Friday, August 26, 2011

What is Iftar?

iftar tu buka puasa.

kenapa aku macam baru dengar orang guna "iftar" tu tahun ni? more specifically, hujung2 bulan puasa ni.

lepas tu "iftar" dah jadi trend. semua orang nak guna "iftar".

kalau dah memang dari dulu orang selalu guna, xpe lah. maybe aku je yang jarang bersosial.

 please noted that i mentioned "selalu guna". so lepas ni jangan nak accuse aku benda yang bukan2.

updated : xde orang pun nak accuse aku sebenarnya. cuma hari ni aku kurang ade mood.

psycho caller

ada orang psycho call aku pukul 3:30 am. mula2 aku tengok nombor tu aku x kenal, aku reject. ye ah. dah la nombor x kenal, kacau aku tengah2 malam, apahal?

2nd time dia call, aku angkat. maybe ada emergency. then, aku dengar bunyi macam orang tengah lepak kat luar, maybe mapley. and dia macam cakap bahasa alien. which means aku x paham dia cakap apa. maybe bangla. aku terus letak.

then, he kept calling, and i kept rejecting. dalam 4-5 kali jugak la. aku fikir, sial gila la babi ni. so, aku terus off hp.

bila aku on balik hp, ada 4 missed call dari psycho tu.

feel free to disturb him back. 0104298391.

p/s : aku xtau la dia cakap bahasa alien or dia tengah buat suara sangap. yang penting, time tu aku tengah mengantuk gila, dan bengang ada orang kacau aku tido time aku tengah susah nak tido.

Wednesday, August 24, 2011

bila tengok kawan2 saya yang hot, saya terliur.

dulu masa saya free hair, kitorang selalu keluar sama2. lepak sama2. shopping baju sexy sama2. sebab kitorang hot!

ok. tu semua tipu je. bila masa pulak aku ramai kawan nak lepak skali. bila masa pulak aku suka shopping. baju aku kebanyakkannya mak aku yang belikan. sebab dia suka tengok aku pakai baju comel2. kalau aku yang pilih, mesti x comel.

kembali kepada topik kawan2 hot. budak skolah aku ramai anak dato, anak orang2 kaya dan sebagainya lah. dan mereka hot. yaaaaa...hot.. kepada yang hentai, sila view fesbuk aku dan cari kawan2 skolah aku kalau teringin nak berkenalan.

kat asrama dulu pun diorang dah hot, apatah lagi bila dah masuk universiti. ada yang dah kawin dah pun. dan mereka adalah top choice budak2 dari skolah all boys dulu. sekarang pun.

mula2 dulu jeles ah sebab diorang hot. aku x hot. tapi sekarang x jeles. sekarang terliur. jeles sikit. sebab aku dah x free hair. dah xleh lawan diorang punya hot. hahaha..

aih. bulan2 puasa ni kena kurangkan stalk fesbuk kawan2 yang hot lah. boleh batal puasa macam ni.

actually aku tengah bosan melepak kat rumah. dan tertekan bila fikir aku balik raya hari sabtu ni. plus, kakak aku bertunang sabtu depan. so, SEPANJANG minggu kat kampung. balik KL, terus praktikal. bilanya aku nak raya dengan kawan2??!!! argh!!!

Sedikit hiburan untuk entry yang xde hala tuju


*sambung stalk kawan hot kat fesbuk*

Tuesday, August 23, 2011

Berniaga di bazar Ramadhan

mula2 sekali aku cerita kenapa aku boleh terjebak berniaga di bazar.

arwah mak aku beli warung dekat kampung aku untuk tampung masa depan. ayah aku retired masa aku darjah 5, i think. so, untuk mengelakkan ayah aku melepek (ye, melepek. bukan melepak) je kat rumah dan membazir duit entah untuk apa, arwah mak aku ambil inisiatif tu.

sadly, ayah aku usahakan warung tu 2-3 tahun je rasenye. lepas tu lari kemana entah. ok. tu cerita lain.

bila dah seronok berniaga kat warung, arwah mak aku pun cadangkan ambil satu tapak kat bazar Ramadhan tahun 2002. masa tu aku darjah 6. yang usahakan gerai tu ayah aku, makcik aku and aku. arwah mak aku busy kerja cari duit untuk raya masa tu.

best juga berniaga kat bazar. kitorang jual nasi ayam dengan laksa. ramai orang datang beli laksa. sebab dari jauh dah bau kuah laksa yang pekat tu. makcik aku terer gila masak laksa. dia pun berniaga juga. dia dah memang ada warung kat kampung aku.

yang paling best, sambil panggil2 orang singgah gerai, boleh usha abang2 opis yang baru balik kerja. semua nampak hensem sebab berkemeja. tapi sebab aku kecik sangat, diorang buat xtau je. haih..

dekat2 berbuka, ayah aku akan bagi duit suruh usha2 makanan untuk berbuka. kadang2 diorang suruh aku beli kuih atau bubur lambuk yang kena jalan jauh dan lintas jalan. aku selalu ajak budak gerai sebelah teman aku. sebab aku takut lintas jalan.

time berbuka, suasana kat bazar tu sunyi je sebab semua orang tengah sibuk makan kat gerai masing2. ada yang otai, dah siap2 kemas gerai sebab nak berbuka kat rumah.

kadang2 tu ada je foreigner jalan2 lagi kat area bazar tu. sebab diorang tau masa tu xde orang yang datang membeli, jalan pun lengang. tapi masalahnya semua orang dah xde mood nak menjual. semua dah sibuk nak balik. kalau nasib baik, foreigner tu akan beli semua makanan lebih2 yang x habis dijual. untung..untung...

tapi sekali tu je lah kitorang berniaga kat bazar. lepas2 tu ayah aku malas. leceh juga sebenarnya berniaga kat bazar ni. banyak benda nak kena prepare.

haih. rindu nak berniaga.

