Wednesday, March 31, 2010

biawak itu telah membuka mataku

pagi ini sangat kabur bagiku...sms dari mai kubaca terpisat2 dengan mata yang suku terbuka...kelas berlalu pergi begitu saja dengan aku masih di atas katil...sekali lagi...

mai yang begitu kenal dengan diriku pergi tergesa2 mengejar bas kerana takut terlambat untuk presentation...maaf, mai...aku x berdaya mahu memandu dengan keadaan sebegitu rupa...

sony ericsson ku bergetar lagi...kali ni panggilan pula dari mai..niatnya murni, mahu mengejutku bangun dari mimpi indah...aku terbangun dengan kepala yang senget..oh, leher tergeliat...mungkin salah diriku yang menyokong abg nas yang asyik mengata abg pali tentang dirinya yang panjang (dan juga tentang leher tergeliat)...

setelah mengurut2 urat leher yang tegang, aku cuba baring dengan keadaan yang lebih selesa...tujuan sebenar adalah untuk melegakan leher, tapi apakan daya...aku tewas lagi dengan nafsu tidurku...

waktu sebenar aku terbangun adalah tepat jam 11 pagi...dan kelas seterusnya adalah pada jam 11 pagi...oh, aku terlambat lagi...lalu aku bergegas ke shower untuk menyegarkan diriku yang separuh waras...

aku bersiap dengan senyap tapi pantas supaya x mengejutkan rumateku yang sedang tidur nyenyak walaupun hp nye asyik berbunyi dari pagi tadi...aku berlari2 anak ke WNU ku yang sabar menunggu ku dari semalam...

setelah mengejutkan myviku dari tidur, aku mengemas2 sikit kereta itu dengan tujuan enjinnya cepat panas dan juga dapat menyegarkan sikit diriku ini...lalu jerry yang kebetulan parking kereta disitu pun menegurku...lantas aku pun membalas tegurannya dengan selamba...mungkin keselambaan aku tu menunjukkan betapa aku mamai...kerana dia berlalu pergi macam baru lepas kena marah dengan aku...
p/s : klu aku mamai, orang cakap muka aku moody and cakap dengan orang pun macam nak marah...

ok, di sini jelas lah bahawa mamaiku masih belum hilang...tanpa melengahkan masa, aku terus memecut laju ke kelas yang telah bermula 18 minit yang lalu...setibanya aku di persimpangan antara ke pk dan fpend, aku dikejutkan dengan lintasan skuad biawak yang kepalanya sipi2 saja dengan tayar myviku...wah!mata aku terus terbuka dan mengelaknya dengan cermat dan selamat...dan seperti biasa, biawak tersebut kelihatan masih melintas jalan seperti tiada apa yang telah berlaku disekelilingnya...

untuk pengetahuan semua, tiada yang cedera dalam cerita di atas...myviku juga dengan machonye membawaku ke fac dengan laju setelah aku sedar dari pagi yang penuh kemamaian...thanx biawak kerana telah menyedarkan aku....


gambar hiasan mengikut gambaran penulis

nota kaki kepada biawak : len kali nak lintas jalan tu, tengok ahh kiri kanan dulu bai!!!!!meh makan kaki!!!!

Monday, March 29, 2010

our story - Love Suicide

its our storyline...its our work...and it is very valuable...


after our play


some of us

directed by hazal...
original script by say o...
artistic director was nazrin...
the production managed by me...
and most importantly, our production crew : ijan, palie, kk, fatin, ismeth, zul, shira, daia, wawa and zayu..
played by arep, pod, leha and amir....


pod and arep in scene 5


arep and amir in scene 2


arep and leha in scene 4

although we only got 2nd place, but love suicide will always be our greatest production ever...

love suicide...we will never forget u..a great piece and nicely played by the four of them...and i dont have any regret of being a part of u...

for more information about us and Love Suicide, please visit DOT

Monday, March 15, 2010

x sengaje jadi begini...

hari bermula dengan biasa...kakak kejut, alih keta, niat nak tido semula tapi dimatikan sebab panas....then macam biase, hari diteruskan...basuh keta, ujan...nak alih keta, stering lock...ulang alik dari dalam umah ke kereta bermandi hujan hanya kerana xtau camne nak setelkan hal yang kecil tu....nak basuh baju, isi air dalam mesin, air melimpah sebab lupa nak tutup...memang wtf*ck...sebab pe?sebab dah 2 kali jadi camtu!hahahaha <- gelak pakse2....

