Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

LRT sucks

Putra LRT punya sistem down hari ni. hampir sejam aku stuck kat Masjid Jamek dengan beratus2 orang lagi.





bahu sakit. pinggang sakit. kaki sakit. lapa.


x larat dah nak mencarut.

Monday, September 12, 2011

dah start buat projek nanti korang x payah dah tengok aku post entry hari2 ye

disebabkan ofis penuh dengan perempuan, topik keperempuanan sering menjadi perbualan.


antaranya ialah resepi, masakan, kuih muih, suami dan anak2.


topik yang sedang hangat sekarang ialah mengandung. dari pagi tadi x stop lagi cerita pasal baby dalam perut lah, perut keras lah, jaga berat badan lah, beranak nanti sakit lah, itu lah, ini lah. haih. penat nak dengar.


dengar kata aku kena pindah ke menara sebelah. supervisor aku nak bawak aku gi sana petang ni.


tapi sebab dah start bergosip, ntah bila la dia nak bawak aku tu ye?

Gelabah nak update blog sampai lupa letak tajuk. Ass.

Hari ni penyelia dah ada.



Meja kosong. Xde Komputer, xde telepon.
So, esok aku kena bawak laptop sendiri. Struggle ah esok nak naik tren bagai...


I will feel like this.
But at least aku akan dapat meja sendiri.


Sigh.

Friday, September 9, 2011

Wanita emo, lelaki x emo. Gitu?

kat 9gag selalu ada post pasal perempuan emo time period.


kawan2 lelaki selalu komplen awek mereka over2 emo time period lalu mereka ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari awek mereka sekali dalam setiap bulan. iaitu ketika awek mereka period.


aku tau sebab mereka selalu cerita kat aku. mereka anggap aku lelaki jua.


tadi dengar gosip liar di ofis.
Tajuk Gosip : Encik J lafaz talak kat bini dia yang tengah pregnant.
Alasan beliau : bininya sangat emo time period. time pregnant, lagi emo. tambahan pula, bininya x sexy ketika pregnant.


adakah ini wajar?


well, male creatures, sila dengar nasihat aku yang sopan santun ni.


try la lalui kehidupan yang boleh rasa darah keluar and rasa geli geleman lepas tu senggugut kadang2 xleh nak bangun. plus, kena jaga kebersihan diri setiap jam. sebab darah tu bukan keluar sehari sekali. dia lebih kurang macam runny nose lah. tu pun dah rimas kan?


tu period.


kalau pregnant, badan naik sebab nak imbangkan dengan perut yang membesar. kalau x, patah la tulang si ibu. perut tu pulak bukannya ringan. dalam tu bukan isi yang boleh dibuang macam taik. dalam tu ada manusia. pinggang sakit. kaki bengkak. baju x muat, kena beli baru.


dan yang paling penting, perubahan emosi tu akibat dari perubahan hormon dalam badan. kaum wanita x boleh kontrol yang tu. kalau nak argue jugak, pergi argue kat atas sana.


paham?


untuk Encik J tadi, harap2 kau menduda sampai tua tanpa ada seorang perempuan pun dalam hidup kau sampai mati. termasuklah pelacur sekalipun. huh.

Thursday, September 8, 2011

hehe..saya nak tanya tapi x konfiden lah. hehe..

satu petang yang hening, masuk seorang gadis dari department lain ke department aku.


Gadis : Eh, sape ni? (merujuk kepada aku) Hehe..Sukati aku je tanya.


Aku : (senyum)


Gadis : (lepas sembang dengan orang lain) Oh, awak budak baru tu eh? Hehe..Tanya lagi..


Aku : Tak. Saya praktikal. (senyum)


Gadis : Dari mana? Ish. Nyibuk je kan aku tanya2?


Aku : UKM. (senyum)


Gadis : Course ape? Hehe..Banyak pulak aku tanya.


Aku : Komputer Industri (senyum dan terus pandang komputer)


aku x suka orang macam tu. kalau nak tanya, tanya je la. konfiden la sikit nak bertanya soalan. dah keje opis pun x konfiden lagi. huh.

