Monday, August 15, 2011

baju raya

masa kecik2 dulu mak aku suka pakaikan aku and kakak aku baju yang sama jenis, sama style. tapi saiz mesti ah lain2. raya pun macam tu. x pernah lain. diulangi, x pernah.

sebabnya kakak aku suka buli aku. and aku pun suka balas dendam kat barang2 dia. mak aku ingat aku dengki sebab kakak aku ada barang yang aku xde. so, semua benda yang kakak ada, aku ada.

well, obviously bukan semua la. sebab kakak aku suka pakai jam, aku x suka. and kadang2 kakak aku suka mintak macam2. aku x suka. tapi kalau mak aku yang volunteer belikan apa2, mesti aku pun akan dapat.

setiap kali raya, aku xkan risau kalau xde baju raya. mesti lebih dari sepasang sebab mak aku x suka tengok anak2 dia selekeh. mak aku ni suka bergaya. even tshirt yang aku nak pakai keluar jalan2 pun kena gosok. padahal nak pergi pasar pagi je pun.

dah besar sikit, aku dah start design baju raya sendiri. terpengaruh dengan mak aku yang selalu tempah baju untuk dinner2 or kenduri. nak xnak, mak aku kena la jugak layan taste aku. setahun sekali je kan.

pernah sekali tu aku addicted tengok cerita kungfu. so baju raya tahun tu pun ikut style heroin dalam cerita kungfu tu. cuma mak aku edit la design aku tu bagi nampak macam baju raya sikit. hahah.

start aku form 3, aku dah malas nak tempah baju raya. kalau mak aku dah siap2 beli kain nak buat baju, aku suruh je tempah baju kurung biasa. kadang2 mak aku beli je baju dah siap kat first lady. sebab at least baju kurung kat situ lawa2. kalau aku yang pilih, mesti biasa2 je. huuu..

sekarang, aku langsung dah xde mood untuk baju raya. tahun ni pun aku rasa nak pakai je baju kurung yang aku ade. tapi kakak aku paksa2 beli jugak baju. sebab raya ni dia nak tunang.

dia suruh aku beli dua baju. kalau aku xnak baju raya pun, at least beli baju untuk dia tunang. and of course, baju untuk masa dia kawin bulan 12 nanti.

haih. malasnye lah nak pergi shopping baju.

p/s : sape2 ada x link nak download cerita drop dead diva season 1 and 2? nak link yang cepat, tangkas, mudah dan berkesan. malas nak cari. hahah.

Sunday, August 14, 2011

McD amik budak lepas UPSR ke kerja kat sana?

pada suatu pagi dalam pukul 10:35 am, aku drive ke mcd dengan tujuan nak lalu dekat drive thru mcd. malas pulak rasanya nak tayang muka dalam restoran mcd tu.

Awek McD : Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan anda?

aku : (sambil pandang ke board order depan kereta)

Er...Bagi saya Spicy Chicken McDeluxe, medium, light coke eh

Awek McD : Maaf ye. Tu untuk tengahari punya. Pukul 11 baru boleh order yang tu. Sekarang still breakfast

aku : Aaaa...Ok....Mana eh menu breakfast?
(sambil tinjau2 sekeliling. board kat belakang pun aku tinjau. sebab x hafal breakfast punya menu)

Awek McD : Tu yang depan cik tu

aku : (pandang depan)
Xde lah. Yang depan ni bukan breakfast punya

Awek McD : Ada....(suara dia sangat yakin dan macam nak cakap aku ni bodoh bangang buta sangat)

Fuck You.

Reunion 2011

dah lama x berbuka besar besaran macam tadi. maksud aku, makan buffet. boleh makan non stop dengan pelbagai jenis lauk pauk yang boleh diambil sesuka hati.

tahun lepas pun xde rasenye. last time aku berbuka buffet kat tempat yang kena reserve, bila ntah. tapi dengan mak aku. dengan mak aku selalu dapat makan best2. sebab dia banyak connection.

ok. sekarang aku xtau nak fokus pasal buffet atau pasal mak aku punya connection.

mak aku ni dia kerja TM as a supervisor. dia rajin involve benda2 yang TM anjurkan macam family day, dinner, kelab wanita, kelab apa ntah lagi, marching time 31st August, etc. banyak sangat. sebab tu mak jarang ada kat rumah.

bila dah banyak join aktiviti, banyak la jugak invitation dinner and tea time kat tempat best2. tempat yang kitorang xkan mampu pergi sendiri. so, mak akan angkut aku and kakak aku pergi makan free.

dah lama2, mak banyak handle macam2 majlis, dia pun dah kenal dengan orang2 hotel. kadang2 tu manager hotel tu yang bagi mak makan free kat hotel dia. salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Hotel Citrus kat KL. ada la dua tiga kali kitorang pernah berbuka kat situ.

