Friday, January 21, 2011

impian untuk jadi lanun x tercapai

Lokasi : PK UKM
Sebab : sakit mata

Doc : awak datang dah minggu lepas kan? sakit mata lagi?
Aku : yeap.
Doc : merah sangat ni. berair2 siap. awak kena gi hospital. takut luka dalam mata. nanti Doc kat sana bagi eye patch.
Aku : ok.

Lokasi : Hospital Serdang
Sebab : Doc PK UKM suruh

setelah mengorek2 mata aku dengan kasar menggunakan pelbagai jenis peralatan.

Doc : mata awak ni x luka..
Aku : (mungkin dah luka sekarang lepas Doc korek2 mata saya tadi)
Doc : mata awak ni macam kena sagat. lens mata awak ni x rata.
Aku : so xyah pakai eye patch la?
Doc : xyah. saya bagi ubat titis dengan krim je.
Aku : (damn. x dapat jadi lanun) jap. krim?
Doc : yeap. nanti letak dalam mata.
Aku : horghhhhhhhhhhhh

sambil tulis MC

Doc : minggu depan hari Rabu datang balik ye.
Aku : datang petang leh? pagi ade kelas.
Doc : eh. awak xleh gi kelas sebenarnye.

aku intai MC. Doc tulis "Cuti 6 (Enam) Hari"

Aku : (pengsan)

gila ah. aku mesti ah nak gi jugak kelas. tapi Doc suro duk belakang2. sebab dia still x sure ni infection ke ape.

sigh.

Monday, January 17, 2011

zakri, kau ke tu?

akibat terlalu banyak Moo Moo dan juga Eye Shield, sedikit sebanyak benda2 dalam hidupan seharian berkait rapat dengan dua benda tu. contoh :

1. time drive, nampak ada asap bawah lori. sama macam undead lari2 bawah Moo Moo. aku dah nak kejar dah untuk dapatkan good dengan evil soul untuk buat soul sword. bila datang dekat, xde asap pun bawah lori tu. ok, ngantuk sebenarnya.

2. bila jalan jammed, aku nampak ruang2 narrow celah2 kereta untuk cilok2 keluar dari jammed tu. macam Sena yang nampak ruang celah2 orang untuk lari buat touchdown. malangnya, aku bawak kereta. memang x muat celah2 yang narrow tu.

3. gaya Sena lari dah sebati dalam memori aku. sampai bawak ke tidur. aku mimpi aku lari macam Sena. tu xpe lagi. aku lari macam Sena dalam map Moo Moo. style x? aku tau x style. kau diam.

horgh. aku sangat senang terpengaruh. tolong!!

ok. nak gi baca Eyeshield 21. heh~

Thursday, January 13, 2011

*krik krik krik* bunyi cengkerik. sunyi.

i spend my time just thinking bout you.
every single day, yes i'm really missing you.
want to have you around like every single minute.
i can't go any further than this.
it's my only wish.

Black Eyed Peas

you make me feel like i could touch the planets.
see i ain't never seen the stars this close.
you got me struck by the way you glow.
take my hand, close your eyes.
with you right here, i'm a rocketeer.

Far East Movement

i miss you ='(

Wednesday, January 12, 2011

mata merah. dah boleh jadi hantu dalam cite kak limah

i am 20 years old.
i am 242 months old.
i am 1,052 weeks old.
i am 7,360 days old.
i am 176,662 hours old.
i am 10,599,771 minutes old.
i am 635,986,264 seconds old.