macam biase jugak, kelam kabut nak pulang ke ukm...padahal dari hari jumaat dah tau, hari ahad petang dah nak balik ukm...nape masih kelam kabut pada masa yang telah ditetapkan awal2?typical me...

hari ditempuhi lagi dengan biase dengan banyak dibantu oleh kk dan mai...thanx to them, i managed to do things better today...bile dah terpisah, berkecamuk semula...terpisah dengan mai ketika sampai kdo...terpisah dengan kk ketika ke teater...

there, in kebud, semua emosi sudah lari...hanya orang yang berada dalam kebud saje yang tau apekah emosi yang sedang berlegar2...kami senyum, kami emo, kami marah, tapi kami masih boleh ketawa lagi...eh..ke aku je yang camtu?hahahaha..ntah ah..tadi hanya bersembang dengan kak leha...jadi, x berapa perasan dengan keadaan sekeliling...

well, whatever...hal dalam kebud tu not necessary to be stated here...yang penting, berusaha untuk icaf!!!yosh~!

and yes, my heart was broken today...and it will never heals...end~

Wednesday, March 3, 2010

air mata malam jumaat

Hari ni hari Khamis. Nak tak nak esok mesti hari Jumaat. Dan kalau dah hari Jumaat mesti dapat jumpa dia lagi. Rasa macam dah lama sangat tak jumpa dia . Dan dia pun asyik marah-marah saja sebab aku dah lama tak jumpa dia. Tapi, aku bukan sengaja tak nak jumpa dia, aku sibuk.
Namun seteruk manapun dia marah dengan aku, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Bila aku jumpa dia, aku mesti rasa nak peluk cium dia puas-puas dan tak mahu lepas. Tapi realitinya tak. Aku jumpa dia. Aku senyum. Sebab? Ego. Dalam telefon aku selalu cakap “Love you!! Muah muah!”. Tapi bila di depan, aku masih dengan gaya cool aku. Ego.
Namun sehebat manapun ego aku dengan dia, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Kawan-kawan aku selalu cakap, “Kau ni mesti manja dengan dia kan?”. Aku pula mesti jawab lepas tu, “Mana ada! Dia yang nak manjakan aku.” Ego lagi. Itulah dia. Bila bersama dengan dia aku jadi segan. Yelah, segan. Malu la nak manja-manja depan orang ramai, kawan-kawan dia dan aku. Malu la aku. Tapi dia tak pernah malu nak pegang tangan aku depan orang ramai. Dia tak pernah malu nak betulkan tudung aku depan kawan-kawan dia. Aku terharu. Sebab aku sebenarnya suka dia manjakan aku walaupun aku dah biasa hidup dalam dunia ego yang dah tak perlu dimanjakan dia.
Namun sejauh mana sekalipun aku menafikan yang aku sangat menagihkan belaian dia, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Dia juga sangat suka belikan barang untuk aku. Baju, selendang, malah barang keperluan aku pun dia sanggup bayarkan untuk aku. Walaupun masa tu dah hujung bulan. Walaupun dompet dia pada masa tu lagi banyak partikel habuk dari not-not merah dan biru. Aku bukan tak pernah cakap nak beli sendiri benda-benda tu. Tapi dengan selamba dia suruh aku simpan duit, dia kata duit dia cukup untuk tampung aku. Yelah, duit aku pun pinjaman dari kerajaan. Memang aku kena berjimat. Tapi dia tak pernah macam tu dengan aku. Dia beli saja apa yang aku nak. Aku? Aku hanya mampu beli barang untuk dia pada hari-hari yang istimewa saja.
Namun walau sebanyak mana pun dia berbelanja untuk aku, aku sedar dia memang sayang gila dengan aku.
______________________________
Dan bila aku sibuk sampai tak ada masa nak jumpa dia, dia masih akan tanya aku, “Wann sihat? Dah makan?”. Aku tahu. Hakikatnya dia rindu dengan aku. Aku tahu. Sebab aku juga sangat sangat sangat sangat sangat rindu dengan dia. Maklumlah dah lama tak jumpa, telefon pun jarang. Kerap mesej saja. Rasa macam nak peluk cium dia kuat-kuat dan tak nak lepas sampai infiniti. Dan hakikatnya bila dah jumpa, aku jadi segan. Peluk sekadar pelepas rindu saja.
Namun walau macam mana pun aku layan dia, aku sedar dia sayang gila dengan aku.
______________________________
Hari khamis ni, aku pergi jumpa dia. Aku tak tahu dia sedar tak aku di sebelah dia. Dia sakit. Doktor cakap dia sakit tenat. Dia dah tak sedarkan diri masa tu. Masa tu aku dah tak peduli. Aku menangis. Sebab aku tak tahan. Dada aku sakit. Aku menangis. Sebab rasa kesal selama ni aku tak pernah sempat nak cakap kata sayang tu kat dia. Aku menangis. Sebab aku tak pernah biar dia rasa sayang aku kat dia. Aku kuatkan hati. Aku bisikkan semuanya di telinganya.
“Mak, aku sayang kamu. Aku rindu kamu. Dan aku pohon maaf di atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan padamu. Dan aku merelakan kau pergi.”
Memang. Memang aku rindu dia. Memang dada aku penuh dengan rasa kesal walau aku tau rasa kesal ni tak elok. Aku harap yang membaca dan pernah rasa akan faham perasaan ini.
Namun, walau macam mana sekalipun, aku nak dia tau yang aku juga sayang sayang sayang sayang sayang sayang sayang gila dengan dia.
Mak. Aku rindu sama kamu.