mak aku memang power.

berbalik pada buffet tadi. makanan banyak. macam2 jenis. sampai 2-3 round la juga bertukar pinggan. budak2 lain semua sibuk amik gambar, aku dengan kawan aku setia duduk depan makanan.

tapi aku xsure aku makan banyak ke x. sebab aku x ingat. yang aku ingat sekarang, aku dahaga je. hahah..

puasa2 ni kering juga tekak ye. masa sahur minum la banyak air. lepas berbuka pun minum lagi banyak air. supaya x dahaga dan cepat hilang fokus ketika makan macam aku.

sekarang aku still x sure lauk apa yang ada tadi. kecuali kambing panggang. ok. aku nak minum kopi ais sekarang.

 updated : sekarang perut macam masuk angin. aku betul2 confuse aku makan ke x tadi. hahah.

Saturday, August 13, 2011

simpang bersepah

simpang nak masuk taman aku xtau la nak kata simpang empat ke simpang apa. tapi dari dulu aku ngan mak aku panggil simpang tu simpang bersepah.

awal2 pindah sini dulu xde lagi traffic light. bayangkan je la macam mana semua orang berebut2 nak lalu dulu. tengok gambar ni.


jalan hala ke taman aku tu naik bukit. kalau datang dari arah kanan (dalam gambar) tu, memang x nampak pun kereta datang dari arah kiri (bawah bukit). kena intai sampai keluar kepala kat tingkap baru nampak kereta yang kat area rumah-rumah orang tu.

lepas dah dapat lesen, berdebar la juga nak lalu simpang ni. tapi terpaksa la jugak gagahkan diri sebab ni je satu2 nya jalan nak balik rumah. dah la xde lampu jalan. kalau malam, memang semua orang sanggup berhenti lama2, tinjau dulu kiri kanan depan belakang, baru jalan.

x lama lepas tu baru la diorang tambah lampu jalan dengan traffic light. tu pun nasib je la kalau lampu jalan tu elok. kadang2 silau je mata sebab lampu jalan rosak, traffic light je hidup. bangang jugak sistem lampu2 kat simpang tu.

tadi, traffic light kat simpang tu rosak. arrow merah2 tu hala perjalanan aku. memang neves. boleh tahan juga bilangan kereta bersimpang siur x sabar2 nak jalan tadi. dah sampai waktu lunch, macam tu la.

nasib baik aku x lalu time budak2 balik sekolah. kalau x, semua orang stuck kat tengah2 tu. campur dengan budak2 sekolah yang melintas macam ayam, pengguna jalan semua kucar kacir nak balik rumah, simpang tu akan jadi macam medan perang. scary.

tu pun jalan tu dah upgrade sikit. sebelum ada traffic light dulu, jalan tu lagi la x senonoh. tapi x pernah pulak aku tengok orang accident teruk kat situ. kira bersopan santun la juga orang2 taman aku ni ya? hahah.

p/s : sakit perut. jap lagi ada reunion kat Shah Alam. macam mana aku nak habiskan semua makanan sedap kat buffet tu nanti?

Wednesday, August 10, 2011

susah la bila ada hati yang cepat terasa ni

kadang2 aku suka buat benda yang menyakitkan hati sendiri.

kadang2 tu x perasan pun benda tu boleh menyakitkan hati.

lepas tu bila start sakit hati, start la sakit mata pulak.

lepas tu bengkak2 mata.

fuck.

masalah tidur lagi

sekarang kesukaran tidur makin teruk. kadang2 tu aku saja je main game sampai pukul 1 pagi untuk buat mata mengantuk tahap karma.

mengantuk tu memang dah power. bila dah kencing, basuh kaki, basuh muka, letak minyak kat perut, baring, pejam mata, golek2, sejam lepas tu, aku still x boleh tidur.

tiba2 je nanti aku terbangun sebab alarm sahur dah bunyi2. lepas sahur ala kadar, aku ulang step yang sama seperti malam sebelumnya, aku try tidur balik.

in the end, bila kakak aku dah pergi kerja pukul 7 pun, aku still x boleh tidur. last2 terbangun sebab sakit kepala macam tidur lama sangat padahal baru pukul 10. 

kata orang ubat demam dengan ubat selesema boleh buat mengantuk. doktor pun cakap macam tu. sekarang, tiap2 malam aku makan ubat demam and selesema.  x boleh tidur jugak.

malam ni nak try makan semua jenis ubat yang ada pulak.

dah. aku kena pergi beli barang. kang kakak aku marah xde barang nak masak. kakak aku makin cekap cipta menu berbuka. kadang2 sebelum berbuka pun dia dah reka esok nak masak apa.

harap2 esok muka x sembab macam hari ni. sebab esok nak jumpa orang penting. heh.

