Biasa-biasa
1. Kalau sorang2, aku suka bukak tingkap, bukak lagu kuat2, nyanyi skali. Lagi2 bila jalan jammed.
Cerita berkait:
Macam biasa aku sing along dengan lagu yang dipasang kuat. Tengah berhenti kat lampu merah. Abang motor sebelah pandang. Aku pandang dia, aku jerit "SING ALONG EVERYBODY!" dan kami berdua nyanyi sama2.
Tulisan senget2 biasanya kisah x benar.
2. Troll orang kat opposite way. Bagi beam dua tiga kali. Nanti mesti orang belah sana kelam kabut pakai seatbelt pastu memandu dengan berhemah.
3. Kalau bawak orang yang senang kena tipu, tengah memandu dengan aman damai, aku akan tarik seatbelt dengan laju. Nanti diorang kelam kabut pakai seatbelt gak.
Cerita berkait:
(situasi : aku dah pakai seatbelt, bawak KK)
Aku : KK, awak ada RM300 x?
KK : Kenapa?
Aku : Kalau kena saman nanti sebab awak x pakai seatbelt, at least saya tau awak ada duit nak bayar.
KK : (dengan segera pakai seatbelt)
4. Check cermin pandang belakang berkali2. Kadang2 x check langsung.
5. Lupa on lampu masa drive malam2.
5. Lupa on lampu masa drive malam2.
6. Tweet bila tiba2 datang idea nak menuit. Keadaan begini biasa berlaku bilamana idea yang dituit jarang2 sekali berkunjung tiba ketika x memandu.
Emo
1. Bawak kereta laju2 sambil bukak lagu kuat2 x kesah di jalanraya, jalan kampung mahupun di kawasan perumahan.
2. Bila orang belakang cucuk rapat sambil bagi beam padahal dia boleh memotong dengan sopan, aku akan bawak super slow jenis x tekan minyak langsung, brek sikit2 nak bagi dia panas sambil bagi line supaya dia boleh memotong dengan aman. Sharp2 je dia dah depan aku, aku terus cucuk sambil bagi beam, macam yang dia buat kat aku.
3. Kadang2 aku akan bawak super slow. Keadaan begini di-apply bila mata penuh dengan airmata. Kalau bawak laju2, macam mana nak fokus kat jalan pulak bila mata dah blur.