Monday, January 18, 2010

KEM TAHUNAN KDO namenye~

akhirnya aku post juga entry ni...entry ni mungkin agak celaru dengan susunan cerita yang x betul...dan aku malas nak susun dah sebab malas nak tangguh lagi untuk publish entry ni..so, bace saje~

disebabkan tahun lepas BSMM KDO dah buat v-care camp, x pasal2 kem tu jadi kem tahunan lak...so macam biase, 1st year semua wajib pegi ah...suka x suka, kena sukakan jugak...

di sini, aku nak tanye...aku penah ke g camping??hahahahaha...kakak aku pun leh pelik gile laa kan bile dengar aku nak beli barang2 untuk g camping...fine!!camp yang aku penah g pun, tower camp iaitu anjuran TM...biase ah..anak TM..hahahaha....tu pun kitorg tido kat menara KL yang rata2 mak bapak semua tunggu anak2 diorang kat situ..ye ah..yang join ni pun 12 tahun ke bawah...so mesti ahh mak bapak risau..padahal bukan masuk hutan pun....time tu aku darjah 4, rasenye...tido selesa gila dalam aircond berbekalkan sleeping bag...mandi pulak kat toilet cun gila dan x berebut pun..makan jangan cakap ah..siap ade yang kene suap lagi...

ok, tamat untuk camping yang xde rupa camping tersebut...kem tahunan kdo dianjurkan oleh BSMM dan tapak kem tersebut adelah di Hutan Pendidikan Alam, UKM...a ah la...bukan jauh pun..xyah ahh pandang sinis!!huhu...kalau jauh, confirm aku x g...peduli hape aku!

kem bermula di suatu pagi yang indah *aku lupe tarikh die* ...semua student breakfast dlu kat kafe kdo kecuali aku kerana aku x makan pagi ye...berbekalkan tag nama yang dieja dengan nama "azwan" dan juge file kaler oren yang ku minati, aku dan rumet bergerak ke foyer untuk dengar taklimat dan bergerak ke dectar untuk menaiki bas..serius aku syukur gile ade rumet...kalau die xde, mesti aku hangin je ahh sepanjang kem tu...

aku dan rumet terpisah kumpulan..aku 9, dia 10....tapi aku usaha jugak naik bas same dengan beliau, duduk same dan juge makan same2 dengan beliau...kenape?sebab aku kan susah sikit nak bersosial..apatah lagi nak buat kawan baru...heh..sukati aku la!walaupun group lain2, tapi group kitorang selalu digabungkan untuk meminimumkan jumlah group untuk sesuatu aktiviti...nasib baik budak2 group aku ramai dak DOT...kalau x, haram aku nak stay dalam group tuh...

aktiviti diteruskan dengan pelbagai ceramah tentang pertolongan cemas dan etc....seronok laa sangat, kan!rumet cuba sedaya upaya untuk menenangkan aku yang x suka bercamping nih...dalam banyak2 aktiviti hari tu, aku suka aktiviti yang tertulis "minum petang" , "makan tengahari" dan "makan malam" sahaja...kerana aku x perlu dengar ceramah yang aku sendiri pun x paham...dan aku x perlu memaniskan muka masuk ke group....

sebelum start aktiviti lagi aku dan rumet telah menganjeng beberapa orang termasuk dak2 DOT...antaranya :

ismeth : 1) die duduk belakang skali dalam bas..sorang2...mungkin sebab orang lain x muat duk tepi die?then time naik bukit, beliau sedikit sebanyak membantu pakcik bas tersebut dengan mengkedepankan sedikit badan beliau supaya sedikit ringan..hahahaha..sumpah lawak..rumet paling kuat gelak...

2) time dengar ceramah cpr, penceramah tu cakap "kalau mangsa bersaiz besar, kulit die tebal..so kene tekan kuat2" ...aku dan rumet terus berpandangan dan gelak kuat2 kerana kami mempunyai daya pemikiran yang same..hahahahaha.............

arep : beliau terkenal dengan gaya penyanyi indie/rock...tetapi imej tersebut merosot kerana beliau menjadi tukang karut untuk dikir barat..adehhhh....dan memperkenalkan perkataan baru "ba-tuuut" .....

oja : dia dipanggil untuk melakukan simulasi cpr di depan semua orang...1st step adalah check jika kawasan bahaya atau selamat...jadi, dengan mangsa di hadapannya, dia berkata "ok, tempat ni selamat!!" dengan senyuman gembira walaupun mangsa itu hampir2 mati..semua orang gelak..haha...

banyak lagi laa yang kitorang nganjeng...ade juge beberapa orang yang dimasukkan ke dalam list "the bitches" ...orang2 tu laa yang selalu dikutuk oleh kami berdua..kalau kitorang x buat gitu, confirm2 mati kebosanan...disebabkan nak masuk hutan, awal2 lagi rumet berpesan supaya tidak mencarut...urgh..itu sungguh susah..tapi aku cuba juga..dan akhirnya aku hanya mencarut sebanyak 7 kali dalam masa 2 hari..hebat kan?rumet x nampak macam bangga dengan pencapaian aku..tapi aku bangga!

