Monday, August 30, 2010

Nazim dan Nizam

Nazim dengan Nizam remaja yang beruntung. dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. ayah pegawai bank. dan mak supervisor sebuah syarikat telekomunikasi. apa2 yang Nazim dan Nizam nak, mesti dapat.

sejak kecil Nazim dan Nizam dididik oleh nenek sebelah mak. sebab mak dan ayah terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga kecil itu. alhamdulillah, Nazim dan Nizam membesar dengan sempurna walaupun kurang perhatian mak dan ayah.

Nazim dan Nizam dihantar masuk ke sekolah tentera untuk mendapat pembelajaran yang berkualiti dan khas. jadi, semakin kuranglah Nazim dan Nizam berjumpa mak dan ayah. kadang2 nenek sahaja yang datang menjenguk.

Nazim dan Nizam tidak sedar akan pergolakan keluarga sehingga mereka mengambil PMR. ayah telah pergi meninggalkan rumah tanpa sebarang alasan kukuh. namun, Nazim dan Nizam terus tabah dan gigih belajar.

5 tahun berlalu, kini Nazim dan Nizam melanjutkan pelajaran ke luar negeri. mak menghantar mereka pergi dengan harapan mereka dapat membawa pulang kejayaan. sementara itu, mak masih bertungkus lumus mencari rezeki. ayah pula, tiada khabar berita.

ketika final exam di universiti, Nazim dan Nizam dikejutkan dengan berita kematian mak. sakit jantung. Nazim dan Nizam bergegas pulang ke kampung halaman untuk mengebumikan jenazah. ketika itulah baru nampak wajah ayah. lepas habis tahlil, ayah hilang semula. pergi tanpa meninggalkan walau sekeping syiling.

berkat ketekunan mak bekerja, Nazim dan Nizam masih mampu menyara hidup sendiri dengan duit peninggalan mak. mereka menghabiskan saki baki pelajaran di sana dan terus pulang ke Malaysia untuk berkhidmat dengan hospital tempatan dengan harapan dapat menyelamatkan nyawa. sebagai ganti nyawa mak.

raya tahun itu rasa lain sekali. tiap2 tahun mesti dirayakan di kampung dengan nenek dan mak. tapi tahun itu, mak tiada. Nazim dan Nizam menghubungi ayah. mahu beraya dengan ayah.

"ayah x dapat raya dengan Nazim dan Nizam. ayah ada hal."

pagi raya, Nazim dan Nizam temankan nenek ke masjid untuk sembahyang raya. selepas itu, mereka terus menuju ke kubur mak. bersihkan kubur mak. temankan mak sehingga senja.

Nazim dan Nizam memandu keluar dari perkarangan kubur. x perasan sebuah lori sedang memandu laju. terus melanggar sisi kenderaan.

tajuk depan Berita Harian
"Remaja Mati Dirempuh Lori"

raya yang sempurna.

Saturday, August 28, 2010

kalau keliru, sila guna shampoo

dulu hati aku keliru. serabut. serabai! sebab? sebab suka orang tu, dia ignore. suka orang ni, x reti nak confess. pastu xtau nak buat decision macam mana.

sekarang x keliru dah! because there will be no love. anymore. ever! maybe...

hati aku dah kosong. serius. tapi kalau ade orang dating2 depan aku, memang ah jeles. tapi malas nak couple dah!

aku memang x pernah main2 dalam hal ni.

Wednesday, August 25, 2010

some says one can eat popplars

dulu aku berjalan. kini aku berjalan lagi. berjalan dengan langkah yang besar. langkah yang laju. itu dipanggil berlari.

berlari mengejar sesuatu yang tak pasti. mengejar sesuatu yang tak mungkin akan tunggu aku.

mungkin di depan sana ada sinar matahari yang sedia untuk aku.

mungkin.

aku akan terus berlari.

kutip minah, kutip!

minah dengan ceria berjalan2 di jalan tar. boleh tengok baju. murah2. jimat pun jimat.

minah terpandang segulung kertas. e eh. RM1. minah pun kutip. rezeki!

jalan2 lagi. dongak2 tengok baju yang tergantung kat kedai2. hampir terlanggar pakcik kudung kaki. pakcik tu hulur tupperware hijau yang kosong. minah hulur RM1 tadi. xpe lah minah. rezeki pakcik kudung kaki tu.

jalan lagi. panas betul masa tu. padan muka kau. nak lagi keluar tengah2 hari rembang macam tu. tiba2 silau. bulat atas jalan. e eh. 50 sen. nak kutip ke x? kutip je lah!

berat dah kantung syiling minah. simpan dalam poket je lah. nanti masuk tabung.

owh, dahaga pulak minah. minah singgah gerai jual keropok lekor. ade air jugak. minah pilih air kaler ungu. macam best je.

"RM1.50, dik"

minah amik RM1 dalam beg duit. damn. kantung syiling tadi terlalu jauh dalam beg galas. minah seluk poket. ah. duit 50sen tadi. boleh gak ah.

sambil minum air, minah jalan2 lagi. bosan pulak jalan sorang2. xpe lah. lepas beli 2 3 helai baju, balik ah.

minah masuk Kedai Pakaian Hari2. minah terpandang sehelai baju kaler turqoise. cantik! minah terus campak air dalam tong sampah, grab baju tu, terus lari masuk fitting room.

lepas sarung baju turqoise tu, minah terus teruja. cantik! memang minah confirm beli! ok, minah nak pergi pilih baju lagi.

baru je bukak baju turqoise tu, minah terpandang kertas merah atas lantai. RM10. damn. nasib minah sangat baik. tapi minah x berani nak kutip. sebab besar sangat.

masa minah pegang pintu nak keluar, minah pandang lagi duit tu. kutip je lah!

minah pergi pilih2 baju lagi. tiba2 minah dengar ade orang kecoh2. owh, budak sekolah rupanya. kecoh.

