Sunday, March 17, 2013

Untuk para pengkritik

Sebagai umat Islam, kita wajib saling menegur perbuatan yang salah kerana itu adalah tugas kita. Kita dah belajar pun benda ni masa sekolah dulu. Adab-adab menegur.

Tapi masalahnya, bila anak Mak Bedah tu pakai mini skirt, "Kau apahal pakai mini skirt?! Nak masuk neraka?!". Tapi bila artis pakai mini skirt, "Alaa comel je dia pakai baju tu ala ala ala macam pwincess!".

Tak adil namanya tu!

Aku selalu tengok, kalau artis yang seksi, orang tak ambil peduli. Bila ada yang menegur, ehh ada pulak yang back up. Banyak dah tau artis pakai seksi di majlis anugerah dan majalah.









Nampak kan? Kalau tutup muka, rasa meluat sebab kita tak kenal siapa dia tu. Lain lah kalau artis, takpe. Dia pakai bikini pun cantik.

Oh aku pernah tulis dulu pasal ada kes budak-budak cantik nak pakai seksi, takpe. Bestfriend lagi! Tapi bila ada budak berisi, kurang cantik pakai seksi sikit, terus hina dia. Kenapa macam tu? Hal sedemikian masih berterusan sehingga sekarang.

Lihat sekeliling anda. Waima aku sendiri pun jelek memandang orang seksi tapi wajahnya ke laut. Memang sudah lumrah kita. Tapi kenapa bila tiba nak menegur, kita tegur yang orang tak cantik sahaja? Yang cantik tu, biarkan sebab kena dengan gayanya? Begitu?

Bila nak menegur tu pun, jangan lah terus menghina. Malah, kalau kau tegur orang tu depan masyarakat pun tak boleh, sebenarnya. Sebaliknya, buat secara privasi, call, mesej, borak berdua. Bukan terang-terang tegur dia di ruang komen instagram, contohnya. Itu membuka aib, namanya.

Bahan teguran pun tidak boleh kasar. Tegur secara halus. Contoh, "Tak cantik lah awak pakai mini skirt. Sebab peha awak ada selulit. Lutut awak hitam. Bulu awak tebal. Cuba panjangkan sikit skirt tu. Takde la nampak flaw."

Ustazah aku dulu pun nak suruh orang pakai tudung, dia cakap, "Kalau kamu pakai tudung, orang tak nampak lah kalau kamu ada kutu."

Ha yang ditegur tu pun ada adabnya. Jangan ingat kau terlepas! Bila menerima teguran, jangan cepat melenting. Biar pun dia tegur dengan kasar. Kau kena ingat, bila orang tegur, maknanya ada lah salah yang kau dah buat. Masakan pokok bergoyang jika angin tiada yang meniup, betul?

Dah tu awak tu pun, yang nak ikut sangat gaya Barat dedah sana sini tu, kenapa? Bukan budaya kita orang Asia mendedahkan bahagian tubuh. Tahu tak? Orang Barat tu bukannya bagus sangat yang nak diikut gaya hidup mereka tu. Berak pun duduk. Bagus ke?

Sebaliknya, senyum dan ucap terima kasih. Nak terima atau tidak, terpulang. Cuma aku cukup tak suka bila orang free hair ni bila ditanya kenapa tak bertudung, dijawabnya "Belum dapat hidayah". Tentang itu, nanti kita bincang di lain masa. Kalau tak sabar, tinggalkan hujah di ruang komen. Heee.










Tidak semua manusia sempurna. Tugas kita di muka bumi sementara masih hidup ni, bantu sesama manusia. Tak rugi.

4 comments:

Acid said...

+1

kalo aku. orang yang direct tegur individu secara terbuka ni, niat dia bukan nak tegur. lebih kepada nak menunjuk yang ilmu dia tu tinggi. yang dia betul orang tu salah.

wann afzan™ said...

Saya setuju dengan saudara Acid.

mikhaelahmad said...

Awek hot tu, biar la dia.

wann afzan™ said...

Takleh la sebab aku dengki aku tak hot. Ha camtu la. Kah kah kah.