--> --> harhhari -->

Sunday, February 28, 2010

kk si tukang kasut

entry ni xde cerita yang serius pun...stakat nak merepek2 saje..huhu...semalam aku, kk dan adwa berjalan2 ke masjid india dan jalan tar untuk beli aksesori dinner..macam gelang...gelang....er...and gelang.....

sedang kitorang berjalan melalui orang ramai yang bersesak2, tbe2 kk berlari ke arah satu kedai...aku dan adwa terkejut lalu mengejar dia..rupa2nya dia nampak banyak button crocs terjual di situ....haihhh..buat terkejut orang je...

macam biase la..selalu kalau kk yang beria2 suka, last2 orang lain yang beli...amoi tu kate 6 button, rm10...so, aku and adwa dengan gembiranya memilih 3 button sorang sebab nak kongsi rm10 tu...dan kk, sekadar membantu kitorang memilih button2 tersebut...agak dah!hahahaha...

balik je bilik, aku terus beria2 nak pasang button2 tu kat crocs..pastu susah sangat nak masuk dan jari jemari aku pun dah merah2...at last, mintak tolong kk...keadaan ketika tu sangat seperti di kaki lima...dan aku terus menggelar beliau sebagai kk si tukang kasut (kkstk) ...sehmat, bukan?

setelah kami membasuh semua crocs yang telah kelihatan seperti belacan, baru laa aku perasan..rupa2nya banyak himpunan crocs di bilik ni...bercampur antara yang ori dan x ori...tapi kami bahagia...hahaha...sekian~


crocs kk yg paling banyak!


crocs rumet dengan buttons baru!!

Friday, February 26, 2010

keemoan terserlah..

ye...hari ni aku sangat emo...mula dari kelas tadi...assignment yang x siap sebab orang lain buat hal...group project yang nak kena hantar tiba2 tapi sebenarnye x siap lagi...then benda yang kitorang buat susah payah tidak diterima, tidak memuaskan dan perlu diperbaiki lagi...itu sangat down....

pasal hal project tu pulak terpaksa aku ulang alik dari fac ke kolej then ke fac semula...x termasuk lagi assignment yang kena buat pembetulan..bukan 1, tapi 3 assignment...wah...nasib baik group project..xde laa beban sangat..but still...

petang tadi xla emo sangat...just kuar beli barang dengan fatin and kak wawa..beli barang2 jualan untuk hakera...x emo pun..just aku penat dari segi mental...nasib baik diorang best..xde laa aku emo secara tiba2...tapi, sebab aku x dapat lelapkan mata, aku jadi sangat penat....

sampai kolej lak kul 8.40 malam setelah menempuh hujan dan kepenatan...meeting teater kul 9...so aku inform pengarah yang aku mungkin lambat sikit....then bila aku datang, baru 2 orang yang tiba...biase la tu...perkara selepas itu x perlu dituliskan di sini...hanya orang tertentu yang tau secara detail tentang apa yang berlaku...

