Peluh memutik di pangkal dahi Aiman. Keningnya berkerut-kerut. Tangannya kemas menggenggam stereng. Matanya sesekali melirik pada jam papan kawalan radio. Tak senang duduk.
Aiman meleraikan pegangan tali pinggang keledar supaya pernafasannya lebih lancar. Ditekan punat tingkap automatik supaya udara luar menerjah masuk menampar wajahnya. Aiman tak puas. Ingin sahaja dia keluar dari kereta semata-mata mahu menenangkan diri.
Fikiran Aiman segera ke waktu bahagia ketika dia bercuti di Cameron Highlands. Udara segar, tiada pencemaran, cuaca yang dingin, tiada sesak, tiada masalah. Masalah? Aiman mendengus.
Kereta dihadapannya masih belum bergerak dan dia semakin buntu. Cepat sahaja otak warasnya menyalahkan dirinya sendiri. Jika Aiman lebih berhati-hati, pasti semua ini tidak akan berlaku. Aiman menyapu titis-titis peluh yang semakin memberat dan mengalir di pinggir pipi. Masalah yang dihadapinya kini sangat berat.
Dengan tiba-tiba kereta di lorong sebelah menghimpit kereta Aiman kerana ingin memotong. Dalam keadaan trafik yang sesak sebegitu pun masih ada segelintir pemandu yang kurang bijak ingin menyesakkan lagi jalanraya. Tapi Aiman tak peduli. Dia biarkan sahaja pemandu yang tidak faham erti kesabaran itu memotong dan masuk ke lorongnya. Fikirannya lebih kepada masalah yang semakin menggunung dalam benaknya.
Mahu sahaja Aiman berlari meninggalkan keretanya dan pulang sahaja ke rumah. Dia tidak mampu menahan perasaannya lagi. Hampir-hampir sahaja air yang bertakung di matanya jatuh ke pipi. "Apa dosa aku?" fikir Aiman berulang kali sejak minit-minit yang lepas.
Dengan mata berkaca, dia memandang ke sisi. Seorang kanak-kanak riang sibuk bermain dengan patung kecil Iron Man. Indah kehidupan si anak kecil. Tak perlu fikir masalah orang dewasa. Masalah mereka hanyalah apabila aiskrim yang dipegang kemas menyentuh tanah.
Setelah seinci demi seinci kereta Aiman bergerak ke hadapan, dia nampak penyelesaian masalahnya. Dia berfikir panjang tentang itu sepanjang perjalanan dan jika dia tidak bertindak dengan cepat, maruahnya bakal tercalar. Dia tidak mahu rakan sekerjanya menjauhi dia hanya kerana masalah yang kecil itu.
Aiman mencapai telefon bimbit dan mencari nama rakan sekerjanya dalam senarai nombor telefon. Sambil ibu jarinya menekan butang hijau, otaknya ligat berfikir, adakah tindakannya betul atau salah. Betul atau salah? Perlukah dia peduli jika ada hati yang bakal disakiti? Dia perlu menjaga dirinya dahulu sebelum orang lain.
"Hello?"
"Hello, Ili? Aiman ni. Lambat sikit. Jalan sesak teruk, dan..."
"Kenapa Aiman? Kemalangan ke?"
"Tak.. Aiman.."
Talian terputus. Aiman tidak ambil peduli. Dia akan terangkan segalanya pada Ili nanti. Masalahnya perlu diselesaikan segera. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan tanpa mengganggu trafik dan segera berlari ke arah sebuah bangunan tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Sejurus selepas pintu ditutup rapat dibelakangnya,
"Ahhh lega..." fikir Aiman di dalam tandas awam milik Petronas.
Wednesday, February 26, 2014
Thursday, February 20, 2014
Nak kahwin, buat blog. Normal.
Patutnya sekarang sibuk survey sana sini. Tapi aku? Buat blog kahwin. Hahaha..
Normal lah kan? Aku tengok ramai je B2B (ce ce ce pandai dah sebut B2B) buat blog pasal kahwin. Elok juga. Boleh tolong bakal-bakal yang lain. Seperti aku. Banyak inspirasi aku dapat dari depa-depa nih.
Aku buat blog tu bukan gedik nak bagitau aku nak kahwin segala. Tapi nak isi tips, tempat mana nak cari barang murah, DIY barang kahwin dan segala macam lagi. So, sila lah berkunjung kalau nak tengok.
PERINGATAN: Under Construction.
Normal lah kan? Aku tengok ramai je B2B (ce ce ce pandai dah sebut B2B) buat blog pasal kahwin. Elok juga. Boleh tolong bakal-bakal yang lain. Seperti aku. Banyak inspirasi aku dapat dari depa-depa nih.
Aku buat blog tu bukan gedik nak bagitau aku nak kahwin segala. Tapi nak isi tips, tempat mana nak cari barang murah, DIY barang kahwin dan segala macam lagi. So, sila lah berkunjung kalau nak tengok.
PERINGATAN: Under Construction.
Kelik sini kalau nak terus ke blog ni |
Subscribe to:
Posts (Atom)