Thursday, November 18, 2010

orang lain tulis, aku nak jugak!


sempena raya ni, kena la letak muka raya sikit ye dak?

ni entry raya haji.

seingat aku, aku x pernah sambut raya haji. seingat aku la. in fact, aku x pernah pun balik rumah time raya haji. aku akan duduk je kat hostel. orang lain balik rumah. aku bajet macam rumah jauh sangat je sampai x balik untuk raya haji. tapi, raya haji je kot.

tapi tahun ni aku balik rumah. sebab ukm dah cuti 4 hari sebelum raya haji. so, kakak aku dengan gembiranya angkut aku pergi raya rumah abg long aku kat puchong.

sampai2 je, aku terus makan. kebulur kot. pastu kawan2 abg long aku datang. sembang2 jap, aku terus masuk bilik abg long, tido. aku sedar makin ramai tetamu kat luar. tapi aku gagahkan jugak diri untuk tido. hahahaha..x senonoh kan?

dah petang camtu, aku terbangun sebab panas sangat. peluh2 aku dibuatnye. tengok2 kawan abg long aku dah balik semua. tinggal kitorang je. pastu lepas siap2, kitorang terus gerak gi kuala selangor untuk sauna.

kalau time travel tu macam biase ah. abg long aku akan mengunyah je pape yang ade dalam kereta die. kurma, die telan. kerepek mende ntah, die telan gak. chewing gum je die x telan. pastu x sah kalau die x sumbat minyak cap kapak dalam hidung die. kalau xde minyak cap kapak, mesti die bising ngantuk lah, pening lah, silau lah. sumbat je minyak cap kapak, setel.

abg zul pulak masuk kereta, die banyak diam. tengok je luar. sedar2 dah tido dah pun. singgah mane2 petrol station, die turun, beli red bull, minum sorang2. pastu masuk kereta balik, diam je tengok luar.

kakak aku, xleh diam langsung. bercakap je kejenye. cite macam2. kalau part die membebel yang x tahan. even lembu melintas pun die akan membebel panjang2. lembu tu salah, penternak lembu tu salah, penduduk kampung yang kenal lembu tu pun salah. time die senyap mase die tido je. tu pun kalau die tido.

pastu ade benda lawak kakak aku cakap tadi. kitorang stop kat petronas. pastu die balik2 dari toilet, die bebel

"tadi orang dah flush. pastu taik tu xnak pergi"

aku gelak je sepanjang jalan. aku x larat nak cakap pape dah. pastu aku bukak tingkap luas2 nak amik angin. pastu kakak aku bebel lagi

"jangan ah bukak tingkap kuat2. sejuk"

kakak aku punye ayat kadang2 leh tahan pening gak. hahahahaha

er..tu je lah entry raya haji aku. bosan kan? pastu penat. aku pun x sure pe yang penat sangat. haihhh


aku rasa ni pinggan ketiga.


dua budak bolat!


jubah abg long bagi!!


muka puas lepas sauna

2 comments:

HDS voice said...

taik xnk pergi~~~ haha..
(gelak guling2~)

wann afzan™ said...

kn? hahahaha..pastu die gelabah sbb ade makcik tu masuk toilet tu jgk. die terus nyorok dlm keta sbb taik die xnk pegi. hahahahahahahaha