kami x mendapat pengalaman untuk tidur dalam khemah kerana hari hujan dan lipan berbisa yang sangat besar seronok berkeliaran di dalam khemah..jadi, yang perempuan tidur di surau dan lelaki tidur di pondok yang terletak bersebelahan dengan surau..menarik, bukan?aku tido buka tudung juga..aku kesah pe kan?hahaha...

malam tu seperti yang dijangka, kami dikejutkan semula setelah tido hanya 1 jam...diorang buat program menyelamatkan mangsa di dalam hutan...nasib baik aku ditempatkan dalam kumpulan kebajikan iaitu membantu mangsa2 yang telah dipindahkan ke dewan..so, xyah laa masuk hutan ketika malam pekat gitu...aku malas nak amik port sebenarnye sebab aku tengah sejuk gile dan mamai pun x hilang lagi...

mangsa pertama masuk..aku pun meneliti cara2 BSMM mengangkat mangsa dari stretcher untuk dipindahkan ke tikar...dan dari sudut yang aku duduk, aku terpana...sangat kagum dengan teknik diorang sebab mangsa sangat selesa walaupun dalam keadaan cedera...sejak itu, aku terus bersemangat untuk membantu mengangkat mangsa dari stretcher..rumet entah kemana...

1st mangsa aku adalah fifie chan..beliau sudah terbaring di atas tikar so aku kehilangan seorang mangsa yang kecil untuk diangkat...aku pun bersembang laa dengan fifie walaupun aku perlu menyediakan kaedah perubatan untuk beliau...hahaha...

then aku masih lagi mencari2 mangsa yang bersaiz kecil supaya mudah bagi aku practice angkat mangsa dari stretcher...jadi, mangsa yang paling sesuai bagi aku adalah mangsa yang terakhir iaitu khai...badan die kan kecil saje..jadi, senang la...aku jadi pengangkat utama yang perlu angkat kepala dan memudahkan segala urusan pengangkatan mangsa tersebut...sangkaan aku ternyata meleset...khai sangat berat rupenye...lupe pulak aku yang lelaki berdada bidang..so, sangat susah ketika aku perlu mengangkat bahunya...tapi, aku berjaya...dan BSMM semua bangga dengan aku..heh....

malam itu kami tidur lebih kurang jam 3 pagi..mungkin lebih...kemudian subuh dimulakan dengan aku yang mamai mencari tudung kerana lampu sudah dipasang...hari tersebut diteruskan dengan aktiviti explorace dan jungle trekking...explorace sangat seronok...jungle trekking sangat bosan...kami ditipu..kononnya ada sungai..tapi yang ada hanyalah sebatang sungai kecil paras tapak kaki..sungai tu macam aku tertumpah air melo atas karpet saje...cis....namun, group aku berjaya merangkul gelaran naib juara untuk explorace...pergh..bangga ah!

kem diakhiri dengan ucapan pengetua sambil aku dan ahli2 group 9 dan 10 melepak2 di belakang dewan menganjeng2 orang lagi...selepas mengemas kawasan kem, kami pun pulang semula ke kdo dengan perasaan yang amat rindu kepada bilik, katil dan lappy...ohhh....

kem ni best juga walaupun untuk 1st timer macam aku...aku paling suka time program menyelamat tu laa sebab dapat selamatkan orang dan belajar cara2 angkat orang dari stretcher yang aku sangat kagum itu...so, kem ni aku bagi 3 bintang lah..tahniah!

sedikit gambar untuk tatapan..dan sekian~


bas yang baru tiba di destinasi


aku yang tekun mendengar ceramah


pelajar lelaki xde..belum sampai lagi..lambat ah!


suasana pada malam kebudayaan..lihat kami di belakang sana


ahli kumpulan ku...dan beberapa orang yang sibuk terutama ismeth


abaikan aku yang nampak gemuk kerana terlampau
gembira dapat menyelesaikan cabaran tersebut


sebelum bergerak masuk hutan..ismeth masih mencapub


mangsa aku pada malam itu..haha~


port kami di belakang...

sudah dewasakah aku?

aku baru pulang dari kursus aspirasi..butiran kursus tersebut sangat sulit jadi, x perlu tanya kerana aku xkan cerita pun..lain laaa kalau ade yang nak sponsor aku g venice..ngahahaha...ok...itu keluar topik...

melangkah je ke tahun 2010, menandakan umur pun meningkat saban tahun..saban hari...aku sungguh selesa menghadapi tahun2 sebelumnya walaupun banyak obstacles and stuff tapi aku x kesah..kerana aku masih belasan...dan bagi aku, umur belasan tahun masih lagi mentah dan banyak lakukan kesilapan untuk belajar erti kehidupan...tapi, bila melangkah ke tahun puluhan, aku rasa bimbang...banyak tanggungjawab yang perlu dipikul...dan bukan semua perkara boleh dipandang remeh seperti sebelumnya...