"tadi aku rasa duit aku banyak weh. tercicir la agaknye ni mase tengah try seluar! matilah aku. mane ade duit nak balik"

minah pandang budak tu, hulur RM10 tadi.

"ni duit awak?"

budak tu angguk, senyum.

minah blah dari kedai tu tanpa singgah ke kaunter. sebab minah xde mood nak beli baju. baju turqoise minah campak balik kat tempat yang minah amik.

minah terus balik ke rumah.

Monday, August 23, 2010

wahai gadis

wahai gadis berbibir merah. hidup kau terlalu mudah. hidup kau terlalu ceria. hidup kau terlalu bergelumang dengan dosa.

wahai gadis berbibir merah. bagi kau cinta boleh dijual beli. boleh diambil dan diberi kepada sape2 saje.

wahai gadis berbibir merah. sedarlah. marilah kembali ke realiti.

*aku xtau pehal aku nak post entry ni. ayat2 ni asyik terngiang2 dalam otak aku. baik aku tulis.*

waktu dulu

aku rindu time riang kanak2.

aku rindu time ade orang care pasal aku.

aku rindu time aku ambil berat tentang seseorang.

aku rindu time yang aku x serabut2 fikir pasal benda2 ni.

aku rindu masa lalu.

Thursday, August 19, 2010

hujan

hujan yang kat luar tu nampak. hujan dalam hati, sape yang tau?

a ah. esok semua perlukan aku. bila aku perlukan semua, aku dapat x? nanti orang kata aku selfish.

ntah. terima kasih, kawan.

*ni bukan menganjing.*

Wednesday, August 18, 2010

lepas lah!

malam tadi lepak. walaupun aku tau aku kena siapkan assignment java. pastu terus sahur. pastu terus g putrajaya. pastu tengok matahari terbit. pastu balik, silau dengan matahari. then sakit kepala.

selama ni aku mencari matahari untuk panaskan aku. tapi tadi matahari silaukan aku, sakitkan kepala aku. then, aku cipta satu teori.

aku dah xkan tunggu Encik Matahari. yup, aku mau move on. sebab aku dah x mampu menahan sakit.

gila. boleh ke move on?

come on ah!

Monday, August 16, 2010

puasa dtg lg

hoh? dah 6 hari puasa baru nak post entry ni?? lembab ahh wann!!

er..sukati aku ahh!!
a
dulu mase kecik2, time puasa, aku sangat suka. sebab duduk dengan tok kat kampung. boleh main2 sampai penat. pastu tido. pastu bangun, buka, gi terawih. malam ngaji. aku x pernah miss terawih. full 20 rakaat setiap hari.

dah besar, terlalu bz untuk balik kampung. sebab selalu skolah cuti lambat. dah dekat2 raya baru cuti. then, dah jarang balik kampung. tapi aku happy gak.

mak aku bz kerja. jarang jumpa kat rumah siang2. tapi kalau time buka, dia akan try jugak balik untuk buka ngan kitorang. pastu dia slalu bawak kitorang gi buka kat mana2 hotel. ye, kitorang x pernah buka simple2.

kitorang bukan orang senang. tapi mak aku nak spend time and manjakan kitorang dengan cara tu. bagi aku, asalkan dapat buka sama2 pun dah cukup. tapi, cara masing2 tunjukkan kasih sayang tu lain.

even 1st day puasa pun, kalau aku bukan kat rumah, mak aku akan struggle datang kat aku untuk buka sekali. at least kalau x dapat, dia akan try sahur dengan aku. 1st day puasa. sebab semua tu penting bagi dia. dan bagi aku jugak.

then sahur. walaupun die tau aku x suka makan time sahur, dia akan tunggu and kejut gak aku supaya bangun sahur. dulu dia rajin masak lauk2. lama2 makan benda2 segera je lah. hahah..tapi bagi aku, benda tu best. sebab dia nak jugak aku bangun, and sahur sekali.

lepas sahur, masing2 pegang air bancuhan lain2. sebab mak and kakak suka minum ais pastu air pe ntah. aku je teh o panas tiap2 hari. pastu sembang2 depan tv. owh, mak and kakak je la yang sembang2. aku tengok tv.

walaupun macam tu, aku suka gak. sebab at least subuh2 tu x sunyi rumah. dengar diorang sembang pun dah cukup.

tapi tu dulu.

balik hari tu, kakak aku beriya2 masak walaupun aku xtau dia masak pe. tapi sedap. pastu berbuka dua orang. sunyi.

sahur dekat bangsar. tu pun stakat nak sembang2 je dengan abang angkat aku. belum pukul 3 pun lagi. so, aku x konsider sangat time tu sahur. pastu balik umah, kitorang terus tido. sunyi lagi.

before aku balik ukm, kakak bekalkan nasi dengan kari ikan untuk sahur. thanks kakak.

sebab tu aku x suka balik umah. sunyi. tapi weekend ni nak balik kampung. jenguk mak. haihh..rindu pulak =)