Monday, December 20, 2010

Wani, tunggu Malik datang

Wani dan Malik berpisah ikut haluan masing2. Malik pulang ke rumah dengan jiwa yang kosong. sedar2 air mata menitis. x berhenti. bergoyang ego lelakinya.

di radio x putus2 lagu2 cinta, lagu2 putus cinta, lagu2 cinta x kesampaian. Malik capai kayu besbol di belakang seat lalu menghentak radio keretanya. baru puas hati.

Malik lap hingus. ada bau Wani. Malik lap air mata guna baju. ada bau Wani juga. Malik tutup tingkap kereta, buka aircond. makin kuat bau Wani. Malik berhenti di tandas awam. Malik nangis sepuas2 puasnya. bergoyang lagi ego lelakinya.

*****************

"Wani jangan la nangis. nanti Malik nangis jugak."
"Malik jangan nangis. Malik kan laki."
"tapi Wani nangis, Malik mesti la nangis."
"Malik kena la kuat untuk Wani."

*****************

Malik buat2 flush toilet, lap2 lebihan air mata dan teruskan perjalanan pulang ke rumah. kali ni masih lagi buka aircond. biarlah ada bau Wani. asalkan bau Wani masih ada dalam kereta.

Malik terbaring merenung siling di bilik. pejam mata, nampak Wani. Malik bingkas bangun buka laptop. buka page2 kegemaran. ah. teringat Wani lagi. sebab page2 kegemaran Malik, kegemaran Wani juga.

Malik capai handphone, mesej Wani.

"Wani lebih suka macam ni?"
"tak. Wani lebih tenang bersama Malik."
"mahu Malik datang jumpa Wani?"
"mahu."

Malik bergegas ke kereta, pasang lagu kuat2, bawa kereta full speed.

"Wani, tunggu aku."

hari pertama kelas di sem 2

hari ni aku berjaya pergi semua kelas. walaupun selalu habis awal. sebab 1st day kelas untuk sem ni. mesti ah habis awal. lecturer bagi intro je. malas nak start ajar.

semangat aku bangun nak pergi kelas. ok tipu. aku bangun lambat sebenarnye. terkocoh2 siap2 nak gi kelas.

lepas tu sekarang aku semangat cari buku untuk kelas simulasi robot. sebab lecturer kata buku diorang x jual kat fac dah. kena cari sendiri. tapi library kat ukm ni cam haram. xde pun buku robot yang aku nak. so kena cari kat luar. macam nak gi hari ni gak.

sekarang duduk kat old town. minum chocolate. gigih search buku. tak. aku xtau aku gigih buat apa sebenarnye. sebab aku macam semangat gila babi sem ni. tapi..

ntah.

i dont want u to go.
but i dont want u to suffer.
with me.

Tuesday, December 14, 2010

gombak - seremban - puchong - seremban. eh?

kadang2 kalau jalan tu straight je, pun boleh sesat jugak. dari mrr2, ikut jalan ke seremban. tup2 dah sampai puchong. boleh percaya x?

pastu kalau dah sesat tu, kena la cari jalan, ye dak? pastu kena la bawak slow2 sebab nak tengok sign board, ye dak? tapi kalau meter tu asyik tunjuk 120 km/j je, apa cerita?

pastu dah la sesat. bawak laju. pastu bila dah nampak jalan yang benar, terus melintang patah atas jalan raya yang ada 6 lane. terus melencong masuk jalan yang tunjuk hala seremban tu. sambil2 tu ada la jugak kereta lebih 10 buah yang bawak 120 km/j jugak.

pergh. memang cool.

ah sudah. barang2 yang bukan barang aku ni pun aku la yang kena angkut balik? nice.

pastu pehal xleh nak tido pulak? boleh buat sakit kepala tahap maksima ni.

ok. mata dah merah macam langsuir.

Friday, December 10, 2010

silau2 malam

20 km/j

30km/j

40km/j

40 km/j

potong.

