Monday, November 8, 2010

surat kepada alam sana

kehadapan encik mimpi.

tadi aku mimpi kau lagi. dalam waktu yang singkat. dalam kereta pulak tu. pandai kau eh pancing aku supaya tido.

kali ni kau kejar aku kat taman permainan rumah nenek aku dulu. kat gombak. aku pernah suka taman permainan tu. tapi sebab kau ada, aku x suka dah.

aku terjatuh dalam tong air. kau tolong aku keluar dari tong air tu. wah. baik betul kau. aku betul2 ingat kali ni kau xkan sakitkan aku lagi.

ternyata sangkaan aku meleset. kau genggam pergelangan tangan aku kuat2. sambil mulut kau macam nak cakap something. "aku....nak kau..." kau kata sambil merenung tajam kearah aku.

aku try fokus pada apa yang kau nak cakap. tapi genggaman kau terlalu kuat. aku x tahan.

lalu aku terbangun. dan syukurlah bukan aku yang memandu masa tu.

kau nak cakap apa sebenarnya? aku nak tau sangat. tapi lain kali tolonglah jangan sakitkan mana2 bahagian badan aku.

haish.

dari aku,
wannsusahnaktido

Sunday, November 7, 2010

koala

rasa macam nak bela rambut panjang. lagi panjang dari sekarang ni la. at least lepas bahu ke. huuu..

sekarang rambut pendek memang selesa. tapi kalau lepas shampoo, mesti kembang gila. macam sekarang ni. tau koala? haa..rambut aku sama ah macam koala tu.


jadikan telinga dia tu sebagai rambut aku. sama.

then tu baru satu. kalau baru bangun tido, memang semua rambut aku berebut2 nak tunjuk langit. kadang2 tengok cermin, aku terkejut. ingatkan ade orang lain masuk bilik aku. kah kah kah!

kalau x shampoo pulak, habis minyak2 ah rambut aku. pastu nampak disgusting. kalau perah rambut aku ni, boleh masak ikan weh. serius.

so, aku nak bela rambut panjang lak sekarang. tapi bila aku cakap dengan orang pasal nak bela rambut panjang, mesti diorang gelak. cis..

xpe2. kalau aku dah berjaya bela rambut panjang2, aku gitau eh...nanti aku nak get rid of coloured part ni. then layered sket. pastu kalau nampak kembang, aku rebond trus! hahaha..

p/s : seriusly, aku xtau pehal aku taip entry ni. panjang lak tu. kah kah kah!!!

zuma deluxe

semenjak dua menjak ni aku jarang tido lama2. paling lama setakat ni 3 jam je ah. ke 4 jam? lebih kurang ah tu.

so, aku takut aku kena insomnia. sebab aku ade sikit2 ah simtom insomnia. siap google tau x. keries gile ah.

and paling teruk pagi ni. aku tau aku tengah drive. tapi aku x tau aku perlu buat ape. as if aku sedang auto pilot. aku bukan takut aku kena penyakit pelik2 ni. tapi aku takut kang aku eksiden dan melibatkan orang lain.

pastu kadang2 aku xtau aku tido ke x. i mean, aku baring dan pejam mata. tapi setiap kali tengok jam kat hp mesti baru je seminit dua aku lelap. padahal masa tu aku dah rasa macam tido lama.

tapi at least aku tau la aku mimpi ke x. sebab kalau mimpi je, encik mimpi bangangnakmatiasyiknakbunuhaku tu mesti ada. confirm dia tu wujud dalam alam mimpi je sebab aku try gak google muka dia. tapi x jumpa.

a ah. kadang2 kalau google "encik mimpi" memang jumpa pun.

hahahahaha.

encik mimpi.

aku berjalan di pesisir pantai. oh laut. dah lama x mandi laut. sekali tu pergi laut x mandi. sebab period. then lagi sekali pergi, x bawak baju pulak. lama2 aku dah malas nak mandi laut. lagipun melekit2 lah mandi laut.

tapi kali ni aku berjalan straight masuk air. dengan tshirt, selendang dan jeans. aku dah masuk dalam laut paras pinggang. ada something cucuk2 betis aku. aku raba2, rupa2nya obor2.

aku angkat obor2 hingga paras dada. tiba2 langit gelap. dah malam. aku pun lepaskan semula obor2 masuk dalam laut. dan obor2 tu jadi warna ungu.

