Sunday, November 28, 2010

ramai dah sepupu aku kawen. kakak aku bila ntah.

2-3 hari lepas aku kat teluk intan. kazen aku kawen. die ni kawen kena buat kenduri tok nenek dulu. sebab die anak laki kepada anak bongsu lelaki kepada nenek aku. x paham kan? hahahahaha...

lepas buat kenduri tok nenek baru ah kenduri die ni berjalan lancar. kalau x, sebelum tu kelam kabut semua orang.

sepanjang wedding tu, aku ditugaskan jadi doorgift girl. doorgift girl ni budak yang kena bagi buah tangan kat tetamu2. macam gadis bunga telur gak ah. tapi aku, budak hadiah pintu. bezanya, aku kena bagi bahulu.

habis sakit2 badan aku sepanjang kat kampung. mase wedding tu keje aku berdiri, senyum, hulur bahulu je. mase lain2, keje aku bergusti, kena tindih, kena pijak, menindih dan memijak. pastu ade bunyi budak nangis. aku la yang buat tu. hahahahaha..

anak sepupu aku macam bertambah ramai lak. yang baby2 tu confirm ah ade. yang dah besar 4 tahun pun nak wrestling gak ngan aku. aku layan je lahh.

kadang2 kena babysit baby. baby senang sikit. bila merengek, dodoi. nak susu, suap botol susu. nangis lagi, dokong je bawak jalan sekitar umah. pastu dodoi bagi tido balik.

ni kalau kena babysit budak dah besar2, kena ah layan diorang main. main dalam hujan pun ade. huarghhhh..sampai demam2.

last night aku kat kampung, selsema teruk terus. budak2 semua x main dengan aku dah. bagus!

tapi, malam tu aku tersedar dalam kul 3-4 pagi camtu, ade baby dah sebelah aku. kazen aku letak situ. huhu..nasib baik x tertindih...

so, aku tido memang x lena. sekarang still sakit badan, ngantuk, selsema.

Tuesday, November 23, 2010

kemas2

rasa macam dah lama sangat x balik rumah. jadi sekarang ni aku banyak habiskan masa bersama sabun basuh baju, sabun mop lantai, sabun basuh pinggan, span basuh pinggan, mop, penyapu dan baju2 yang perlu dibasuh, disidai dan dilipat.

sebabnya, kadang2 rumah nampak x terurus. kakak aku terlalu sibuk, barangkali. aku dah duduk kat rumah pun, die tetap akan pulang ke rumah malam2. kalau balik petang pun, malam tu akan keluar lagi.

technically, aku dah jadi anak dara bila duduk rumah. dan makin kurus. sumpah x tipu!

tapi, bagus jugak. at least xde la bosan sangat aku balik rumah, ye dak? tu pun kadang2 kalau aku cepat sangat mengemas, pastu dah xde keje, boleh jadi gila aku fikir nak buat ape duduk rumah.

nak tengok movie kat lappy, semua dah tengok. nak tengok tv, xde selera. nak makan, ape ada?

kadang2 sambil fikir, boleh tertido walau dimana saja aku baring. kalau depan tv, sejuk la jugak. kalau kat bahagian depan kat pintu rumah tu, x ke berpeluh2 basah baju bila bangun?

lain kali aku kena rancang betul2 pengurusan kemas rumah.

update : kakak aku dah beli macam2 jenis makanan, beras dan juga air kotak. penuh peti ais. die tau x tinggal lagi 2-3 hari je aku duk kat rumah ni? ke die beli untuk diri sendiri? damn.

i could stay awake all night
just to watch u sleep

hidup x sampai 12 jam

8:36 pm (isnin)
"wan!! akak dah beli anak ikan!!"
"beli anak ikan lagi?"
"biar ah! comel!"
"bile pulak nak mati tu?"
"diam ah!"