dan apa yang berlaku ketika itu memang aku sangat sangat emo...even aku still terasa sehingga sekarang...aku akan try lupakan kejadian tu tapi mungkin ambil masa yang lama...sebab aku sangat bengang, terasa and sangat x berbaloi....rumet je laa jadi tempat luahan aku...thanx alot, kk....

disebabkan keserabutan yang mendadak dan bertimbun, aku terus menerima jemputan abg palie untuk melepaskan tensi di mapley...aku ajak rumet...rupa2nya abg palie ajak abg nas..so, on saje...asalkan orang yang menyakitkan hati aku hilang dari pandangan...asalkan aku kuar dari ukm seketika untuk melupakan rasa emosi itu....

namun, perasaan tu xkan hilang..sebab kini aku di ukm semula...perlahan2 perasaan tu semua datang memenuhi ruang ketenangan aku...aku cuba tenang...dan kat sini je la tempat aku luah...

sekarang aku amat busy...kerana aku yang membusykan diri...aku x mampu nak hadapi ruang2 kosong dalam kehidupan harian aku...sebab aku takut untuk hadapi perasaan rindu dan kosong tu...even waktu tidur pun aku lanjutkan supaya aku betul2 mengantuk dan terus tidur...so, x perlu laa fikiran aku melayang2 fikirkan betapa kosongnya hidup aku sekarang tanpa arwah....tapi, aku harus kuat dan tabah...aku tau...

so, mari buat kerja!sekian~

Tuesday, February 16, 2010

harap2 matahari tu bersinar kembali

ye..tajuk mungkin x sesuai dengan keadaan malaysia sekarang yang panas menggelegak...tapi, tajuk itu datang dari perasaan...bukan dari cuaca...

nape aku pilih tajuk ni?sebab ade kawan aku cakap, muka aku dah xde seri...then ade yang cakap "weh wann..pehal kau dah x bersosial skrg?kuar ahh jumpe matahari.." ..gila..dah laa rasa panas walaupun duk dalam umah..ni nak suruh aku jumpe matahari lak...ye la..aku paham laa maksud die nak suruh aku kuar....tapi, aku dah xde mood untuk semua tu...mungkin belum lagi...

sekarang aku x rase macam nak keluar berfoya2...mungkin nanti...sekarang aku x rase macam nak on9 24/7....mungkin nanti....sekarang aku x rase macam aku perlu bergelak ketawa dengan rakan2 di mapley hingga subuh...mungkin nanti....

aku ada janjikan sesuatu dengan keluargaku di ukm...aku akan luangkan masa dengan mereka lepas habis campus election..tapi lain pula jadinya...betul kata abg nas...jangan janjikan sesuatu yang tidak pasti...maaf, DOT...aku perlukan sedikit masa sebelum aku boleh jadi seperti dulu....tapi jangan risau tentang aku...aku ok...walaupun bukan itu yang anda lihat sekarang...

ye..aku perlukan sedikit masa...kerana aku perlu kejar cita2 dan impian yang belum tercapai..aku perlu buktikan sesuatu kepada keluarga terutama kakak aku...maaf kerana telah mengecewakan anda sekali lagi...mungkin lepas ni aku akan menolak jemputan2 untuk melepak...tapi ketahuilah bahawa aku nak sangat melepak dengan anda semua seperti dulu...kalau masa mengizinkan, aku akan tebus tu semua...itu janji aku...walaupun kita xtau masa depan nanti macam mana...

untuk kawan2 yang lain, mungkin aku dah xleh nak cari masa untuk korang..banyak benda yang perlu aku selesaikan sekarang ni...sesiapa yang telah melaluinya, mereka tau...dan sekali lagi aku ulang, aku perlukan buktikan sesuatu kepada keluargaku...terima kasih kerana masih sudi berada di sini untuk aku...tapi, jangan risaukan aku...aku ok....aku ok......

sila tegur jika anda semua lihat aku telah lari dari landasan kebenaran...aku masih belum matang dan memerlukan seseorang untuk menarik aku kembali ke landasan tersebut...kerana sinar itu telah hilang....

sekian~

Wednesday, February 10, 2010

terima kasih, semua...

