Aku ada rama-rama. Aku simpan dalam sangkar emas.
Kejam? Siapa? Aku? Tak. Aku tak kejam. Kadang-kadang aku lepaskan juga rama-rama itu terbang dalam rumah. Kadang-kadang aku biarkan sahaja ia terbang keluar. Menghirup udara kota.
Selalu juga rama-rama tu terbang jauh. Tinggi ke langit biru. Tapi aku tak kesah. Menjelang senja, pulanglah ia ke sangkar emas itu.
Tapi aku risau. Takut kalau-kalau sang Helang menyambar rama-rama itu. Rama-rama aku.
Kalau rama-rama itu hilang, maka hilanglah juga punca hidup aku. Hidup sebagai si Penjaga Rama-rama.
Ketika saat itu tiba, kehidupan ini akan lenyap. Pupus dari mata dunia.
Kosong.