Rock Hudson same birthday dengan aku! heee..ape? x kenal Rock Hudson? *geleng2 tanda kesal*

ni semua gara2 Acid suro aku test kat sini. pastu x pasal2 aku eager gila nak tau pasal birthday aku. hah. sape2 yang baca ni try jugak!

okeh. aku dah x larat nak pandang skrin lappy. sakit mata!

thanx dokter kat PK =)
thanx awak teman saya gi PK =)

Sunday, January 9, 2011

tol mahal sangat nak kena tampar

dalam ngantuk2, berair2 mata, aku boleh tersesat dari kelana jaya ke shah alam. x pasal2 habis duit aku.

cuba bagitau aku, camne la duit aku x habis kalau setiap 5km, ade tol harga rm2.20. terbang rm10 macam tu je. bodo.

seseorang tolong bagi aku keje yang gaji lumayan. aku dah hampir kering.

terkocoh2 balik bangi sebab nak makan. lapa. ok. jangan tanya nape x jadi makan.

sekarang cuba pulak bagitau camne aku nak tido dalam keadaan lapa.

hoh. jantung bergerak terlalu pantas. aku tensi.

Thursday, January 6, 2011

masyarakat 1Kucing. ok. konon nak nganjing 1Malaysia. tapi macam x jadi.

hari ni aku sedar masyarakat kucing dah makin maju. sekarang kucing dah x beranak merata2 pastu buang gitu je.

dan yang penting, kucing dah pandai lintas jalan. tadi aku tengah drive. tepi jalan ada kucing. die tengok aku, die stop. kebetulan ade bonggol. so aku brek skit2 sebab nak rendahkan impak langgar bonggol dengan ganas.

then bila die nampak aku slow sebelum bonggol, die pun melintas sebab die confirm die selamat. pastu aku kagum sorang2. terus nak tulis blog.

bila aku tengah susun2 ayat nak puji masyarakat kucing, tiba2 aku nampak ade kucing tergolek tepi jalan. eksiden.

*sigh*

awak.
awak tido comel lah.
=)

Monday, December 27, 2010

hadiah sempurna untuk mama 2

Masturina ambil wudhu tepat ketika azan maghrib berkumandang. Masturina bentang sejadah dan solat maghrib.

selesai semua tu, Masturina terus capai Yasin.

hadiah birthday untuk mama x pernah sesempurna ini.

"Happy Birthday, mama"

Wednesday, December 22, 2010

sekolah2 memandu patut adakan exam yang lebih susah

semalam tido dengan Will. bangun2 dah kul 5. terus gerak naik bilik sebab sejuk. tanpa sedar Will di block oleh dua kereta.

aku bangun awal untuk pergi kelas. sebab terlalu awal, aku pun boleh chill the fuck out sambil minum roti dengan nutella, minum green tea dan tengok how i met your mother. sekadar mengisi aktiviti pagi.

lepas tu tengok jam, dah 8.30. aku pun mandi. sambil siap2 pun aku chill the fuck out lagi sebab still awal. lagi 10 minit kul 9, aku turun. dengan harapan dapat panaskan Will lama sikit sebelum pergi kelas.

turun je parking lot, ah. malas nak mencarut dah. tengok je diagram ni.



oleh sebab aku guna paint lama kat fac, aku x dapat nak lukis betul2 WTU tu senget camne. tapi WTU tu memang senget gila babi. jarak antara Will dengan WTU tu 2 cm je. jarak WTU dengan kereta sebelah sana pun 1 cm je. sekolah ke x?

aku tengok belakang. kereta sport putih tu macam jauh sikit. but still, park macam haram. bontot ganggu jalan. aku pun chill the fuck out. sambil2 panas enjin, makan lollipop dulu. aku kena bawak bertenang.

sambil2 tu call Arep. mane la tau die free ke nak hantar aku gi kelas dengan Waja die. skali die baru bangun tido. style.

aku buang lollipop yang dah tinggal separuh, aku buat aksi paling cool. aku melenguhkan kaki dan tangan sendiri. ke depan sikit, ke belakang sikit. depan, belakang. depan, belakang. dan begitulah buat 10 pusingan seterusnya.

lepas 2-3 minit, aku berjaya keluar dari space yang sangat kecil tu. dan owh, aku berjaya buat tu tanpa sebarang scratch kat dua2 kereta tu. dan juga aku dapat mengelak dari masuk longkang. bangga kejap.

