Showing posts with label encik mimpi. Show all posts
Showing posts with label encik mimpi. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

budak yang asyik muncul dalam mimpi aku sekarang adalah Encik Mimpi kah?

aku berdiri di atas bangunan yang paling tinggi di New York. betul2 menghadap ke sebuah hospital kanak2. seorang kanak2 sakit mental nampak aku ingin bunuh diri lalu dia berlari ke bangunan yang paling tinggi tu.

dalam sekelip mata je dia dah tarik tangan aku jatuh ke lantai. dengan pisau di tangannya, dia menikam tangan kanan aku supaya melekat dengan lantai.

aku x menjerit. tapi aku berterima kasih kepadanya sebab selamatkan aku.

tiba2 datang seorang perempuan berkebaya nyonya menarik keluar pisau di tangan aku dan bergaduh dengan kanak2 tu.

dengan pelbagai aksi2 pergaduhan yang kita boleh tonton hanya dalam movie, aku berdiri semula di hujung bangunan untuk membunuh diri.

kanak2 tersebut masih mahu cuba menghalang aku tapi gadis berkebaya nyonya tadi masih membelasahnya dengan teruk.

sejurus sebelum aku melangkah ke udara, aku nampak kelibat kanak2 tu melayang ke arah aku dan terus terjunam ke bawah. ntah macam mana, aku sempat menyambut tangannya dengan tangan kanan aku.

"kau lepaskan budak tu. budak tu cuba bunuh kau"
"tapi tadi dia selamatkan aku. sekarang aku akan selamatkan dia"
"bodoh"

gadis berkebaya nyonya terus meyakinkan aku bahawa kanak2 tu cuba bunuh aku. sementara tu kanak2 tersebut menggores2 tapak tangan aku dengan pisau lipat.

aku nampak darah banyak menitik2 ke muka kanak2 tu. lalu aku lepaskan tangan kanak2 tu.

"aku terpaksa bunuh kau. maaf"

Monday, November 8, 2010

surat kepada alam sana

kehadapan encik mimpi.

tadi aku mimpi kau lagi. dalam waktu yang singkat. dalam kereta pulak tu. pandai kau eh pancing aku supaya tido.

kali ni kau kejar aku kat taman permainan rumah nenek aku dulu. kat gombak. aku pernah suka taman permainan tu. tapi sebab kau ada, aku x suka dah.

aku terjatuh dalam tong air. kau tolong aku keluar dari tong air tu. wah. baik betul kau. aku betul2 ingat kali ni kau xkan sakitkan aku lagi.

ternyata sangkaan aku meleset. kau genggam pergelangan tangan aku kuat2. sambil mulut kau macam nak cakap something. "aku....nak kau..." kau kata sambil merenung tajam kearah aku.

aku try fokus pada apa yang kau nak cakap. tapi genggaman kau terlalu kuat. aku x tahan.

lalu aku terbangun. dan syukurlah bukan aku yang memandu masa tu.

kau nak cakap apa sebenarnya? aku nak tau sangat. tapi lain kali tolonglah jangan sakitkan mana2 bahagian badan aku.

haish.

dari aku,
wannsusahnaktido

Sunday, November 7, 2010

zuma deluxe

semenjak dua menjak ni aku jarang tido lama2. paling lama setakat ni 3 jam je ah. ke 4 jam? lebih kurang ah tu.

so, aku takut aku kena insomnia. sebab aku ade sikit2 ah simtom insomnia. siap google tau x. keries gile ah.

and paling teruk pagi ni. aku tau aku tengah drive. tapi aku x tau aku perlu buat ape. as if aku sedang auto pilot. aku bukan takut aku kena penyakit pelik2 ni. tapi aku takut kang aku eksiden dan melibatkan orang lain.

pastu kadang2 aku xtau aku tido ke x. i mean, aku baring dan pejam mata. tapi setiap kali tengok jam kat hp mesti baru je seminit dua aku lelap. padahal masa tu aku dah rasa macam tido lama.

tapi at least aku tau la aku mimpi ke x. sebab kalau mimpi je, encik mimpi bangangnakmatiasyiknakbunuhaku tu mesti ada. confirm dia tu wujud dalam alam mimpi je sebab aku try gak google muka dia. tapi x jumpa.

a ah. kadang2 kalau google "encik mimpi" memang jumpa pun.

hahahahaha.