60 km/j

keta kancil yang kena potong tadi bagi2 lampu. pehal lak ni? x puas hati ke?

aku check semua pintu, dah tutup. bonet pun tutup. nak ape lak kancil ni?

owh. aku putar punat kecil dan terus memecut laju.

babi. cakap ah lampu aku x bukak.

Wednesday, December 8, 2010

awak suka tido ye?

aku tengok dia dah terbaring atas sofa. pelbagai gaya dah dia baring. aku geram. terus meluru kepadanya.

mula2 aku usap2 kepala. xde respon. lepas tu aku usap2 lengan pula. xde respon. then aku usap2 perut. cilaka. xde respon jugak!

aku geram, aku garu2 perut dia. lepas tu baru lah dia menggeliat kegelian. ceh. kelemahan kat perut rupanya. aku garu2 lagi perut dia dengan ganas. sambil2 tu aku ramas2 kepala dia bagi dia rimas.

masa tu baru lah dia buka mata pandang aku dengan mata yang separuh terbuka. "ngantuk lagi ye? tidolah" kata aku sambil tersenyum.

bosan betul kucing zaman sekarang ni. tido je kejenye.

terlepas aktiviti kat ibu zain. takot kena marah sok.

aku baru bangun dari tido yang panjang.. dah lama x tido lama2. sakit kepala dah datang. ni yang malas tido petang ni. haish..

pastu mimpi pelik2. paling aku ingat, mimpi yang satu tu. horror. rindu. risau. semua campur2. kat sape la aku nak cite ni. kat sini macam x best. huarghhh...

dah. sekarang lapa pulak. nak kuar sorang, malas. pastu duduk je la kat bilik ibu zain ni sorang2. hoyeah!

babi lah. lapa kot.

Monday, December 6, 2010

semalam mata bengkak. hari ni mata gatal.

aku terjaga dari tidur. basah baju dengan peluh. mesti mimpi yang teruk. aku x ingat mimpi tu. tapi aku pasti, mimpi yang teruk.

aku gosok2 mata sehingga sekeliling jadi terang. aku pandang sebelah dan nampak kau. masih tidur. comel seperti bayi.

aku peluk kau. senyum. dan tidur semula.

Wednesday, December 1, 2010

bilik aku dah macam rumah tumpangan. sopan sikit. macam homestay.

masuk bilik. ada ramai2 orang makan. eh? sejak bila bilik aku ada acara makan2 ni? ni kantin ke bilik aku? jap. ni bilik aku ke? pehal diorang ignore aku? aku wujud ke x?

*
*
*

pejam mata. celik mata. pejam. celik. pejam. 5 minit. celik mata. ada ramai2 orang pakai telekung. tengah smayang. eh? aku tertido kat surau ke? aku tido ke x ni? ni mimpi ke? ada orang pindahkan aku ke surau time aku tido ke? apa ni? apa ni?

sakit kepala.

*
*
*

drive nak amik baby brother kat ktm. sakit kepala sebab terbangun kat "surau" still x hilang. cool gak drive lepas baru bangun tido dan sakit kepala. semua benda jadi terang. motor yang kecil tu nampak makin kecil sampai kalau langgar pun macam "alah. xde hal ah".

baby brother bagi donut supaya aku x emo. thanks =)

*
*
*

bilik aku ramai sangat orang ni kenapa ni? aku jemput diorang duduk sini ke? aku ke yang salah?

babi ah korang. aku benci korang dengan bilik ni.

seriously.

take me away from here.

PLEASE!!

...

haihhhhhhhh!!!!!

kazen aku kawen

aku rasa nak update blog. tapi xtau nak update pe. so aku nak masukkan gambar mase jadi doorgift girl hari tu. hahahaha..


ni pengantin. kazen aku yang laki tu


nampak bz kan? hahaha


kazen2

dah ah. gambar aku x banyak. so malas nak upload gambar2 lain. x penting pun. hahahahaha~~

ah. sekarang selsema teruk. x suka. susah nak nafas2!!