Wednesday, September 7, 2011

kita tengok lepas Hari 1Malaysia macam mana

16 September - Hari 1Malaysia.
anda silap. ni bukan entry berunsurkan politik.

seperti syarikat ternama yang lain, TM pun suka menempa nama. so, aktiviti kawad, fund raising dan sebagainya amat digemari.

ofis sekarang agak kosong sebab ramai pergi training untuk kawad 1Malaysia kat Dataran Merdeka minggu depan. termasuklah bos aku.

sebab tu aku xde kerja nak buat sampai ke hari ni.

silap. tadi ada satu kerja. kena key in data orang kerja overtime. kerja tu pun aku buat x sampai setengah jam.

lepas tu, none, nothing, nada.

termenung lah aku sampai ke petang sambil main Plant Vs. Zombies.

lepas Hari 1Malaysia baru bos masuk kot. lepas tu introduce aku ke seisi department. dan akhirnya aku akan dapat meja aku sendiri.

dan mungkin masa tu aku akan ada kawan nak lunch sekali.

owh. this is why i'm all alone here. tengok list budak praktikal yang lapor diri Isnin lepas.

and the list goes on...
dalam 50 orang budak praktikal, aku sorang je kat GiTN. huh.

and aku sorang je lahir tahun 90-an.

p/s : baru hari ni aku berani update blog kat ofis. lagipun, kat sini diorang x pakai Mozilla. diorang pakai IE.

Monday, September 5, 2011

hampir2 nak update blog kat opis tadi tapi terbantut sebab orang asyik lalu lalang belakang aku

hari ni super bosan. so i'll just doodle it.










jam2 berikutnya, aku surf internet je lah. keluar makan pun x sebab kad pekerja aku x berfungsi lagi. so aku malas nak pinjam dari kakak2 dalam tu untuk keluar makan.

in the end, aku asyik tengok jam je. lambat betul masa tu nak bergerak ke pukul 5:30. hoh.

harap2 esok ada kerja untuk aku.

Sunday, September 4, 2011

Mari Belajar Teater

Ketua Kelab Kebudayaan aku dulu suruh tulis artikel pasal disiplin pentas dengan carta organisasi produksi. untuk 1st year baru nak masuk ni kot. dah berbulan tinggalkan teater. xtau lah ingat lagi ke x.

tipu je. aku dah siapkan artikel tu tadi. mestilah aku ingat. dua tahun berguru dengan senior2 DOT. yang paling banyak ajar, abg nas. tapi part produksi je lah yang banyak. sebab diorang selalu suruh aku jadi pengarah produksi.

sekarang aku rindu nak berlakon balik. produksi yang lepas, nak berlakon sebenarnye. tapi sebab ciri2 x mencukupi, jadi la pengarah produksi, again.

next sem xde DOT dah. fuck. dari sem lepas dah bubar kot. gila punya kolej. sem ni aku praktikal. nak datang jenguk UKM pun xtau nak jenguk pe.

rindulah sama teater.

sakit perut.

bye.

Bulan Syawal

1. Raya
- tak best
- duit raya ada la dalam RM10
- kakak dah selamat bertunang
- seminggu kat kampung rasa macam 100 tahun duduk bawah batu

2. Kekeluargaan
- tiada ikatan yang semakin kukuh. semua sama
- kecuali kakak aku. dia mengikat ikatan kekeluargaan dengan tunang baru dia lah
- kubur mak makin cantik. like!

3. Praktikal
- esok start dengan GiTN, Menara TM, Bangsar. kalau pergi Mid Valley, singgah la situ belanja aku makan
- pergi kerja nanti naik tren. DUA tren. sebab kat BTS xleh nak parking, kena naik STAR kat Miharja. tukar Putra kat Masjid Jamek. kalau aku drive, 20 minit dah sampai. tapi sebab kat sana parking mahal, kena naik tren. nice kan? huh.
- xde handbag yang sesuai. ada sape2 nak belikan? aku malas nak shopping. hahah.

4. Kesihatan
- makin gemuk. masa raya x makan banyak pun. tapi dah gemuk. tahniah
- pinggang dan kaki sama2 sakit. sehati sejiwa
- demam. nak tido lah

bye.