Friday, February 24, 2012

Andai awan bersetuju.

Lama dah tak update blog. Mungkin sebab aku dah ada Twitter.

Dan sekarang aku juga sedang asyik meng-update web diary dan sedang berusaha buat satu page untuk kompilasi ayat2 yang aku reka yang konon2 power tu.

Study
So, dah start sem baru. Ada 4 subjek. Semua subjek ada group project. Semua pasal syarikat2. Kena kaji kualiti, fikir macam mana diorang boleh maju, siasat diorang punya pengurusan dan kaji produk2 industri.

And of course, ada satu final project yang perlu disertai dengan thesis. Aku still tengah fikir nak buat apa.

Video Games : Perlu terer Java dan Simulation.

Filem : Budak Multimedia punya. Aku ni Industrial Computing. Macam x kena je.

Kajian Kualiti dan Kaji Selidik : Paling sesuai untuk aku sebab x perlu buat sistem dan programming. Cuma perlu Statistik dan Calculus sahaja.

Topik2 lain? Ah. Terlalu banyak menggunakan sistem. Dan programming. Dan 3D.

Teater
Dah mula latihan sejak 3 minggu lepas. Macam2 masalah timbul tapi alhamdulillah, semuanya aku dapat handle dengan baik.

PTU akan bermula 25 Mac sampai 31 Mac. DOT punya giliran, 30 Mac, pukul 9 malam di Panggung Seni.

Marilah datang beramai2!!

Konklusi
Awal2 start sem, aku memang penat sangat. Nak setel hal study, hal latihan, hal kereta, hal bilik. Semua pada masa yang sama. Lepas habis produksi ni, aku nak fokus kat projek2. Mai ajak pergi Singapore dengan KTR pun aku malas nak join.

Ok dah tu je. Bye.




3 months.