mengapa aku fikir tentang ini?kursus aspirasi memang x memberi impak terhadap kesedaran umur....tapi aku belajar bagaimana mahu membawa diri..ye la..aku ngaku..aku memang sombong dan x reti nak bergaul dengan orang baru kenal..tapi, aku cuba juga, kan?hahahaha..cukup setakat itu...

tahun ini, bulan november, aku berumur 20 tahun...haihhh...sangat berat dada aku bila memikirkan umur itu..bukan takut untuk menghadapi hari tua..tapi takut akan cabaran dan tanggungjawab yang akan datang...lagi setahun, aku akan bebas dari pegangan keluarga...itu juga sangat besar tanggungjawab...kerana aku perlu menjaga diri sendiri dan prepare for all the consequences of my doings...huh....

aku berazam untuk tidak menyusahkan mak dan kakak lagi *ok..nampak macam aku slalu nyusahkan mereka* ....sebagai anak bongsu, aku sangat nakal..semua benda aku nak buat sendiri tanpa pertolongan mereka..last2, mereka kena tolong juge kerana aku telah pilih jalan yang salah...haihh...harap2 umur yang matang ni akan mematangkan juga pemikiranku...roomate aku kate, aku dah cukup matang...tapi, aku x rasa begitu..aku perlu lebih matang...ya....

entry kali ni mungkin x bermakna bagi segelintir pembaca...tapi, inilah luahan aku untuk blog..so, aku kesah pe??hahahaha....sekian~

Tuesday, January 12, 2010

hari down sedunia

sepatutnya aku update tentang camp kdo 1malaysia hr tu...tapi aku xde mood sekarang...aku sedang down...

mungkin tajuk agak hiperbola..tapi, biarkan saja aku dengan pemikiran aku...

pagi tadi bermula dengan ceria...sungguh ceria..bangun awal..ke kelas...pulang ke bilik...kemudian kelas asas elektronik tadi mungkin merupakan titik tolak kepada ketidakstabilan mood aku hari ini...dah laa lambat..kene buat 5 soalan yang x sempat aku siapkan..jadi aku hantar kertas kosong sekaligus namaku popular sebentar diumumkan di DEWAN kuliah tadi..merah padam mukaku...

dicampur pula rasa mengantukku yang x semena2...sempat tido sekejap je kat bilik mengakibatkan aku pening2 ke kelas hubungan etnik...tapi kelas tu ok je..seronok seperti biasa..dan habis tepat pukul 7...

lepas makan malam dengan kk di bilik, aku pun mengambil kesempatan untuk melelapkan mata..mula2 di atas lantai..kemudian melompat ke atas katil...kemudian terbangun tepat2 masa untuk ke meeting aspirasi...bergegaslah daku dan aku pening2 kembali...

kami meeting dengan aku kebekuan di bawah air cond...jawatan aku dinaikkan...ok..itu agak stress kerana aku dah dapat rasa tanggungjawab yang berat itu...kemudian trip ke KFC bersama DOT hujung minggu ni terpaksa dibatalkan kerana aku perlu ke kursus aspirasi selama 2 hari 1 mlm...

aku rase bersalah...dah lame abg say o merancang trip itu..tapi syik ditunda..dan kali ni ditunda lagi kerana aku...tapi aku berkeras...tapi beliau lebih keras..jadi aku pun mengundang semula semua ahli DOT untuk menunda tarikh trip tersebut..belum ada yang reply..x mengapa...

kemudian aku mengajak ismeth untuk melantak di KTHO bersama abg nas...ismeth x reply..itu menyumbang kepada tahap stress aku...bukan salah beliau..mungkin kerana aku amat perlukan teman untuk mabuk2 sebentar...abg nas pula masih sibuk..jadi, aku pun menyibukkan diri di bilik dengan siri2 one piece...

kemudian sedang aku mengelamun melayan keemoan, abg zul *kawan mak* memberitahu bahawa ibuku demam..aku makin down..dah la aku asyik menolak pelawaan beliau untuk pulang ke rumah..ingatkan minggu ni nak balik laa rumah selepas bersuka ria di KFC...tapi ada pula kursus aspirasi tu...haihhh...

sumpah aku sedih...memang aku selalu cakap, aku bukan anak manja..tapi semua orang pun tau, bila mak demam atau sakit, mesti kita rasa nak je balik, jaga dia...mula rasa bersalah kalau ada melawan cakap dia..tapi aku nak balik bila?tadi aku ym mak...mak x reply...then die terus logout...mungkin dia marah aku?atau mungkin dia x perasan ym dari aku?apa2 pun, aku amat sedih..sehingga sekarang..jangan cuba bantu kerana perasaan ini aku perlu overcome sendiri...esok aku akan call mak, tapi bukan malam ni..biarlah dia berehat dahulu...

