buat chapter 2 tesis ke ape.

wann afzan™ said...

hahah. kau baca buat pe