6:50 am (selasa)
"waaaaaannnn!! anak ikan akak dah mati!!!!"

aku terus masuk toilet malas nak layan.

my heart stops when u look at me
the way u turn me on
i cant sleep

Monday, November 22, 2010

diary Sephia

aku turun dari kereta, mencari2 kelibat dia dalam gelap malam. janji nak jumpa pukul 8.45 malam.

dari jauh aku nampak objek kecil bercahaya merah bergerak2. aku tau tu dia. aku datang dekat.

bila aku makin dekat, dia campak objek kecil bercahaya merah tu ke tanah dan memijaknya sampai padam cahaya merah tu sambil tersenyum. lihat senyuman dia, aku turut senyum.

********************

aku jumpa dia sekejap. kemudian pulang. memang x puas. tapi dah janji nak jumpa lain kali.

tapi aku pulang membawa wangian dia. wangian Jimmy Hendrix.

p/s : ayat bersepah2. lantak ah. korang bukan paham pun =D

Friday, November 19, 2010

perfume

Sephia sedang tekun memilih perfume di sebuah shopping complex. kalau nak diikutkan, shopping complex tu xlah secomplex pemilihan perfume. pemilihan perfume kena lah perfek.

penjaga perfume kat situ pun dah malas nak sembur tester ke sekeping kertas putih nipis untuk Sephia bau. penjaga tu dah fed up. beliau terus ke kaunter bra di sebelah untuk bergosip. lebih mudah. x complex.

selepas sejam, Sephia masih berdiri di tempat yang sama. masih mencari2 bau yang perfek. dari jenama Hugo Boss, Calvin Klein ke Paris Hilton. semuanya x menepati citarasa Sephia.

Sephia putus asa. baru je nak berlalu pergi, mata Sephia tertangkap pada botol tertulis "Jimmy Hendrix". Sephia melambai2 tangan pada penjaga tadi. dengan malasnya penjaga tu bergerak dan mengambil botol yang ditunjukkan oleh Sephia.

Sephia x perlukan tester untuk bau perfume Jimmy Hendrix. dari luar botol lagi Sephia dah bau. akhirnya Sephia tersenyum.

bau yang perfek.

skyline?

1:21 pm
"wan, aku nak lepak dengan kau malam ni leh? sok pagi aku nak gi homestay dah"

"means kau nak lepak umah aku?"

"yelah"

"ok. kau dtg bts. aku amik kau. then sok pg aku hntr blk bangi"

then aku dah kumpul macam2 plan dalam otak aku. otw gi amik beliau kat bts, leh makan lolly. otw pulang ke rumah dari bts juge boleh makan lolly. esoknye otw ke bangi, lolly lagi. begitu juge ketika lepak di bangi. lolly sampai lebam. rasenye dah bertahun2 aku x makan lolly.

then boleh ah aku tunjuk skill pelbagai resepi roti aku kat beliau sepanjang beliau menetap kat umah aku. peh. style gak otak aku berfikir.

hari ni aku ke jusco. sambil2 tu ade gak terfikir nak makan lolly. tapi aku tahan je. sebab mengenangkan bakal pekena lolly malam ni. dan juge esok.

kadang2 ade jugak aku intai2 kedai mane2 yang ade jual lolly mint kegemaran aku. tapi aku tahan je. seksa doh tahan nafsu macam tu.

7:30 pm
"kau dah naik tren lom?"

"belom!!! sory lambat!!"

"xpe. dah naik tren gitau ah"

8:30 pm
"wan!!! aku rase x jadi ah!! sory weh sory!!!"

"laaaahhhhh.... xpe ah!!"

"gi ah tengok skyline. best!!! ade orang sedut orang!!"

"xnak!!!!!!"

pehal ntah suro aku tengok skyline. aku nak tengok dengan sape? boleh je nak tengok sorang. tapi kalau cite tu x best, nak mencarut dengan sape?

aku memang x into sangat duk umah ni.

ntah bila demam aku nak kebah.

Thursday, November 18, 2010

asyik hujan je

makan hotdog steamed.

dah.

minum green tea.

dah.

dengar lagu kuat2.

dah.

muntah.

dah.

minum kopi.

dah.

ok. sekarang nak buat ape?