banyak lagi obor2 lain kat dalam laut tu rupanya. ada warna biru, merah dan oren. cantik sangat. macam kelip2 kat pokok.

aku cepat2 kejar obor2 warna ungu tadi. berlari aku dalam laut. ntah kenapa aku x berenang. tapi obor2 tu cepat sangat lari. kaki aku dah x mampu nak bergerak. dah krem.

rupa2nya ada seorang lelaki dah datang cucuk peha aku dengan lembing. kejap. aku kenal lelaki ni. macam selalu nampak. aku tenung lelaki tu dalam2. dan makin dalam lelaki tu tekan lembing ke peha aku.

aku menjerit. sedar2 aku terbaring dalam bilik dan masih menjerit. baru aku perasan. lelaki tadi lelaki yang sama muncul dalam setiap mimpi aku baru2 ni. selalu cuba untuk sakitkan aku. tapi aku x kenal lelaki tu.

lepas ni xnak tidur dah! damn u Mr whatever-in-my Dream.

jeanne : where do u live?
johnny : i live in this moment.

Thursday, November 4, 2010

soul-less

i cant be perfect.

and im afraid i cant change.

i know im wrong.

but i'll try to change things to be better.

at least better than myself.

because i'll never be perfect.

perfect for u.

Tuesday, November 2, 2010

korek otak keluar ikut hidung. woah~!

kadang2 kita xtau apa yang dalam otak kita sampai la ada orang push untuk keluarkan. contoh paling baik ialah brainstorming.

tapi bila2 ada projek or kena jawab soalan susah2 baru la nak buat brainstorming. tu pun still ada yang malas nak fikir. or maybe ada jugak yang xnak orang tau apa ada dalam lipatan otak dia.

secara tidak langsung, setiap hari sebenarnya kita brainstorming. bukan dalam group discussion. tapi dalam perbualan kasual.

sometimes kita x tau apa sebenarnya motif kita buat sesuatu benda. contoh macam sorang budak baling batu kat pasu bunga mak dia. tapi dia pun xtau kenapa dia buat macam tu. bila mak dia paksa2 suruh dia mengaku, baru lah dia cakap "sebab mak lagi sayang bunga tu dari saya".

macam aku jugak. aku pun kadang2 x tau kenapa aku malas nak gi tido. selalunya aku akan fikir "sebab macam lagi best tengok movie". tapi lepas cakap dengan kk, baru aku sedar.

kk : awak x tido lagi ke?
aku : dah tadi. kejap je ah.
kk : lah. nape x tido lame2?
aku : sebab bila tido je mimpi bukan2.

see? senang je mengaku kalau ada orang korek otak kita. well, i hate it. sebab orang senang nak tau apa yang aku tengah fikir. rasa macam privasi diri terganggu. heh.

jangan lah korek otak aku!

perkataan bold merah2 tu saje je buat.
macam cool~

rasakan!

pagi ni pagi yang sejuk. sejuk sampai membekukan jari jemari.

aku selak langsir. masih gelap.

aku tengok hp. kabur. eh? bukan aku tidur dengan lens ke?

kelam kabut berlari ke cermin. dan tarik keluar lens yang tersekat di kelopak mata.

sekarang mata sakit. air mata mengalir non stop.

dan perut lapar. mula teringin nak makan macam2 sampai loya sendiri.

owh. hebatnya penangan kau, lollipop.

bebas tanpa lollipop selama 12 jam.

tak nak!

aku xtau nape aku buat entry ni. but, cool images though.











Monday, November 1, 2010

hye, november

bulan november. dulu aku suka sangat bulan november. sebab ni bulan aku. kadang2 datang bulan. tapi selalunya 17 november nanti aku sambut birthday ah.

tapi tahun ni mana sama dengan yang dulu. aku bukan suka ada birthday party or surprise2. tapi orang buat jugak. dan aku ingat semua party or surprise yang orang buat untuk aku. especially kalau mak aku yang buat.

so tahun ni. i dont expect anything. sebab orang yang suka buat surprise dah xkan buat surprise lagi untuk aku.

well, i miss u =)

silau silauan

malam ni banyak lampu!! silau!!

jalan raya banyak lampu. lampu jalan. lampu kereta. tiang lampu. even tiang yang xde lampu pun macam silau.

owh. 7e pun silau.

sekarang screen lappy lak silau.

xpe lah. tengok movie x silau =D