Monday, August 8, 2011

Entry bercampur baur

tempat honeymoon yang jadi keinginan sejak azali adalah Venice. tapi rasanya x mampu kot. so nak pergi Australia je lah. hahah.

dari kecik teringin nak pergi Australia. nak study kat sana and kerja kat sana. tapi result matrik pun macam celaka je so dapat kat UKM pun jadilah.

last2 aku simpan keinginan nak kerja je kat Australia. pernah juga cakap kat mak. dia bagi. alasan dia "nanti mak boleh la visit Wan kat sana! sambil shopping2!!" aku dah agak. mak aku memang suka jalan2. hahah.

lepas mak meninggal, aku bagitau kakak aku pulak azam nak kerja kat Australia. then dia x bagi sebab tinggal kitorang berdua je kan. nak tanya ayah aku, ntah mana pulak dia sekarang. duit pun x pernah bagi, ni kan pulak aku nak pandangan beliau tentang kerja di Australia. hahaahahahaha..

oh ya. kakak aku dah nak kawin bulan 12 ni. buat kenduri kat kampung, Teluk Intan. lega juga aku dia nak kawin. nasib baik sedara ramai tolong2 buat persiapan kawin. ayah aku? dia setuju nak jadi wali pun kitorang dah bersyukur habis. tu pun kena gertak2 guna parang, baru dia nak datang bincang pasal kawin.

apahal masuk cerita kakak aku nak kawin ni? mungkin aku harap lepas dia kawin, dia bagi aku lari ke Australia? harap2 begitulah. sebab aku xnak menghabiskan sisa2 remaja aku duduk serumah dengan dia and laki dia dan kemungkinan anak2 dia.

"lepas Wan ni dah stabil atau dia nak kawin baru Lis fikir nak duk mana" kata kakak aku kepada nenek aku semalam. so, terbuktilah bahawa aku kena kerja kuat2 sampai dapat gaji berjuta2 atau kawin awal, baru la aku boleh duduk rumah sendiri tanpa kakak dan keluarganya.

kenapa aku suka Australia? entah. aku ikut perangai mak aku kot. sebab dia suka oversea. tapi mak aku suka London. sebab dia pernah pergi sana masa aku kecik2 dulu. walaupun aku x pernah pergi Australia, tapi suka jugak. xtau lah kenapa. jangan banyak tanya boleh x?

so, doa2kan lah aku kerja nanti dapat gaji juta2. ataupun aku kawin awal. weehuuu~~!!

Friday, August 5, 2011

haram jadah

sekarang kecoh Starbucks haram. Old Town White Coffee pun nak kata haram juga. and semua cafe kat Malaysia macam dikatakan haram je.

so orang2 tua sarankan, "masak je lah kat umah wan oiii. lagi yakin yg hang masak tu halal."

haaa yelah. kalau aku beli ayam yang x gerenti disembelih ikut cara Islam, yang aku masak tu x yakin lagi halal, ye dak?

sebelum menyebar2kan benda2 macam ni baik la siasat dulu akak2, abang2. ni aku jumpa ade orang buat aduan kat JAKIM. rasa macam nak pergi salam orang tu sebab at least dia pergi tanya orang yang lebih mengetahui.

 klik sini

aku bukan apa. bila ada benda2 macam ni, mesti lah terdetik juga kat hati aku ni takut la kan benda2 tu haram walaupun aku ni bukan la baik sangat. tapi kalau ada benda yang aku boleh elak, aku try elakkan.
kalau JAKIM besar besaran promote kat tv or akhbar cakap mana2 produk haram, nescaya aku tinggalkan serta merta. tapi kalau setakat khabar angin yang indah dari rupa ni, please. 

nak cakap apa, cakap lah. banyak lagi benda haram yang lain yang hari2 kita buat tapi kita x sedar.

peace.

Wednesday, August 3, 2011

tiba2 terbaca akhbar

berita agak terkini. klik sini.

sape2 yg nak berkongsi pendapat, silakan.

p/s : lepas berbuka, kita buat apa? sendawa2 lepas tu termuntah tiba2. hahah.

p/s/s : aku nak skip 4 bulan lagi boleh? harap2 esok bangun, dah bulan 1 tahun 2012. yay.

p/s/s/s : tiba2 esok x bangun2 dah. scary juga.

p/s/s/s/s : ni la akibat kalau xde idea nak post apa2 sebenarnya. ok bye.

Tuesday, August 2, 2011

ya ya. ni blog aku.

dah tukar layout. gila babi punya hambar. lantak lah. asalkan x serabut macam dulu. bukan ade orang visit pun. hahah.

p/s : aku dah cakap, duduk rumah memang bosan. lagi2 time puasa. haihhhhhh