=D


been there?

orang lain tulis, aku nak jugak!


sempena raya ni, kena la letak muka raya sikit ye dak?

ni entry raya haji.

seingat aku, aku x pernah sambut raya haji. seingat aku la. in fact, aku x pernah pun balik rumah time raya haji. aku akan duduk je kat hostel. orang lain balik rumah. aku bajet macam rumah jauh sangat je sampai x balik untuk raya haji. tapi, raya haji je kot.

tapi tahun ni aku balik rumah. sebab ukm dah cuti 4 hari sebelum raya haji. so, kakak aku dengan gembiranya angkut aku pergi raya rumah abg long aku kat puchong.

sampai2 je, aku terus makan. kebulur kot. pastu kawan2 abg long aku datang. sembang2 jap, aku terus masuk bilik abg long, tido. aku sedar makin ramai tetamu kat luar. tapi aku gagahkan jugak diri untuk tido. hahahaha..x senonoh kan?

dah petang camtu, aku terbangun sebab panas sangat. peluh2 aku dibuatnye. tengok2 kawan abg long aku dah balik semua. tinggal kitorang je. pastu lepas siap2, kitorang terus gerak gi kuala selangor untuk sauna.

kalau time travel tu macam biase ah. abg long aku akan mengunyah je pape yang ade dalam kereta die. kurma, die telan. kerepek mende ntah, die telan gak. chewing gum je die x telan. pastu x sah kalau die x sumbat minyak cap kapak dalam hidung die. kalau xde minyak cap kapak, mesti die bising ngantuk lah, pening lah, silau lah. sumbat je minyak cap kapak, setel.

abg zul pulak masuk kereta, die banyak diam. tengok je luar. sedar2 dah tido dah pun. singgah mane2 petrol station, die turun, beli red bull, minum sorang2. pastu masuk kereta balik, diam je tengok luar.

kakak aku, xleh diam langsung. bercakap je kejenye. cite macam2. kalau part die membebel yang x tahan. even lembu melintas pun die akan membebel panjang2. lembu tu salah, penternak lembu tu salah, penduduk kampung yang kenal lembu tu pun salah. time die senyap mase die tido je. tu pun kalau die tido.

pastu ade benda lawak kakak aku cakap tadi. kitorang stop kat petronas. pastu die balik2 dari toilet, die bebel

"tadi orang dah flush. pastu taik tu xnak pergi"

aku gelak je sepanjang jalan. aku x larat nak cakap pape dah. pastu aku bukak tingkap luas2 nak amik angin. pastu kakak aku bebel lagi

"jangan ah bukak tingkap kuat2. sejuk"

kakak aku punye ayat kadang2 leh tahan pening gak. hahahahaha

er..tu je lah entry raya haji aku. bosan kan? pastu penat. aku pun x sure pe yang penat sangat. haihhh


aku rasa ni pinggan ketiga.


dua budak bolat!


jubah abg long bagi!!


muka puas lepas sauna

Wednesday, November 17, 2010

an awesome person was born today 20 years ago

aku rasa sekarang aku xleh ah kalau ade orang cucuk2 belakang keta aku. mesti aku agak gelabah. ok, sangat gelabah.

lagi2 kalau malam. dengan lampu lagi, siap cucuk rapat baaaaiiikkk punye, confirm aku gelabah sampai peluh2.

macam hari ni. dua kali kena cucuk, dua kali terlepas simpang. sebab pe? sebab tengah fokus kat keta yang cucuk belakang aku.

mula2 teksi yang cucuk. then terlepas simpang. fine ah. aku bagi die potong dulu. pastu lori balak pulak cucuk aku. yang tu memang xleh nak buat ape ah weh. kalau terlepas simpang, pastu kalau aku brek tibe2 untuk masuk jugak simpang tu, memang selamat dunia akhirat ah aku lepas tu.

nak kate aku bawak slow sangat, x jugak. haihh.. lepas ni kena bawak laju sikit tapi sopan santun.

owh, baru pulang ke rumah. sampai2 rumah, tengok tv. pastu tiba2 gelap. tertido dah depan tv. rumah aku suka serap energy aku. nak basuh baju pun x larat.

*sigh*

"it's your birthday, so tell me what you want to"
"it's my birthday, i really wanna get with you"