itu sahaja..sekian~

Sunday, January 10, 2010

kejatuhankah?

kejadian mefek...warga dot semua tau kejadian mefek..namun aku menulis untuk orang lain juga..jadi, aku akan ceritakan serba sedikit tentang perjalanan dot untuk mefek 2010...

bermula dari perbincangan jalan cerita...semua orang menyumbang idea...tema ketika itu adalah 1malaysia dan muzikal..jadi, timbul pelbagai idea..kisah ibu dan anak yang berlainan bangsa...kisah warung mamak...3 sekawan...dan akhirnya idea datang dari abg nas yang diterima pakai....

tidak lama kemudian, kami dapat surat invitation yang rasmi dari kajai...mereka menyatakan bahawa tema 1malaysia itu hendaklah disertakan dengan sedikit unsur dari filem2 P.Ramlee....ok..itu sangat membingungkan...jadi kami teruskan dengan idea asal abg nas dan skrip asal ditulis beliau...jalan cerita tersebut tidak perlu diceritakan di sini...jika ada yang mahu tau, sila minta video kerana xleh nak upload masuk youtube...

sesi latihan bermula dengan agak hambar..teruk...dan pelbagai masalah timbul...seperti juga hubungan adik beradik..walau rapat macam mana sekalipun, tentu bergaduh juga, betul x?dua hari sebelum pertandingan, kami rapat semula setelah segala perselisihan dijelaskan...

selama dua hari tu la kami betul2 practice...segala scene yang x siap, kami siapkan..segala lagu yang perlu tiada, kami adakan siap dengan lirik yang telah diubah...segala koreografi juga telah direka...dan sempat juga kami menukar beberapa scene..bagi aku, itu sangat hebat...syabas DOT...

seperti biasa, jika berlatih dengan DOT, mesti la pulang lambat...lagi2 kami kesuntukan masa...selalunya selepas subuh baru tidur...jadi, ade la antara kami yang x tidur dan terus ke kelas...lambat dan juga x datang kelas, contoh terbaik adalah Ismeth..haha...

tapi, apakan daya...aku memang rasa yang segala kami dah tempuhi amat x berbaloi, tapi aku tau ade hikmahnya di sebalik kekalahan ni...kak leha cakap "batch kami x pernah x dapat placing"...itu aku ingat sebab aku rasa terkilan juga bagi pihak dia...tapi, bagi batch aku, mula2 lagi kami dah dapat 1st untuk boria..kemudian 2nd untuk english drama...tipu la aku kalau aku kata kami x berlagak...bagi aku, kalau kami x kalah sekarang, bila lagi?mungkin jika kami kalah kemudian, mesti kami akan down dengan teruknya..jadi, biarlah kami rasakan kekalahan ini sekarang...

jadi, kami dapat pengajaran dari situ...jangan pandang remeh pada kolej2 lain...dan jangan terlalu konfiden dengan apa yang kita ada..bagi aku, ini bukan kejatuhan..ini adalah titik tolak untuk kebangkitan....aku masih sayang mereka tidak kira apa jua berlaku...itu sahaja..sekian~

p/s : tahniah kepada abg hazal kerana dapat anugerah pelakon lelaki terbaik..dan tahniah kepada abg say o kerana mendapat tempat pertama dalam pes 10...dan tahniah kepada kk kerana berjaya membawa watak tengku zaleha sehingga merentap hati dan perasaanku...

Thursday, December 31, 2009

it has come to an end

perjalananku pada hari terakhir tahun 2009
pagi ni buat pertama kalinya untuk sem 2, aku bangun lambat dan terlambat ke kelas...kemudian hari berjalan dengan agak luar biasa...aku dan mai tercongok di perhentian bas FTSM hampir setengah jam...ketika itu jugalah ada pelajar Arab bertanyakan arah pada mai "where's the faculty of information?" dan mai menunjukkan fakulti kami di belakang bus stop tersebut...lalu mereka mengangguk tanda faham dan terus memandu naik ke zaaba...dan itu memang pelik...

beberapa ketika dilalui dengan penuh kebosanan dengan terik matahari, datang lagi satu kereta yang dipenuhi dengan pelajar Beijing bertanyakan arah untuk ke suatu tempat..kemudian aku blur kerana bahasa inggerisnya sangat ber'slang'...kemudian salah seorang dari mereka explain "we want to register english" kemudian barulah aku faham...lalu aku dan mai struggle menunjukkan arah PPU...mengapa struggle?kerana mereka sukar untuk memahami apa yang kami cuba sampaikan dan sudah tentulah mereka tidak tahu apakah itu Pusat Pengajian Umum...

