Thursday, January 10, 2013

Hi-ho.

Hari Selasa dah habis exam. Tapi still tak rasa freedom ke apa macam tahun-tahun lepas. Mungkin sebab dah biasa ambil at least 7 subjek satu sem?

Sem ni dua subjek. Sem depan dua subjek lagi. Tapi masih ada tesis.

Hari tu bincang habis-habisan dengan supervisor nak ubah tajuk dan cara mendapatkan data untuk tesis. Akhirnya dia setuju dengan idea yang aku kemukakan sejak pertama kali aku jumpa dia.

So, sekarang takde la freedom sangat. Still kena buat tesis.

Apa yang aku cuba nak luah kat sini ialah, aku tak rasa seronok atau stress atau sedih lepas habis exam. Takde perasaan. None, nada, nul, non uno, nenhum, keiner, niets!

Maybe I'm a little bit depressed being holed up in my room staring at my (still) on going thesis but end up watching Scrubs all day long.

Even keluar cari charger Samsung original kat Mines tadi pun tak berjaya menggeletek hati aku. Selalunya kalau aku pergi mall aku mesti akan tertarik nak tengok movie. Tapi tadi aku hanya order stok baru charger original kat Samsung, tapau makanan dan terus balik UKM semula. 20 minit sahaja di sana ya tuan-tuan.

I need a getaway.








....dan berat aku masih, MASIH 47kg. Bhahahahaha. That ought to cheer me up!

No comments: