Friday, October 26, 2012

Accident di MRR2.

Aku selalu menggunakan MRR2. Sebab perjalanannya mudah dan 15min sahaja dari rumah aku. Keluar dari Bangi pun senang. Tapi masalahnya MRR2 selalu jammed. Dan kadang2 sebab ada orang bodoh accident. Kenapa bodoh?

Bila Tak Jammed

Standard di mana2 pun, lane 1(kanan sekali) punya tahap kelajuan adalah 100km/j minimum. Tetapi ada la orang nak berhati2, dia menggunakan lane 1 tapi bawa dengan kelajuan 60km/j sambil brek secara berkala tanpa sebab.

Jadinya, orang yang ikut belakang dia pun akan mencium punggungnya dan kadang2 tak perasan bila dia brek. Di sini, kedua2 pemandu adalah bodoh.

Fakta : Apabila anda memandu di lane 1, anda tak boleh main brek (kecuali jammed) apatah lagi brek emergency (ketika mahu mengelak kucing halimunan, misalnya). Bahaya.

Bila Jammed

Bila ada orang yang accident ketika jammed, memang aku panggil bodoh. Tapi ada dua situasi.

Kalau salah orang yang dilanggar:
Biasanya ketika jammed, dia suka ambil jarak sikit, bila kereta depan dah jalan, dia tak jalan lagi. Lama2 baru dia jalan, sambil menekan minyak, tiba2 brek sebab dah dekat sangat dengan orang depan.

Kereta belakang dia pun follow kelajuan dia, dan terkejut dia brek tiba2, lantas si pemandu di belakang ni pun tak sempat nak elak kereta dia ni tadi.

Keadaan ini juga biasa berlaku jika lampu breknya rosak lalu mengakibatkan kekeliruan pemandu dibelakangnya.

Fakta : Lampu brek rosak boleh kena saman dengan JPJ.


Kalau salah orang yang melanggar:
Jenis ni memang ego tinggi, sombong, tak sabar, annoying. Dia suka follow kereta depan rapat2 sampai orang depan dia boleh nampak jerawat di mukanya. Jadi, kadang2 dia tak sempat nak bajet jarak, lalu melanggar kereta depan dia.




Since aku dah accident banyak kali sebab memandu laju, aku lebih berhati2 sekarang. Kalau bawak lane 1, paling laju pun aku tekan 140km/j. Tu pun sebab lewat malam (2-5 pagi) di highway. Kalau ada kereta, aku follow belakang dia dengan jarak satu atau dua kereta bergantung kepada kelajuan.

Kalau hujan, aku bawak lane kiri sekali, dengan kelajuan 60km/j sebab jalan licin, aku tak yakin dengan tayar murah aku.

Kalau urgent, aku akan call bila tengah drive. Tweet dengan mesej pun jarang dah sekarang. Kalau dapat tweet atau mesej guna singkatan bahasa tu mungkin aku tengah drive. Atau aku malas nak layan. Hahah.

Fakta : Dalam banyak2 sekolah, aku paling excel di Sekolah Memandu. Sebabnya aku ambil lesen di Teluk Intan. Kalau kena repeat, payah. Lagipun masa tu aku ada job Orchestra for Christmas di Pavilion so aku taknak bazir masa lama2 di kampung. Dan aku taknak bazir duit. Jadi, aku berpegang kuat pada peraturan jalanraya dan aku masih ingat ajaran cikgu sekolah memandu aku tu.

Sebab tu aku tak suka jammed di MRR2 disebabkan oleh accident. Bodoh sangat.

Friday, October 5, 2012

Sepuluh minit

3.00 am
tik tik tik tik

Aku teguk sisa air terakhir dalam botol. Dahaga. Sambil menyumpah malas, aku seret badan bawa botol ke dapur.

Suasana gelap gelita. Waktu macam ni pesakit insomnia macam aku memang keseorangan. Jadi makhluk malam.

Aku tekan punat "warm" di bekas air automatik yang berharga RM700. Mahal nak mampus. Lagi murah kalau pakai cerek yang bingit tu. Tapi manusia zaman sekarang semuanya nak mudah. Semuanya mahu "dihujung jari".

Elok je aku pusing mahu menjejak perjalanan balik ke bilik, aku nampak satu susuk tubuh kecil berdiri di pintu bilik air. Kepalanya lonjong, matanya hitam besar bersinar. Jari jemarinya panjang, ada empat semuanya.

"Kau......alien?"

Senyap.

"Are you an alien?"

Sunyi.

Cis. Selalu kalau orang buat cerita, alien tu tahu je cakap bahasa ibunda. Atau.....dia ni hantu?

Aku panik. Kaki aku bagaikan dipaku ke lantai. Sejuk. Berdiri bulu-bulu tengkuk aku.

Dalam sekelip mata makhluk itu pimpin tangan aku dan terus sekeliling aku bertukar. Daripada dapur yang gelap, suasana menjadi terang. Aku berada di tengah-tengah kawasan yang lapang. Langit hijau dan aku seperti berpijak di atas permaidani berbulu tebal warna biru. Sesekali bertukar-tukar warna mengikut melodi pergerakan kami.

Aku masih kaku. Adakah ini fantasi? Kenapa begitu.......ringkas?

Makhluk pelik tadi merenung aku dalam-dalam. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tenang dan gembira secara tiba-tiba. Mungkin ini rasanya "high".

Aku dan makhluk itu terus bergolek-golek di atas permaidani biru dan bergelak ketawa tanpa sebab. Aku ketawa dan ketawa sampai berair mata aku.

Ketawa. Ketawa lagi. Dan lagi. Ketawa tak berhenti.

********************************

Aku terbaring keliru. Dada aku terasa kosong dan basah. Makhluk tadi berdiri di sebelah aku sambil memegang segumpal darah. Masih bergerak. Tapi....kenapa ia macam berdegup?

3.10 am
tik tik tik tik