walaupun kami sudah membantu pelajar2 asing tersebut, timbul kegusaran di hati seperti "diorang jumpe x jalan?" dan "camne dengan Arab2 tadi tu?diorang x turun lagi dari zaaba" ...padahal nasib kami yang masih menunggu bas ni masih x diketahui kerana kami risau jika bas tiada dan kami terlepas kelas yang diadakan di FSSK....namun nasib kami baik kerana bas zon 2 pun muncul akhirnya...

kami singgah di pusanika untuk mengambil buku di kedai fotostat dan terus ke kelas memandangkan sudah malas mahu memanjangkan langkah untuk pulang ke bilik...kami masih ada 25 minit sebelum kelas bermula dan buat pertama kalinya kami berjaya menjadi orang pertama yang sampai *memang la...selama ni gerak dari bilik 10 minit sebelum kelas* ...dan pertama kali jugalah kami duduk di barisan depan...kelas membosankan dan mai mengantuk...aku juga mengantuk...dan beberapa pelajar bising bergosip di belakang kami mengakibatkan aku dan mai bergosip pula tentang mereka secara bertulis...

kelas tamat awal dari yang dijangkakan..jadi aku ada banyak masa terluang di bilik...jadi, anime lah aktivitinya...seperti yang dirancang, malam ni pasti ada latihan teater dan tamat pada pukul 2-3 pagi...walaupun masih terlalu awal, aku ingin juga katakan...hari terakhir untuk 2009 ni penuh dengan perkara2 baru dan pelik bagi aku walaupun bakal berakhir pada jam 12 malam ni...sepanjang hari ni aku mengalami satu perasaan pelik yang aku pun xtau macam mana nak explain...

ucapan klise sempena bermulanya tahun baru
banyak perkara yang telah berlaku pada tahun ni...mungkin lebih banyak yang pahit dari yang manis...tapi, semua itu adalah memori aku...tidak kulupakan, tidak pula aku buangkan...akan kusimpan dalam kotak ingatan, terus melangkah masuk ke 2010 dan tidak berpaling lagi...selamat tinggal, 2009.....

sekian~

Saturday, December 26, 2009

this is all about my dreams...

dream #1
when i was young, aku teringin sangat nak jadi polis...mase kecik2, slalu main kejar2 and aku berangan time tu aku polis yang tengah kejar penjahat...ataupun main polis entry...setiap kali melukis pun, aku akan lukis polis...x pun keta polis..ape2 laa yang berunsurkan polis...

dream #2
actually, dream #1 dengan #2 ni bersangkut paut...sebab aku nak jadi ahli forensik...mula2, aku sangat tertarik dengan csi...kemudian aku pulak yang teringin nak jadi macam diorang...aku takut nak jadi polis sebenarnye sebab takut kena tembak *fikiran budak kecil ok!* ...so, aku decide untuk jadi ahli forensik...and i carry the dreams throughout several years...

dream #3
cita2 aku untuk jadi ahli forensik terhapus begitu sahaja bila ade orang cakap "adik, orang yang pakai specks, xleh amik course forensik, tau?" ...sampai sekarang aku still xtau pakcik tu tipu aku ataupun benda tu betul sebab aku terus lupakan impian tu dan beralih....aku terus jatuh cinta dengan perhotelan dan seni kulinari...mase tu aku baru form 4...dan aku tension betul dengan subjek2 sains...so, aku study main2 sebab aku fokus kat hotel je...last2, aku tau..aku kena jugak lulus dengan cemerlang all the science subject to enter the university no matter what course u want...in the end, aku x cukup cemerlang untuk ambil kursus perhotelan di uitm.. *ye..aku sangat teruk dalam pembelajaran* ...

dream #4
actually, impian ni x patut diberi nombor sebab aku membawa impian ni sepanjang hidup aku since i'm with the school band...impian untuk bergelar seorang pemuzik professional dan bermain untuk MPO *malaysian philharmonic orchestra* dan menjelajah ke seluruh pelusuk dunia...dah masuk ukm pun, aku still join orkestra ukm untuk memenuhi wajib universiti iaitu ko-kurikulum....jadi, impian aku menjadi semakin cerah dan mudah digapai...

tambah2 lagi, encik rejab offer aku 2K gold flute crafted head join yang bernilai hanya RM5OOO...bagi yang tidak clear pasal dunia orkestra ni, meh aku terangkan...untuk gambaran flute tersebut, sila google...bagi aku, kalau aku mempunyai flute tu, impian aku bukan sahaja semakin cerah...malah tidak mustahil untuk digapai...pelajar macam aku ni mane laaa nak ade duit sebanyak tu..so, aku try minta loan kat mak and kakak aku...jadi, aku telah dikecewakan sekali lagi... p/s : mereka agak membantah dengan dunia orkestra aku....

dream #5
mungkin impian berkenaan orkestra patut dihapuskan sama sekali sebab sekarang jiwa aku sudah kosong...kosong tanpa muzik...aku tau aku patut kejar semula impian tu dan memenuhi kehidupan aku dengan barisan orkestra playing the nicest piece....tapi, aku patut berfikiran jauh ke hadapan...now, i'm thinking about working overseas...australia, maybe...dah agak lame aku fikir tapi baru sekarang aku berniat nak uar2kan...ye....mungkin ade orang cakap "laaa...study kat dalam je..pointer pun hampeh..ade hati nak keje kat oversea??!!" sambil gelak2 sinis....then i will say "so, ade ke aku suruh korang tampung duit blaja aku?ade ke dekan aku jumpe korang sebab pointer aku?ade ke aku suruh korang tampung duit kapal terbang aku untuk g australia?sekurang2 nye aku ade impian dan aku berusaha untuk impian tersebut" ...dan aku bayangkan orang2 tersebut terdiam, terduduk dan meleleh air liur *ok...i've just made the last one up* ...

kenapa tiba2?aku baru sedar yang umur aku dah 19...jadi aku x patut lagi mengikut je arus kehidupan aku ni...aku x patut biarkan takdir yang membawa kehidupan kepada aku...aku yang patut membawa takdir aku untuk menghayati kehidupan aku ni...ok..aku pun x paham di situ...yang penting sekarang, aku patut berfikir jauuuuhhhh kedepan...dan ini serius...mungkin aku terlalu lemah untuk membawa diri di negara orang...tapi aku akan kuatkan diri aku untuk menghadapinya bila waktu itu sampai...itu juga adalah salah satu impian...

sekian~

Friday, December 25, 2009

aku yang gila

minggu ni sangat dahsyat...scary dan hell....ni 1st week dalam sem 2...so, aku busy selesaikan hal2 pendaftaran, jadual klas dan lab....lari sana..lari sini...kelam kabut on9 sebab nak bukak spin dan smpweb ukm semata2 nak check balik jadual, drop subject...amik subject...kejar klas tu..kejar klas ni....miserable...

lepas selesaikan semua hal clashing class, lab and stuff, aku susun betul2 jadual...wahhh...memang xde mase untuk diluangkan bersama anime atau movie...ade pun waktu malam tapi dah tentulah untuk dihabiskan bersama keluarga DOT ataupun siapkan assignment...dan aku makin gila...

minggu ni juga aku sangat down..i mean it...SANGAT...aku x perlu ceritakan di sini...orang lain x patut tahu tentang kisah sebenar...biar aku je yang menghadapinye dengan tabah *selagi aku mampu* ....

tapi, ade juga kejadian yang mampu membuatkan aku tersenyum gembira walaupun hanya sekejap...abg nas dan roomateku, kk, buat surprise...mereka bagi birthday cake ketika meeting DOT...dan hadiah *kasut feminin* pada keesokan harinya...walaupun simple dan bersahaja, aku tetap gembira bagai nak mati kerana aku sayang mereka dan aku juga tau mereka sayang aku...

memanglah result sem1 aku tak lah hebat kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain tapi aku tetap bersyukur dengan result aku kerana aku x pernah dapat result yang sebaik itu..jadi, aku ada hak untuk bangga...tapi mungkin x cukup dan aku sangat kecewa di situ...ade orang mengharapkan terlalu tinggi tapi aku hanya mampu bagi setakat yang aku boleh..jadi, mereka x suka, dan aku kecewa....

walaubagaimanapun, sem 2 yang terpaksa dilalui dengan 25 jam kredit *8 subjects* akan aku tempuhi dengan senyuman...walaupun aku terpaksa menjahit bibir aku untuk menggagahkan juga senyuman itu...dan jika mereka x mahu lagi mengharap pada aku, aku akan buktikan, aku mampu buat mereka bangga semula dengan aku...

sekian~

Friday, December 18, 2009

bundle mari

ni laa kerja yang mak aku paksa buat dari awal cuti lagi..tapi aku baru buat time dah nak balik ukm..bayangkan je laa camne aku kena bebel...

actually kitorang (mak, kakak, aku) dapat idea ni mase tengah lepak2 minum...pastu cerita pasal duit smua...pastu cerita pulak pasal baju2 yang banyak dah x pakai..then terlintas nak jual bundle..aku pun cakap pasal bundle online..so...inilah dia...

silalah lihat dan sebarkan pada teman2 ya?nanti aku masukkan lagi gambar2 baru...terima kasih...untuk lihat, klik --> bundle mari

Wednesday, December 9, 2009

memoirs of sspband 0307

aku masih ingat lagi ketika pertama kali melibatkan diri dengan band sekolah seri puteri pada tahun 2003...aku diantara pelajar2 second intake yang dapat masuk ke ssp pada bulan mac semasa berusia 13 tahun...x payah la aku cite detail macam mana aku join band tu...just so you know, aku dipilih untuk menjadi ahli section flute bersama2 me'e dan amin...


amin : me'e : wann (2004 in SDAR)

perjalanan dimulakan dalam sspband ni dengan menjadi recruit...so, banyak laa keje sebagai junior...biase laa tu..dah memang adat pun...kat ssp, kitorang ade band room *BR* yang dikongsi dengan kelas muzik...kelas muzik hanya ade mase waktu pnp *pembelajaran dan ape ntah* ...so, we have the band room all for ourself...hahaha...


pemandangan dlm BR dari depan..lapang kan?

aku xtau keadaan BR sekarang sebab dah lame x menjenguk..ouhh..tiba2 sedih~

setiap hari dari isnin hingga jumaat, band practise akan start dalam pukul 5 *lepas asar* dan akan berakhir lebih kurang pukul 6.30 *sampai tiba waktu masuk dewan makan which is WAJIB* ...hari sabtu pulak pukul 2 ptg hingga pukul berapa2 je laa yang instructor *mr. edwin* or senior nak...selalunye hari ahad xde practise tapi sape2 je bebas untuk datang practise sendiri atau dengan senior masing2...aku dan section mates aku memang antara junior paling rajin datang practise sendiri...serious!!!

waktu practise memang sangat lama, sangat merangkumi hampir 60% kehidupan seharian aku dan sangat xde mase untuk diri sendiri kecuali time prep malam *tu pun untuk buat homework* ...tiap2 tahun kementerian pelajaran menganjurkan wind orchestra competition yang menggalakkan semua sbp untuk menyertai pertandingan ni untuk merangkul gelaran juara...so, every year, bile dah dekat je pertandingan tu, waktu untuk practise pun makin meningkat...seminggu sebelum comp, mesti prep ptg dan mlm akan dikorbankan untuk practise sebab nak kalahkan juara tahunan, SSAS *sekolah sultan alam shah* ...ye, diorang memang tiap2 tahun dapat 1st kecuali tahun 2004 *smsah 1st*, 2008 *ssp 1st* dan 2009 *tkc 1st*...rasenye la...aku x ingat sangat tentang tu sebab aku lebih mementingkan kualiti persembahan dari gelaran sebenarnye..


performance by ssp

principal skolah aku memang sangat mementingkan imej ssp....so, kami sebagai wakil skolah ni perlu laa sentiasa nampak cantik sepanjang music camp yang dianjurkan oleh uitm dan juga sepanjang competition tu...baju concert kami juga bertukar hampir setiap tahun...well, memang every year pun kitorang tukar baju...sampai skolah lain pun lama kelamaan asyik tukar baju concert je sebab nak nampak lebih cantik..jadi, kualiti persembahan terus dilupakan...


baju2 concert ssp yang aku sarung sepanjang tahun2 tersebut

2004 - kaler hijau lumut tu nampak sangat dull atas stage dan kain terbelah tu sangat menyusahkan...x lupe juge tudung tu sangat susah pakai...baju concert ni telah diwariskan selama berapa tahun ntah...mungkin since sspband ni wujud, kot??

2005 - disebabkan ramai orang komen pasal kaler hijau yang sangat dull tu, principal ssp, tengku azuan telah berusaha mencari baju yang terang dan ceria untuk kitorang..so, wujud laa baju ala2 kfc, kain merah yang sangat terang *dan silau* dan juge tudung pink *time tu aku sangat anti dengan pink, ok* ...yang paling aku suka, siap ade brooch treble clef...sangat comel!

2006 - ade dua kostum...bulan mac *saringan* , kiotrang pakai gold vest dengan tudung kuning, kemeja, kain hitam...aku xtau nape, kostum kitorang diubah waktu finale *july* ...instead of wearing vest, kitorang pakai mafla kuning dengan corak2 abstrak kat leher ditambah taburan diamond2 kecil kt lengan and kolar baju..

2007 - baju concert menggabungkan keseluruhan tahun 2006 iaitu vest dan mafla..just digantikan dengan tudung hitam dan tambah diamond atas tudung yang dibuat macam cekak...dalam gambar tu kawan aku sorang je yang berpakaian lengkap sebab semua orang dah selekehkan diri sebaik sahaja menaiki bas untuk pulang ke skolah dari picc putrajaya lepas pertandingan tu...

macam persatuan2 lain juge, kitorang pun ade tshirt sendiri...selalunye tshirt2 band ni akan didesign oleh setiap batch form 4 pada setiap hujung tahun *aku rase laa* ...so, setiap tahun kitorang akan dapat 2 helai tshirt band baru yang dibayar dengan harga yang berpatutan...aku sangat excited every time nak dapat tshirt baru sebab akan ada nama aku yang tercetak kat lengan baju tu..note : baju band sangat dimuliakan oleh kami, ahli2 band..


antara tshirt2 sspband

comrades : mereka adalah fivers ketika aku form 2...baju ni sangat cantik dan sangat smart..aku x sure whether diorang ade design lagi satu baju or x...