aku tengok jam, dah 9.05. oh shit. terus tekan minyak.

babi. bukan senang aku nak ada pagi yang tenang camtu. lepas ni jangan harap aku nak bersopan santun dengan kereta2 yang rajin block kereta aku lagi.

jom cari buku yang impossible nak jumpa!!

kelas simulasi robot
"awak kena cari buku sendiri ye. sebab saya dah x order buku untuk anda semua. selalunya lepas habis sem baru sampai. cari sendiri lagi bagus, kan? buku ni ada kat library. cari je."
Dr Haslina

balik dari kelas terus log in masuk library ukm punya website. website "Gemilang" namanya. aku bukak balik course profile kat spin sebab nak tengok balik tajuk buku robot tu. sekali Dr Haslina x letak pun course profile kat spin. damn.

memandangkan daya ingatan aku kuat, aku ingat lagi tajuk buku tu. "Introduction to Robotics" lebih kurang camtu lah. so dalam ruang "Search" aku masukkan tajuk buku robotik tu.

"4 results found"

ntah apa2 tajuk yang keluar. tahniah, Gemilang. memang x ah aku nak selidik semua floor kat library yang besar tu semata2 nak cari buku robotik. baik aku order terus kat new york.

kelas sains sosial
"buku ni awak wajib beli. tapi beli kat unikeb lah. sebab kita xde kakitangan yang boleh handle pengeluaran buku tu kat sini (fakulti). nanti carilah. wajib ada. xtau harga berapa sebab saya dapat free. hehe"
Pn Zuraidah

seperti biasa, lepas lunch, aku terus bergegas ke pusanika untuk ke unikeb. semangat gila aku turun tangga banyak2 kat pusanika tu walaupun perut penuh dengan laksa. masuk2 je aku tenung semua rak buku yang berselerak.

"ok wann. just cari buku purple agak2 saiz buku hubungan etnik. pastu mestilah dia susun sekali banyak, ye dak?"

setelah 5 minit mencari.

"tumpang tanya, buku social science dah ada stock ke belum?"
"ada, tapi kena cari sendiri"

babi. kalau kau susun buku pendidikan islam kat rak yang besar2 tulis "Pendidikan Islam", xpe gak. tapi, aku gigih jugak cari kat semua rak.

kadang2 jumpa buku law kat kategori "Komputer Sains". aku karate rak tu terus.

lepas 15 minit, aku blah.

sebelum tu aku hempuk kaunter. terkejut kakak tu. tercampak novel "Asmara Beradu" yang dia tengah baca. aku cakap

"lain kali ringan2kan bontot pergi kemas rak. ni ukm. malu kat orang luar tengok orang kerajaan yang kerja kat sini x reti kemas buku ikut kategori."

ok. yang tu tipu.

hope kelas2 lepas ni jangan ah seksa aku pergi cari buku yang impossible nak jumpa dalam ukm. nanti aku end up xerox dari orang2 yang dah beli buku. siapa yang rugi?

hoh.

alahai ukm.

Tuesday, December 21, 2010

hadiah sempurna untuk mama

Masturina - 12 tahun.

minggu depan birthday mama. Masturina bingung fikir hadiah yang best2 untuk mama. sebelum ni dah bagi jam, selendang, baju, kad yang lebih besar dari Masturina, subang, kasut. apa lagi yang Masturina belum bagi?

sekecil tu Masturina boleh memerah otak untuk hadiah birthday mama.

nak bagi BMW? Masturina masih belum mampu.

rumah? belum boleh buat loan.

pakaian? ah. dah pernah bagi.

teddy bear comel2? mama bukan kanak2.

makanan? nanti mama telan, tiada lagi kenangan hadiah tu.

doa? tiap2 hari Masturina berdoa untuk mama.

Masturina termenung sepanjang hari memikirkan hadiah birthday untuk mama.

yes. Masturina dah tau nak bagi apa untuk mama. hadiah yang paling sempurna.