asslamualaikum...
arwah ibu saya, Allahyarhamah Puziah binti Don, telah dijemput menghadap Penciptanya pada jam 10.40 malam, 4 Febuari 2010 di KPJ specialist, Kajang...jenazahnya dimandikan, dikapankan, dan dikebumikan di tempat kelahirannya di teluk intan, perak ditemani sanak saudara dan sahabat handai dari seluruh pelosok negara...

alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan walaupun jenazah menunggu lama untuk dikebumikan..namun begitu, jenazah masih tersenyum dan berseri2 membuatkan kami terharu dan sebak dengan kekuasaanNya...

pemergiannya yang tiba2 dengan serangan jantung merentap hati semua kenalannya terutama saya dan kakak..namun, kami cuba tabah untuk menghadapinya kerana arwah mak mungkin x nak tengok kami bersedih dan meratap pemergiannya walaupun perginya tidak meninggalkan pesan...

kepada keluarga dan rakan2, saya dan kakak mengucapkan ribuan terima kasih kerana tidak putus2 memberi kami sokongan dan andalah kekuatan kami untuk menjalani hari2 seterusnya dengan membawa harapan mak yang belum tercapai...jangan risau tentang kami dan moga2 anda semua dicucuri rahmat...

Al-Fatihah.....

Saturday, January 30, 2010

kesian kt kau...perompak...

sepertimana yg korang tau, aku dah 3 minggu x balik umah...call pun jarang..so, 1 day kakak aku suro call mak sbb dah lame x contact..so, lepas lab database, aku pun misscall mak aku *biase ah..xde krdt..hehe* ...

then mak aku pun call laa dari ofis die...die pun bukak laa gosip2 terbaru yang aku xtau...dari cite pasal kazen aku nak bertunang, smpai laa kakak aku pindah tempat keje...banyak cite best la..ade gak yang x best..time tu gayut ngan mak aku lame gile..nasib baik die call gune telefon tm..free je ah..hahaha...

tibe2 mak aku cite satu benda yang buat aku terkejut dan berpeluh2...rumah kitorang kat kampung kena rompak...jeng jeng jeng!!!memang terkejut gila ahh aku..terus aku teringat kat nenek aku yang tinggal sorang2 kat rumah tu...mak aku suka buat aku panic lame2...pastu die gelak2..aku pun x paham!

pastu baru aku paham..pastu aku gelak skali ngan mak aku..ok..sekarang korang lak x paham..hahahaha....ok2...cmni....rumah tu memang laa besar...tapi bukan ade ape barang pun...so, macam klaka laa kalau kena rompak..kalau orang lain dengar, diorang memang terkejut...tapi kalau yang tau rumah tu cmne, xde mase laa nak terkejut..haha..lagipun nenek aku slalu tido umah pakcik aku...so, umah tu kosong...

ok, xlaa kosong mane...ade laa perabut2 semua..1stly, perompak tu masuk ikut bilik nenek aku...pastu mesti die pening..sebab bilik nenek aku penuh ngan bantal...barang kemas semua nenek aku simpan kat mane ntah..so, perompak tu pun proceed ke bilik2 kat atas...

2nd bilik yang die masuk, bilik mak aku *ikut penceritaan semula oleh mak aku* ..kitorang balik x selalu, so, bilik tu xde laa barang2 berharga...yang ade pun baju je ah...die pun selerakkan saje bilik tu dengan baju semua..mak aku cakap, aku buat selerak lagi sepah2 dari perompak tu buat...hahahaha...

then die masuk bilik kakak aku n bilik tetamu...lagi laa xde pape...pastu aku rase si perompak tu pulang dengan rasa marah, geram dan menyesal sebab masuk rumah tu...harap je besar..tapi habuk je yang banyak..nasib baik laa die x larat nak angkut tv semua...hahahaha....kesian kan kat beliau??

conclusion : jangan biar hidup anda diselubungi perompak...sekian~

note : post kali ni sangat bersepah2...sebab tibe2 aku ade mood nak menaip dan semua idea nak kuar serentak..hahahaha~~

gambar aku upload later, ok?

Friday, January 29, 2010

tersenyum akhirnya....

hari ni aku bahagia...
banyak benda yang buat aku bahagia..
akhirnya tersenyum jua..
walaupun aku tau, kejap je aku leh senyum ni...
tapi, biar la...
aku nak nikmati saat2 ni...
sekian~