hercules : fivers time aku form 3...sorry, tapi baju tu memang x lawa...bukan salah diorang pun..orang yang buat tshirt tu yang salah...tapi aku tetap sayang baju tu sebab ia tetap bergelar "baju band" ..batch ni pun aku x sure diorang design dua baju or satu je..

ohana : batch senior setahun dari batch aku...diorang reka 2 baju..kaler maroon and kaler purple...baju diorang sangat menarik dan kualiti kain die sangat elok membuatkan kitorang selesa pakai baju2 tu dan selalu dipakai semasa ade function...

pioneers : batch aku..kitorang design dua baju...satu merah-putih, satu biru-hitam *lengan putih* ...tema utama adalah rama2...sangat comel..dan aku sangat suka sebab aku pun ade tolong design gak..hehehe....

setiap band kalau ade baju concert dan tshirt, still x lengkap tanpa baju marching...baju marching hanya dipakai semasa sports day skolah dan perarakan hari kemerdekaan..ape2 pun yang melibatkan marching, kitorang akan pakai baju tersebut...

our marching attire

baju marching merah putih tu SANGAT tua kalau nak dibandingkan dengan umur principal ssp..baju tu dah wujud sejak tahun 1968 *aku tibai je ni* ...costume tersebut dah diwarisi dari tahun ke tahun tapi baju tu x pernah rosak walaupun budak2 ssp terkenal dengan kepakarannya merosakkan barang2...

so, cadangan kitorang untuk menukar costume baru telah diluluskan...mula2 budak2 batch aku mencadangkan warna merah-hitam..tapi aku xtau laa nape tibe2 jadi warna oren-hitam...batch aku sempat memakai baju marching baru ni ketika independence day parade tahun 2007..time tu batch aku dah retire dari ssp band pun sebab dah dekat spm...

sepanjang melibatkan diri dengan band, aku telah dididik dengan sikap2 disiplin yang tinggi, kerjasama yang utuh, perjuangan yang teguh dan juga cara membentuk organisasi yang hebat..mr edwin bertanggungjawab untuk mengajar semua benda tu kat kitorang...dia laa yang ajar kitorang macam mana cara terbaik mengajar junior, buat organisasi dan juga mewujudkan jabatan2 yang penting untuk memastikan ssp band ni sentiasa yang terbaik...

mr edwin yeap hock beng

ssp band selalu mendapat tempat kedua dan ade juge ketiga..dan ade juge hadiah saguhati je...tapi setiap tahun akan masuk finale...1st time kementerian pelajaran buat anugerah conductor terbaik pada tahun 2006...dan pada tahun tu laa ssp band mendapat anugerah tersebut dengan piala naib johan...note : pelajar yang akan menjadi conductor dan conduct keseluruhan persembahan dan tanggungjawab beliau sangat berat...

piala naib johan dan best conductor

walau bagaimanapun, aku SANGAT rindu dengan tahun2 yang indah tersebut...ssp band betul2 telah memberikan aku pengalaman hidup yang sangat hebat dan x mungkin aku lupakan...sebenarnye, diri aku sekarang terbentuk dari pengalaman2 bersama ssp band dulu..sesungguhnya, aku amat berterima kasih dengan warga ssp band yang pernah bersama2 aku dulu...haihh...xtau nak cakap pe lagi...itu sahaja untuk sekarang..sekian~

aku sangat sayang mereka walaupun aku suka memberontak

pics by : sameerah, amie and myself...

note for ex ssp band : kalau ade info2 yang aku salah, gtau ehh..nnt aku btulkan..huhu~

Tuesday, December 8, 2009

bilikku telah dipecahkan

yup..that's sooo true..bilik aku telah dipecahkan oleh mat indon...sabar...sabar....die buat secara halal, ok...hahaha...rangka pintu bilik aku tu dah dimakan anai2...so terpaksa laaa pecahkan rangka lama tu so boleh ganti dengan yang baru...

beliau memecahkan rangka pintu bilik aku tu selama sejam je...kerja pecah memang senang...pasang yang susah, kan? xtau laa aku..esok baru die pasang sebab dah mahgrib ni...rase pelik bile tengok bilik aku terdedah sebegitu rupa...banyak kali aku tersasar time masuk bilik sebab selalunye aku akan tutup pintu setiap kali masuk..so, tangan aku akan tergapai2 di udara masa mencari2 tombol pintu yang dah xde tu...mak aku leh gelak je ah..huhu...

kerja2 pemasangan awning kat belakang umah ni pun baru start hari ni...esok harap2 boleh habis laa sebab aku rimas ahh ade orang asing yang bertandang ke rumah ni sehari suntuk...buat aku x selesa...aku dah x boleh buat rutin seharian aku sebab orang2 tu asyik menganggu je *sigh* ...

so, tu je laa nak bebel hari ni...lepas ni aku nak tulis something pasal memori yang paling aku sayang and hargai selama 19 tahun aku hidup ni...sekian~

*xnak upload gambar bilik aku yang dah pecah tu sebab bilik aku sepah...hahahaha*