Monday, August 22, 2011

shit brick dengan sembelit tu sama kan?

Sahur
kazen : wan nak bangun sahur x?
aku : xnak. sakit perut.

8 pagi
- anak2 kazen dah riuh rendah gaduh pasal apa ntah. rutin harian ah tu.

9:23 pagi
kakak : wan. kita blk kl pagi ni nak?
wan : ok. dah mandi, kejut (padahal dah x larat nak tido. kalau bangun nanti aku pun join budak2 tu bergaduh)

11:30 pagi
- main dengan anak kazen yang bulat2 x reti jalan lagi sebab badan berat sangat! geram!
- dah nak tengahari, belum gerak lagi. tu lah "pagi" kakak aku.

around 12
- gerak balik kl.

around 2 pm
- sampai rumah. letih, tapi on9 jugak sebab cant reach his phone. so bergegas check emel.
- no new messages.

around 4 pm
- letih dah tunggu depan lappy. tengok kakak dah sedap tido depan tv and kaut semua bantal.
- x off lappy sebab kalau bangun2 nanti boleh terus check emel. masuk bilik, tido.

around 5pm
- kakak bising2 sebab x off lappy. buat2 pekak.

around 6 pm
- kakak kejut pergi bazar sebab malas nak masak.
- by this time, dah risau gila babi sebab still xde msg masuk kat hp.

lepas buka
- jantung dah laju. still no msg.

around 8:30pm - 12 am
- dah berpuluh msg sent, "Your message didnt reach 017xxxxxxx."
- panic attack
- pura2 busykan diri main game. sambil intai2 emel.
- dah download 3 episod house.

12:30 am
- Gmail - Inbox(1)
- finally!!!!!!

p/s : im damn worried. u have no idea, my love. huhu..

Thursday, August 18, 2011

Asstro

internet lambat nak buffer video dari page nigahiga yang aku baru subscribe. jadi benda ni mengisi masa lapang. heh.


 *angin kuat macam nak hujan lebat*


 *tekan button "Menu"*







aku tutup tv, pergi mandi lama2. rupanya mandi time hujan x seronok langsung. dah la seram dengar bunyi hujan. lepas tu air x sesejuk udara kat luar. mandi tengahari lagi best. huh.
dekat2 kul 6 baru astro ok.

Wednesday, August 17, 2011

perang dengan perut

semalam buka dengan steamboat. malam tu pedih perut.

masa sahur cirit.

hari ni cirit.

lepas buka tadi, cirit.

lepas tu dahaga macam kat padang pasir.

minum air, muntah.

apahal ni weh? apa masalah kau ni perut?

Tuesday, August 16, 2011

Dress

siapa selalu nampak aku pakai dress? *bunyi cengkerik*

ok...

siapa pernah nampak aku pakai skirt? *bunyi katak panggil hujan*

ok.....

siapa pernah nampak aku pakai dress pendek padan dengan seluar? *ada la satu dua tangan*

tu pun masa teater mefek. and ada skali tu aku keluar dengan roomate. dia hasut aku beli dress tu and paksa aku pakai masa jalan2. hurm..

aku bukan x suka pakai dress or skirt. aku suka. in fact, masa aku sekolah menengah and tengah girlish gila masa tu, aku rajin gila keluar pakai skirt and overall skirt. kadang2 pakai dress labuh. masa free hair, pernah jugak pakai mini dress. owh. xde gambar yang tu. aku xkan upload pun. hahah.

aku ada je dress paras lutut. aku ada je skirt labuh. aku ada je dress labuh. tapi aku x yakin nak pakai. sebab takut nampak gemuk. and dress paras lutut selalu buat aku nampak pendek. bila dah pendek, nampak lagi gemuk.

kebanyakan dress aku semua fit. aku x pernah x buncit. well, pernah la kejap je x buncit. so, its a no-no.

pastu aku selalu drooling tengok dress cantik2 contohnya kat sini dengan sini. tapi x yakin nak beli sebab takut labuh sangat, x berapa nak labuh or x lawa dengan badan aku. kalau bab2 baju ni aku jarang beli on9.

owh. lagi satu, sebab dah selalu sangat orang nampak aku pakai tshirt and jeans, kadang2 bila aku gedik pakai dress, diorang akan pandang2 sambil perli2 or puji2 yang buat aku x berapa nak selesa. kalau orang buat2 x nampak je, then its ok. hahahahaha..

damn it. aku rindu pakai dress.